Barangkali agak beruntung lelaki yang memiliki isteri bukan saja cantik tapi juga pandai mengaji.

Inilah aura dibawa oleh Nada Umayatul Awaliyah, penyanyi dari kumpulan Sikkah Band. Lebih mesra disapa Neng Nada, dalam usianya 22 tahun, dirinya menjadi ikutan ramai kerana ramai terpesona mendengar alunan lagu-lagu selawat dialunkannya terutama lagu Aisyah Isteri Rasulullah hingga ia menjadi trending di media sosial terutama Youtube.

Dirinya mula dikenali selepas menukar lagu-lagu popular kepada lirik keagamaan dan sejak itulah namanya mula dikenali.

Anak kelahiran Jawa Barat ini selain terkenal dengan lantunan lagu selawatnya, Neng Nada juga merupakan seorang qoriah, hafizah dan juga pendakwah selain wajahnya juga sangat cantik.

Ads

Di akaun media sosialnya, dirinya sering mengajak melakukan kebaikan termasuk mengaji sambil memasak agar lidah sentiasa basah mengingati Allah.

Bakat hebatnya tidak datang tiba-tiba tetapi dirinya mula melepaskan zaman keriangan kanak-kanaknya pada usia sekecil lima tahun untuk berada pada kedudukan sekarang.

Ads

Bahkan dalam temuramah dilakukan, Neng Nada berkata keluarganya sangat mementingkan agama dan dirinya mula mengenakan hijab seawal usianya 5 tahun atas perintah orang tuanya.

Ads

Pada usianya 9 tahun, Neng Nada sudah dimasukkan ke pesantren dan dari sinilah bakatnya mula terlatih. Dalam membawakan lagu-lagu selawat, dirinya memasukkkan genre muzik yang lebih moden agar anak muda zaman ini dapat menikmati dan mencintai muzik sebegini dan juga alunan selawat dibawakannya.

Dan dirinya dipertemukan jodoh dengan aktor Haydar Ali Assegaf 8 Januari tahun lalu.

https://www.tiktok.com/@nada_haydar/video/7081143607788358938?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6973624686812366338

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI