Pemergian Siti Sarah pada 9 Ogos lalu memberikan kesan emosi kepada kebanyakan orang hingga ia mendapat liputan luar biasa kerana kebaikan dilakukan ketika masih hidup. Kebaikan budi arwah yang banyak bersedekah dalam diam, meninggal selepas bertarung dengan Covid-19 dan masa yang sama sedang mengandungkan bayinya, Ayash Affan membuatkan ramai mengalirkan air mata.
Tidak hairanlah, ramai yang mahu tahu setiap perkembangan hidup Ayash yang membesar tanpa kasih sayang seorang ibu dan tidak merasai susu seorang ibu.
Jika sebelum ini ramai menawarkan untuk menjadi ibu susuan Ayash, namun Shuib pernah memaklumkan pada Ogos lalu dia memilih sepupunya untuk menjadi ibu susuan selepas berbincang dengan ahli keluarga berkaitan hal ini. Bukan tidak mahu menerima orang luar tetapi Shuib memaklumkan tentang masa depan Ayash yang mungkin boleh terkahwin dengan anak susuan di masa-masa akan datang dan hal ini mendatangkan kebimbangannya.
Baru-baru ini, genap pemergian 100 hari isteri kesayangan ke rahmatullah, Shuib mengadakan majlis tahlil, tahnik dan tahlil buat arwah isteri dan anak bongsunya itu. Mengenakan pakaian serba putih, dilihat Ayash membesar dengan sihat.
Dalam pada itu, di Tik Tok @lindaomar, dilihat Ayash lena dalam pelukan seorang wanita dan adik beradiknya yang lain juga kelihatan mesra dengan wanita ini.
Disaat ramai yang tertanya-tanya, adakah ini gerangan ibu susuan Ayash, wanita ini sebenarnya adalah penjaga Ayash yang juga merupakan kakak ipar Shuib sendiri yang merupakan isteri kepada abang Siti Sarah sendiri. Ia pangkat ibu saudara kepada Ayash sendiri.
Dari perkongsian, @lindaomar berkata, doakan semoga Mama dapat menjaga Baby Ayash dengan baik. Kasih sayang Mama pada Baby Ayash tiada beza dengan anak-anak Mama yang lain. Mama sayang Baby Ayash dan anak-anak dunia dan akhirat, kongsinya yang dilihat mencurahkan kasih sayang buat bayi menjadi kesayangan ramai ini.
Semoga Ayash terus membesar sihat dalam pelukan kasih sayang Allah dan keluarga. Sumber gambar ; Instagram Shuib/ Tik Tok @Lindaomar