Kebiasaannya dalam usia yang masih kecil, anak-anak lebih suka bermain berbanding belajar. Namun bagi Datuk Aliff Syukri dan Datin Nur Shahida, pasangan suami isteri ini amat menitikberatkan soal pendidikan agama kepada anak-anak mereka.
Jutawan kosmetik itu sering berkongsi tentang perihal cara beliau menekankan pendidikan agama kepada anak-anak. Terbaru anak ketiganya Ibraheem Adham atau lebih dikenali sebagai Baem telah menarik perhatian ramai. Baem menangis kerana belum dapat hafal 1 juzuk.
baem cemburu la ammar dah hafal 1 juzuk….baem belum lagi ??
Sedih baem abg ammar ketawakan dia bila tgh hafal surah sbb dia salah baca…x per lah salah kan yg penting semangat…semalam pkl 1 pagi dia tidur sbb nak suruh mama dgr bacaan surah surah hafalan dia??
Alahai beruntungnya Datuk Aliff Syukri dan Datin Nur Shahida. Anaknya menangis kerana belum dapat hafal 1 juzuk. Sejuk perut ibu yang mengandungkankan. Rakaman video tersebut turut mengundang komen daripada netizen. Ini antara komen-komen netizen.
Ads
Ads
BERIKUT DIKONGSIKAN TIP UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK MENGHAFAL AL-QURAN:
1.Memperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran sejak anak-anak masih kecil lagi.
Ads
2.Menggunakan bantuan alat mengajar seperti flash card.
3.Menggunakan video bersuara lengkap dengan visual.
4.Mengalunkan ayat-ayat al-Quran di dalam kereta.
5.Membacakan surah al-Quran pada anak-anak sebelum tidur.
6.Jadikan tabiat untuk memperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran ketika duduk bersantai-santai.
Yakinlah wahai ibu ayah bahawa kita semua boleh. Anak kita semua sangat genius, insan-insan yang masih terpelihara daripada dosa. Selain itu, pujilah anak bila mereka mengaji. Tunjukkan wajah ceria dan gembira. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Izin Allah SWT.
Sumber kredit: @baem_adham
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Mungkin kedengarannya agak pelik apabila ibu bapa masih lagi beragama Buddha tetapi anak beragama Islam. Tambah pelik lagi bila anak itu cacat penglihatan dan dihantar pula anak itu belajar di Darul Quran, Jakim, Kuala Kubu Baru, Selangor.
Semuanya kerana kedua ibu bapa ini mahukan yang terbaik untuk mereka. Apa yang boleh dikatakan bahawa moga-moga ibu bapa ‘anak bertuah’ ini akan turut bersyahadah suatu hari nanti, Aamiiin…
MasyaAllah..barulah kak idah perasan kak Idah tersnap gambar ni siang tadi.. langsung tak perasan..
Korang nampak tak sorang wanita yang free hair dgn pakaian skirt bersama suaminya di sebelah turut serta mendaftar anak mereka di Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat di Darul Quran siang tadi.
Beliau dan suaminya sebenarnya seorang wanita berbangsa cina dan beragama Buddha. Inilah yang disentuh oleh tuan pengarah Darul Quran semasa ucapan di majlis perasmian tàdi. Yang sungguh menyentuh hati semua ibu bapa sehingga ramai yang menangis terharu bukan saje kerana anak mereka beragama Islam tetapi seorang yang tak boleh melihat.
Ibu bapa ini merestui anak mereka yang buta ini masuk Islam dan menghafal kitab Al-Quran. Pelajar ni telah menghafal 10 juzuk Al-quran dari program pensijilan Al-Quran dan Al-Qiraaat di sini tahun lepas. Difahamkan tiap-tiap hari ibunya datang memimpin tangan anaknya datang belajar. Sekarang anak itu meneruskan pengajian di peringkat Diploma pula.
Ya Allah sungguh tidak mustahil bila Allah nak memberi hidayah kepada seseorang itu..sungguh beruntung beliau insan yang terpilih.K.Idah sungguh terharu dan turut sama menitiskan air mata mendengar cerita tuan pengarah tadi. Tak sangka malam ni terlihat gambar ni..
Marilah kita sama-sama mendoakan semoga ibu dan ayahnya turut diberi hidayah sama-sama memeluk agama Islam suatu hari nanti..InsyaAllah..Aamiin
Menutup aurat biarlah sempurna janganlah dilakukan secara ala kadar sahaja. Hijab yang disarung dikepala bukan sekadar menutup rambut tetapi aurat yang dimaksudkan juga termasuklah menutup di bahagian dada. Namun hari ini ramai kaum wanita lebih terikut-ikut dengan gaya fesyen berbanding niat untuk menutup aurat itu sendiri.
Teguran Ustaz Farid Rashidi ini tentang trend pemakaian hijab di kalangan wanita ini usah dipandang sepi. Ia sebagai teguran agar kaum Muslimah tidak terus leka dengan tuntutan wajib menutup aurat seperti yang dituntut oleh syariat.
Trend anak gadis dan mak gadis pakai tudung atau shawl sekarang. Mereka selempang ala kadar ke bahu. Hanya sekadar lilit tengkuk. Singkat pula. Kemudian dibiar saja lepas. Angin datang menghembus, lalu terserlahlah tengkuk. Dada terdedah. Terkadang bukan sebab angin pun memang sengaja diselak.
Ya, sebab ada model dan instafamous yang ajar cara pakai sebegitu. Lalu cepat disebar luaskan.
Wahai Hawa, Islam tak pernah pun larang nak pakai shawl ke, shell ke, tudung bawal ke, siakap ke, ikan buntal ke, anak itik tok wi mandi dalam kolam ke. Terpulanglah. Asalkan menutup aurat, labuh menutup dada.
Sedar tak, inilah permainan Iblis laknatullah. Liciknya Iblis Syaitan (termasuk orang kafir), akan sentiasa cari jalan bagaimana mahu sesatkan anak Adam. Tak kaum Adam, ditujunya pula kepada kaum Hawa. Plan A tak menjadi, diganti Plan B dan begitulah seterusnya.
TUTUP DADA SEKALI BUKAN SEKADAR TUTUP KEPALA
Lihat dalam masalah aurat, tak pernah habis isunya. Bila syariat melarang jangan berpakaian begini, dia buat pula begitu.
Firman Allah SWT: وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudungnya ke dadanya.[Surah an-Nur: 31]
Menurut Tafsir Ibnu Kasir, Al-khumur (خُمُرِ) adalah bentuk jamak dari khimar, ertinya kain tudung yang dipakai untuk menutupi kepala (Apa jua alat alat yang boleh dipakai untuk menutup kepala, dan sebaik-baiknya ialah kain). Atau dikenali dengan sebutan muqani’ (مقنع), iaitu apa yang menutup kepala wanita.
Sa’id Ibnu Jubair telah mengatakan berkenaan dengan makna firman Allah SWT di atas, maknanya menutupi bahagian leher dan dadanya. Maka tidak boleh ada sesuatu pun dari bahagian tersebut yang nampak.
Kalimah Juyub (جُيُوبِ) pula bermaksud belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian atau baju.
Nah, al-Quran dan al-Hadis dah sebut lama benda ni. Malah ulama’ juga menerangkan dengan jelas daripada dalil qat’ei di atas betapa wajib seorang wanita muslim menutup tengkuk, belahan dada, dan dadanya juga menggunakan kain tudung.
Jangan bagi alasan kain tak cukup tau. Haa, gedung yang menjual kain serta pakaian wanitalah yang paling banyak dalam dunia ini. Malah kuasa membeli wanita lebih tinggi terutamanya dalam industri pakaian.
Lihatlah statistik ini.
Fashionunited melaporkan global fashion industry dimonopoli pakaian wanita:
• Value of of the menswear industry: 402 billion dollars • Value of the womenswear industry: 621 billion dollars
JANGAN JADI GOLONGAN AHLI NERAKA
Tak nak pakai kain tudung tutup dada konon nak hipster? Tutup guna guni bawang kedai runcit. Siap pakej bau bawang lagi.
Jadi, bermula hari ini tukarlah cara pakai supaya lebih selari dengan syariat. Kita tak mahu ibu, isteri, anak perempuan, adik beradik perempuan, mak cik termasuk dalam golongan ahli neraka sebagaimana
Rasulullah SAW sebutkan ini:
عن ابن عباس وعمران بن الحصين عن النبي ﷺ قال: اطلعت في الجنة فرأيت أكثر أهلها الفقراء، واطلعت في النار فرأيت أكثر أهلها النساء
Daripada Ibnu Abbas r.a dan Imran bin Husain r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Aku telah dibawa melihat ke Syurga lalu ku dapati kebanyakan ahlinya adalah orang fakir, aku telah dibawa ke neraka, lalu ku dapati kebanyakan ahlinya adalah wanita.” [Hadis Riwayat Bukhari, no.3241 dan riwayat Muslim, no.2737]
Allahhu Rabbi, takutkan? Semoga terjauhlah daripada golongan ahli neraka. Jauh sejauhnya.
Sumber kredit: FB:Farid Rashidi
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kehilangan insan yang tersayang sudah tentu memberikan satu ‘tamparan’ hebat buat sesiapa sahaja yang melaluinya. Ya! Bukan mudah untuk menghadapi sebuah kehilangan apatahlagi sudah sekian lama menghabiskan masa bersama. Namun sebagai insanNya yang lemah, siapalah kita yang mampu menidakkan kuasaNya.
Perkongsian lelaki ini tentang kehilangan isteri kira-kira tiga bulan yang lalu benar-benar menyentuh jiwa. Ogos lalu, isteri lelaki ini telah pergi menemui penciptanya di negara abadi. Pemergian isterinya telah meninggalkan tiga orang cahaya mata lelaki iaitu Khaleef, 4 tahun, Khaleel, 3 tahun dan Khaleed, 9 bulan.
Menghadapi sebuah kehilangan bukanlah semudah yang disangka. Birai-birai kenangan terus datang ‘menghantui,’ apatahlagi jika teringat saat-saat indah pertemuan kali pertama. Ikuti coretan Khairul Abdullah di laman Facebooknya tentang kerinduan kepada arwah isteri tercinta.
Malam ini aku ingin mengenang.
Cuba mengingat kembali hari pertama bertentang mata. Hari pertama bertegur sapa, hari pertama berbual bicara.
Mengimbau kembali 20 tahun lamanya melihat senyuman dari bibir yang sama. Mendengar nada dari suara yang sama. Melihat sosok dari tubuh yang sama.
Mengintai kembali helaian kenangan bersama. Menyingkap kembali semua peristiwa. Agar tiada satu pun yang dilupa.
Hiba.
Biarkan aku menangis.
Biarkan.
Hanya untuk hari ini.
Tangis ini memang aku simpan untuk hari istimewa seperti ini. Hari yang tidak pernah aku lupa sepanjang hampir separuh usia lamanya.
Aku renung wajah anak-anak yang sedang nyenyak dibuai mimpi. Aku usap kepala, aku cium dahi dan aku ungkapkan sayang pada mereka.
“Hari ini hari lahir ibumu nak, aku bisik lembut.”
Arwah isteri Khairul Abdullah.
Kasihan.
Tidak terbayang perit yang mereka bawa. Tak terbayang rindu yang mereka rasa. Sedangkan aku yang dewasa ini tak tertanggung rasanya, apatah si kecil yang masih tidak tahu apa-apa.
Kasihan.
Malam ini biarlah aku tangis semahunya.
Biarkan.
Aku mahu lepaskan kerinduan yang selalunya aku tahan supaya ianya tidak mengganggu hidup seharian. Sentiasa aku tahan-tahan.
Jadi, biarkan aku lepas semuanya hari ini.
Aku rindu.
Selalunya, aku sunyi.
Namun, yakinlah yang ianya hanya untuk hari ini.
Esok terpaksa aku lepas pergi segala rindu ini. Bukanlah bererti aku berhenti dari merindu, namun ianya perlu agar rasa itu tidak menganggu.
Semoga di hari ulangtahun kelahiran ini, kau akan sangat berbangga dengan aku.
Kau akan berbangga melihat aku berhempas pulas menjaga anak-anak seperti yang pernah kau amanahkan dahulu.
Si kecil yang belum mengerti apa-apa dan merindui arwah ibu mereka.
Kau akan berbangga melihat aku mengurus rumahtangga, seperti yang sentiasa kita buat bersama-sama.
Kau pasti bahagia melihat aku dan anak-anak baik-baik sahaja.
Semoga di hari yang sentiasa membahagiakan ini, kau akan terus menyanyangi dan mencintai aku.
Seperti selalu.
Semoga di hari ulangtahun yang sentiasa aku tunggu, aku akan berterusan mengenang seorang isteri yang amat aku rindu.
Selamat hari lahir wahai isteri.
Kali ini, hanya doa yang dapat aku dan anak-anak beri.
AL-FATIHAH.
Marleena Abdul Manaff 1 November 1978 – 1 Ogos 2018
Biar pun insan yang dicintai telah tiada, kenangan yang terpahat dalam jiwa tidak akan padam buat selama-lamanya. Ia pastinya menjadi memori terindah yang bakal dikenang hingga ke akhir nafas.
Sumber kredit: FB: Khairul Abdullah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...