Kehadiran bulan suci Ramadan menjadi sebuah hadiah yang indah bagi kita. Padanya kebaikan bernilai lebih serta berlipat ganda, dan terdapat padanya amalan-amalan yang tidak terdapat pada bulan lain. Bulan Ramadan yang hanya menjengah setahun sekali. Ambillah peluang untuk bertaubat dan mengumpul pahala sebanyak mungkin.
Berikut perkongsian Datuk Dr Norhafizah Musa
MENANGISLAH! MENANGISLAH! Di hujung Ramadhan ini, tangisanlah menjadi penawar untuk penyakit hati… tangisan melembutkan hati yang keras… menangislah untuk hati yang masih belum bisa memaafkan… hati yang belum redho… hati yang belum bersyukur… hati yang masih lupa tujuan hidup…
Hati yang sibuk dgn dunia… menangislah juga untuk hati yang dikecewakan manusia… mudah2an jadi kaffarah yang sempurna… menangislah untuk hati yang tidak pandai menyayangi dan menghargai …mudah2an dengan tangisan itu mata hati lebih jernih… menangislah untuk ramadhan yang telah disia-siakan… mana tangisanmu untuk kematian yang semakin mendekat tapi bekalmu semakin menipis…
Menangislah untuk setiap tangisan yang tidak ada makna hanya kerana makhluk … menangislah untuk mata mu yang kering tanpa airmata walau rukuk dan sujud di hadapan Allah… Ya Allah berapa banyak tangisan yang akan menyelamatkan… dari jurang hina dan binasa… Ya Rabb kurniakan kami airmata yang Engkau redhoi.
Bersyukurlah andai saat ini Allah datangkan jalan untuk menangis kerana kasihNYA kepada kita.
https://www.instagram.com/p/Bx_rXS5BvpT/?utm_source=ig_web_copy_link
Sumber kredit: Datuk Dr Norhafizah Musa
VIDEO KASHOORGA:
https://www.youtube.com/watch?v=v5XzweGtsW0&t=7s
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Bila Anak Berdrama Guling-Guling, Yana Samsudin Kongsi Tip Tangani Anak Tantrum
Tidak dapat dinafikan menjadi ibu bapa memang agak mencabar. Cabaran lebih besar dan tentunya menuntut daya tahan kesabaran yang tinggi ialah ketika anak sedang ‘buat perangai.’ Memang kena sabar banyak-banyak. Itulah asam garam kehidupan para ibu bapa.
Semua ibu bapa pernah menghadapi situasi anak tantrum ini termasuklah pelakon Yana Samsudin. Dalam posting di laman Instagramnya, Yana turut berkongsi tip menangani anak kecil yang mengamuk (tantrum) di tempat awam.
Menerusi kapsyen Yana di Instagramnya, ini lima tip yang dikongsikan. Moga tip ini bermanfaat untuk ibu bapa ketika menghadapi saat ‘getir’ ini.
Bila ko tahu anak tengah berdrama…
Kami jadi penonton tiket paling mahal…
Kihkih…
Ok lah, @aisymateen start tantrum guling guling badan masa bulan puasa tahun lepas lagi masa umurnya 1 tahun setengah.. sedikit awal dari jangkaan untuk budak lelaki.
1st time masa tu kat expo Singapore. Dia guling guling sambil nangis.. nasib hall expo tu carpet.. masa 1st time dia jadi macam tu saya cepat cepat ambik video rakam aksi dia lepas tu terus suruh daddy dia bawa dia dari situ..huhuhu .
Ya, tipsnya bila anak tantrum.
1st : Jangan panik , enjoy the moment. Comel kot keletah dia, guling macam kipas helikopter kat lantai… paling penting ialah zaman kanak kanak anak kita datang sekali aja, lepas tu dia dah dewasa kita akan rindu zaman dia tantrum. .
2nd : Layan layan sayang. Dia nak berdrama kita pun layan drama ler… hahaha tengok dia berlakon dan nangis macam nak runtuh banggunan. Kita kena jadi penonton tiket kelas A lah. Hahaha buat apa nak marah. Just bagi amaran dulu dan cakap dengan dia. Tanya dia apa yang dia nak… mungkin dia nak luahkan sesuatu. Nak sesuatu kita tak layan ke. Tapi ter emosi lebih tu yang guling guling tu. .
3rd : Alihkan perhatian dia. Jangan biarkan dia lama lama berdrama. Ambik dia cepat cepat alihkan perhatian dengan cara bawa ke tempat lain. Peluk dengan penuh kasih sayang.Dan pandai cungkil perbualan dengan dia. Tunjuk apa yang dia suka. Automatik senyap punya, mood berubah dan dia akan mulakan perbualan punya. .
4th : Seterusnya bila dia dah senyap, bagitau lah apa kesalahan dia, tanya dia kenapa buat macam tu. Terangkan situasi apa yang patut dengan dia apa yang fia buat tak betul kerana……… .
5th : Yang paling penting jangan ada rasa malu dan stress lah. Kenapa nak rasa malu orang pandang kita bila anak kita melalak.. lantak lah. Dia dulu pun pernah kecik juga kihkih…
https://www.instagram.com/p/BrVk-RxBFkT/?utm_source=ig_web_copy_link
Sumber kredit: @Yana Samsudin
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Hebatnya Orang Yang Suka Bersedekah, Sampai Malaikat Pun Kenal
Seorang Muslim yang hebat amalan sedekahnya bukan saja mendapat sanjungan di atas muka bumi ini, malah turut mendapat doa malaikat. Apa yang pasti setiap amalan sedekah yang dilaburkan akan ada gantinya daripada Allah SWT.
Setiap sedekah akan digantikan dengan ganjaran pahala, limpahan rezeki berganda, menyihatkan tubuh badan dan mendapat keberkatan hidup. Sedekah yang paling besar pahalanya dilaksanakan ketika seseorang sedang sihat dan berasa sayang terhadap harta itu. Oleh itu jangan ditunda untuk bersedekah sebelum ajal datang menjemput.
Kisah nama manusia di bumi disanjung makhluk langit pernah diceritakan Rasulullah SAW dalam sabdanya:
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan Nabi SAW pernah bersabda: “(Pada suatu hari) ketika seorang lelaki berada di sebuah tanah lapang yang sunyi, dia terdengar satu suara dari awan, “Siramlah air (hujan) kepada kebun si fulan itu!” Awan itu pun bergerak lalu mencurahkan airnya pada sebidang tanah yang berbatu hitam.
Saluran air pada tanah tersebut kemudiannya menampung semua curahan air hujan (dan mengalirkannya ke suatu arah). Lelaki itu pun mengikuti air itu dan menemui seorang petani yang berdiri di kebunnya sedang mengubah aliran air dengan cangkulnya. Lelaki itu bertanya, “Wahai hamba Allah, siapa namamu?” Petani itu menjawab, “Nama saya fulan” iaitu nama yang baru didengarnya dari angkasa. Si petani bertanya kepadanya, “Wahai hamba Allah, mengapa anda tanyakan nama saya?”
Kata lelaki itu, “Sebenarnya, sekejap tadi saya dengar satu suara dari awan yang baru menurunkan air ini. Suara itu berkata, “Siramilah air pada kebun si fulan!” menyebut nama anda. Apa yang anda buat dengan kebun ini?” Petani itu berkata, “Baiklah, kalau anda katakan begitu. Sebenarnya, saya selalu perhatikan apa yang keluar dari kebun ini, lalu saya sedekahkan 1/3 daripadanya, 1/3 berikutnya saya makan bersama keluarga saya, dan 1/3 lagi saya kembalikan (untuk modal cucuk tanam),” – Sahih Muslim.
AMALAN YANG DISUKAI MALAIKAT
Berdasarkan hadis itu, amalan yang disukai malaikat di langit adalah sedekah! Pemilik kebun itu dikenali para malaikat kerana sedekahnya.
Dalam hadis lain, orang yang kuat sedekah turut mendapat doa para malaikat.
Sabda Rasulullah SAW:
Abu Hurairah r.a. menyebut bahawa Nabi SAW bersabda: “Tiada suatu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa “Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa “Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut) kemusnahan,” – Sahih Bukhari dan Muslim.
“Nabi SAW adalah orang yang paling pemurah (melakukan kebaikan). Baginda jadi tambah pemurah pada bulan Ramadan ketika Jibril datang bertemu dengannya pada setiap malam. Jibril mengulang kaji al-Quran dengan Nabi pada Ramadan. Baginda benar-benar pemurah (pada bulan Ramadan) seperti angin yang bertiup kencang,” – Sahih Bukhari.
MENYESAL KALAU TAK BUAT
Selain dicintai para malaikat, faedah sedekah tak terkira banyaknya. Dalam satu ayat Allah menyebut ia menjadi sesalan sesetengah orang setelah mereka mati kelak sehingga ada yang mahu ditangguhkan mati agar diberi peluang kedua untuk lebih banyak bersedekah:
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku jadi daripada orang yang soleh,” (al-Munafiqun)
Allah SWT berfirman:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya, dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik pemberi rezeki.”
GANJARAN YANG SANGAT LUAS
Benar sekali firman Allah ini, sedekah pasti berganti dan gantiannya pula sangat luas. Ada pahala, ada syurga, ada limpahan rezeki, ada kesihatan, ada keberkatan hidup, ada nama yang harum pada manusia dan ada pula rasa cinta para malaikat kepada kita. Apabila kita dicintai para malaikat, hidup kita semakin indah dan berkat kerana doa mereka.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menyemarakkan budaya sedekah agar kita sentiasa mendapat rahmat Allah dan dikenali oleh para malaikat. Sedekah pasti berganti dan gantiannya pula sangat luas.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Erti Sebenar Raya Yang Betul Betul Indah Dan Meriah
Hari ini sudah hari ke 12 kita menjalani ibadah puasa. Di samping sibuk dengan aktiviti harian serta menambah amal ibadah, ramai yang sudah mula membuat persiapan menyambut hari kemenangan seluruh umat Islam iaitu hari raya Aidilfitri.
Aidilfitri juga puncak kemenangan manusia dalam pertentangan antara akal dan nafsunya, kerana puasa adalah keupayaan manusia untuk menundukkan dorongan nafsu yang sentiasa cenderung kepada pelanggaran ajaran Islam. Berhari raya juga bererti kembali kepada jati diri manusia sebagai hamba Allah, kepada fitrah kejadian manusia.
Namun apakah sebenar hari raya yang betul-betul indah?
Hari raya yang betul-betul indah ialah…
ANAK-ANAK PULANG KE KAMPUNG HALAMAN
Setiap ibu bapa pasti menantikan kepulangan anak masing-masing bagi meraikan Aidilfitri bersama-sama. Buat anak-anak, walau sesibuk mana pun kita dengan urusan kerja, luangkan masa untuk pulang berjumpa kedua-dua ibu bapa kerana sesungguhnya mereka amat menanti kepulangan anda.
BERSEDERHANA DAN TIDAK BERLEBIH-LEBIHAN
Sambut hari raya dengan cara sederhana. Tidak perlulah tukar semua yang baharu. Elakkan pembaziran.Tukar mana yang perlu sahaja. Hari raya bukanlah satu adat tetapi ibadat. Maka wajarlah ia dilakukan secara tidak berlebih-lebihan. Hari raya yang disambut mengikut cara dan tuntutan syarak, akan mendapat ganjaran pahala. Menyambut Aidilfitri ertinya kita berbalik kepada fitrah manusia. Kita menyambutnya hari raya kerana kejayaan dan kemenangan kita kembali kepada fitrah.
SALING MAAF-MEMAAFKAN
Seperti yang terkandung dalam al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 185 dan ali-Imran ayat 134: …Mereka yang tetap berderma baik dalam keadaan lapang ataupun sempit dan mereka mampu menahan marah, lagi pula bersifat pemaaf kepada sesama manusia. Apa yang lebih penting daripada itu ialah melalui semangat Syawal kita terus menperbaiki perilaku peribadi, hubungan dengan orang lain serta hubungan kita dengan Allah.
BERTAKBIR MENGAGUNGKAN ALLAH ATAS SEGALA PETUNJUKNYA
Syahdunya takbir hari raya membuatkan hati terasa sayu kerana bulan Ramadan telah berlalu. Namun air mata kegembiraan juga tidak segan untuk tumpah kerana meraikan kemenangan seluruh umat Islam. Moga amal kebaikan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan akan diteruskan secara berpanjangan.
BERSYUKUR DENGAN MEMBAHAGIKAN REZEKI
Berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan dengan cara membayar zakat fitrah. Tidak semua insan bernasib baik dapat meraikan hari raya aidilfitri dengan pakaian serba baru juga makanan yang enak-enak terhidang di atas meja. Maka jangan sesekali kita lupa dengan mereka yang serba kekurangan. Bantulah setakat yang termampu.
PENGEMBARAAN KEROHANIAN YANG DIAKHIRI DENGAN KESEMPURNAAN
Aidilfitri merupakan hari pertama umat Islam pulang dari pengembaraan kerohanian setelah sebulan berpuasa dalam bulan Ramadan. Dalam pengembaraan itu, semua perkara yang buruk ditinggalkan. Kemunculan Aidilfitri ini mengakhiri satu perjalanan kerohanian yang memerlukan kesabaran dan limpah rahmat dari Allah dan di sinilah bermulanya perjalanan baharu demi sebuah kehidupan yang lebih baik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI