Mencuri Demi Beri Ibu Makan, Remaja Menangis & Terus Sujud Selepas Dilepaskan Dari Tuduhan

Share

Hidup manusia sentiasa diuji dalam empat keadaan. Sama ada dalam keadaan taat, maksiat, nikmat atau dalam keadaan ujian musibah.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 155 hingga 157 yang bermaksud, “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:

“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya”

.

Sememangnya kita semua tidak terlepas dari ujian kehidupan dan banyak kisah berlaku di sekeliling kita yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan.

Jika ada antara kita masih belum terlupa, kisah seorang pemuda, Daniel Iskandar, 19 yang dimalukan kerana mencuri tabung masjid atas alasan ingin membeli ubat untuk datuknya (alasan darinya) dan saat tertangkap, dirinya dimandikan jenazah.

Kesnya mendapat liputan meluas hingga naik ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara 10 hari di mana wang dendanya berjaya dikumpul tak sampai sehari. Isu ini kemudian telah pun selesai selepas kedua belah pihak berdamai (antara dirinya dan pihak masjid).

Ternyata di negara jiran juga berlaku kes yang sama tapi kesnya sedikit berbeza.

Seorang remaja ditangkap polis dan dibawa ke mahkamah atas kesalahan curi motor majikannya kerana mahu mencari kerja demi memberi ibunya kehidupan yang lebih baik.

Tapi apa yang mengejutkan, saat di hadapan hakim, majikannya bertindak memaafkannya dan kemudian memberi peluang kepada remaja ini untuk berubah menjadi insan yang lebih baik selepas memahami kemiskinan dilaluinya. Bahkan perbuatan mencurinya itu kerana terdesak untuk mencari rezeki buat ibunya.

Dikongsi dari Tik Tok@kejaksaan.ri, video remaja ini dibebaskan oleh mahkamah sudah ditonton 25.6 juta orang. Dikatakan Agus Mustopa nekad mencuri motor kerana desakan ekonomi demi mencari kerja untuk membiayai ibunya.

Dalam satu keadilan di mahkamah, Kejaksaan Negeri Cimahi memutuskan tertuduh dibebaskan dan ia mendapat reaksi berbeza dari masyarakat termasuk Jaksa Agung dan Wali Kota Bandung Barat.

Dari video itu, dapat dilihat dirinya dalam keadaan pasrah menanti hukuman dibacakan dan bila mahkamah membebaskannya menggunakan kaedah Restorative Justice di mana majikan yang menjadi mangsa memaafkannya untuk memberi peluang kerana dirinya masih muda dan memahami kenapa tindakan mencuri itu diambil dirinya terus menangis teresak-esak.

Sujud di kaki ibunya

Baju pesalah yang menutup tubuhnya dibuka dan suasana di dalam mahkamah turut “banjir” apabila ramai yang menangis menyaksikan detik bersejarah ini.

Dilihat Agus mendekati ibunya, sujud dan mencium kedua tangan ibunya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan salah ini lagi.

Lebih mengharukan hakim mahkamah, Jaksa Agung RI ST. Burhanuddin yang turut menyaksikan kejadian ini sama menitiskan air mata.

Dari video dikongsikan juga, Ketua Daerah (Bupati) Bandung Barat Hengky Kurniawan serta Kajati Jabar mendekati anak muda ini. Difahamkan, Agus menerima bantuan perubatan manakala rumah uzur ibunya dibaiki untuk kehidupan lebih baik buat mereka serta bantuan makanan.

Dan benarlah, manusia itu memerlukan peluang kedua untuk menjadi lebih baik dari semalam.

Published by
almaswa Haji Che Ros