Mendirikan Solat Cara Kita Berkomunikasi Dengan Allah, Baca Quran Pula Tanda Allah Sedang Bicara Dengan Kita – Ammar Alfian

Share

Kita sering mendengar orang tua-tua berpesan begini. Apa pun permulaan kehidupan kita, seteruk mana pun kita tapi paling penting adalah pengakhiran kehidupan kita kerana Allah sentiasa mengampunkan dosa umat yang bertaubat.

Inilah yang berjaya dilakukan oleh pelakon Ammar Alfian yang berjaya khatam al-Quran tiga kali bagi menutup penghujung tahun ini dengan ucapan seribu kesyukuran.

Dalam perkongsian di instagramnya, Ammar menulis “Ingatlah dengan mendirikan solat, kita berkomunikasi dengan Allah dan dengan membaca Al-Quran, Allah sedang berbicara dengan kamu. Saya doakan semua orang menemui ketenangan hidup tidak kira di dunia dan akhirat,”.

Bagi yang pernah mengenali pelakon ini, pelbagai kontroversi pernah memalit dirinya termasuklah perkahwinan dibina berakhir dengan perceraian. Namun dia tidak pernah patah semangat sebaliknya sebagai penutup tahun 2020, pelakon Ammar Alfian meluahkan rasa syukur berjaya khatam Al-Quran buat kali ketiga tahun ini.

Menurut Ammar, membaca kita suci Al-Quran itu merupakan satu cara untuk dia mendekatkan diri dengan Islam serta memperoleh ketenangan diri.

“Cara terbaik untuk mengakhiri tahun 2020 adalah dengan berkongsikan gambar diri sendiri bersama senaskah Al-Quran. Alhamdullilah saya akhirnya berjaya khatam Al-Quran untuk kali ketiga pada tahun ini. Kali pertama adalah ketika saya berumur 10 tahun dan kali keduanya ketika berusia 15 tahun.

“Sejujurnya bagi saya tidak sukar jika ingin cuba mendekatkan diri dengan Islam. Hanya melakukan perkara yang sederhana seperti berdoa dan membaca Al-Quran,” katanya.

Dalam pada itu, Ammar berkata kehidupannya lebih tenang dan damai apabila bercakap dengan Tuhan melalui doa serta mendoakan agar pengikutnya turut menemui cara sama dalam mencari keberkatan hidup. Sumber : Gempak

Published by
almaswa Haji Che Ros