Anak sudah bertemu insan yang dianggap pasangan hidupnya malah sudah merancang membina masjid. Namun malang insan yang mahu dinikahi tidak mendapat restu orang tua.
Kisah ini bukan berlaku dalam drama saja, hakikatnya ia memang berlaku dalam kehidupan hari ini. Malah ramai yang sanggup meneruskan perkahwinan, membelakangkan ibu dan bapa.
Akan tetapi apa kesudahan perkahwinan ini, adakah mereka akan bahagia dengan pernikahan tak dapat restu ibu bapa. Ustaz Abu Basyer dalam program Tanyalah Ustaz menjawab persoalan ini.
Katanya Islam melarang seorang anak derhaka kepada kedua ibu bapa dan Islam juga melarang memutuskan silaturahim kepada keluarga. Berkahwin dengan lelaki atau wanita pilihan hati bukan wajib, dan bukanlah berdosa jika tak berkahwin dengannya. Akan tetapi menghampakan dan melukakan hati ibu bapa satu dosa besar.
Hukumnya wajib mentaati ibu bapa dalam perkara harus dan sunat. Perkahwinan yang tak dapat restu ibu bapa tak akan mendapat keberkatan dan redha Allah SWT.
Ujar Ustaz Basyer terdapat beberapa hadis menjelaskan betapa pentingnya mendapat persetujuan dan redha ibu bapa .
1. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, “Redha Allah bergantung pada redha kedua-dua ibu bapa dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa”. (Hadis Riwayat Hakim)
2. Sabda Nabi SAW maksudnya, “Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t”. (Hadis Riwayat Bukhari)
Ads
3. Abdullah bin Masud pernah bertanya kepada Rasullullah SAW, “Apakah amalan yang paling Allah SWT sukai?”. Baginda menjawab, “Solat tepat pada waktunya”. Abdullah bin Masud bertanya lagi, “Kemudian apa?”. Baginda menjawab, “Melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa”. Abdullah bertanya lagi, “Kemudian apa?”. Rasullullah SAW menjawab, “Jihad kerana agama Allah SWT”. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
4. Nabi SAW bersabda maksudnya, “Kembalilah kepada kedua ibu bapamu dan buatlah keduanya tertawa sebagaimana engkau telah membuat keduanya menangis”. (Hadis Riwayat Abu Daud & Baihaqi)
Jangan putuskan silaturahim dengan ibu bapa kerana hendak berkahwin dengan wanita pilihan hati :-
1. Hadis riwayat Abu Hurairah ra. dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: “Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk sehingga setelah selesai menciptakan mereka, bangkitlah rahim (hubungan kekeluargaan) berkata: Ini adalah tempat bagi orang berlindung (kepada-Mu) dengan tidak memutuskan tali silaturahmi.
Allah menjawab: “Ya. Apakah kamu senang kalau Aku menyambung orang yang menyambungmu, dan memutuskan orang yang memutuskanmu?”
Ads
Ia berkata: “Tentu saja”.
Allah berfirman: “Itulah milikmu”.
Kemudian Rasulullah SAW. bersabda: Bacalah ayat berikut ini kalau kalian mau: “Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikan telinganya dan dibutakan matanya. Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Qur’an ataukah hati mereka terkunci. ” (Hadis Shahih Riwayat Muslim)
2. Hadis riwayat Aisyah r.a., ia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: Rahim (tali persaudaraan) itu digantungkan pada Arsy, ia berkata: “Barang siapa yang menyambungku (berbuat baik kepada kerabat), maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa yang memutuskan aku, maka Allah pun akan memutuskannya.” (Hadis Shahih Riwayat Muslim)
Ads
3. Hadis riwayat Jubair bin Muth`im ra.: Dari Nabi SAW. bahwa beliau bersabda: “Tidak akan masuk Syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.”
(Hadis Shahih Riwayat Muslim )
4. Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:-
Aku pernah mendengar Rasulullah SAW. bersabda: “Barang siapa yang merasa senang bila dimudahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung hubungan kekeluargaan (silaturahmi).” (Hadis Shahih Riwayat Muslim)
Jika wanita pilihan hati tersebut terbukti baik akhlaknya, menutup aurat dan bersifat lemah lembut maka pujuklah ibu bapa dengan cara hikmah dan bijaksana. Ambil masa sedikit untuk solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT supaya melembutkan hati mereka berdua.
Ibu bapa yang bersifat penyayang tidak akan menolak bulat-bulat permintaan anak lelakinya. Cara mendapat restu adalah cara terbaik dan inilah yang dianjurkan oleh Islam. Jangan terburu-buru mengikut nafsu kerana sifat terburu-buru adalah sifat syaitan, sifat tenang dan bersabar adalah sifat orang mukmin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tak dapat dinafikan bahawa semua orang bekerja keras kerana ingin mendapatkan rezeki seperti wang dan harta yang melimpah. Namun yakinlah bahawa rezeki itu sudah ditentukan Allah.
Walaupun kita sudah berusaha mencarinya dengan bekerja keras siang dan malam jika itu bukan rezeki kita maka hasil yang kita dapat hanyalah rezeki yang telah diperuntukkan Allah SWT kepada kita.
Dalam pada itu meski rezeki yang diterima tidak seperti yang diinginkan tetaplah berusaha. Sebagai salah satu usaha dikurniakan rezeki ada amalan yang boleh kita dilakukan yang mana ia dikongsikan di dalam Al-Quran, hadis dan saranan para ulama.
Allah SWT berfirman;
“Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Dia akan memberikannya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (QS. Ath-Thalaq [65] : 2-3)
Berikut ini dikongsikan empat amalan yang boleh kita praktikkan secara rutin untuk menjemput malah sentiasa ‘dikejar’ rezeki dengan izin Allah SWT.
1. SEDEKAH
Bersedekah adalah memberikan sebahagian yang kita miliki kepada orang lain. Allah SWT menjanjikan ganjaran yang pasti kepada mereka yang bersedekah untuk orang lain.
Allah menjelaskan hal ini dalam Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat 261:
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir berisi seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.” (Al-Baqarah:261).
Bersedekah pada awalnya mengurangkan harta yang kita miliki, namun Allah SWT akan menggantikannya dengan berlipat ganda.
Akan tetapi, dalam bersedekah sebaiknya kita berharap ganti untuk akhirat dibanding mengharap balasan di dunia.
2. MEMPERBANYAKKAN SYUKUR
Bersyukur merupakan cara untuk mendapatkan lebih. Lihat saja, bagaimana Allah sangat mudah memberikan lebih kepada mereka yang bersyukur. Ada saja jalan rezeki bagi mereka yang tidak mengeluh, meski dalam keadaan yang terbatas dan kekurangan.
Bukankah hal ini juga sudah dijanjikan dalam Allah SWT dalam Al-Quran, bahawa siapa yang bersyukur maka Allah akan menambahkan nikmatNya. Namun mereka yang mendustakan, maka akan mendapat azab yang pedih.
“(Ingatlah) ketika Rabbmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kalian bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat”. QS. Ibrahim: 7.
3. MEMBACA SURAH AL-WAQIAH
Surah Al Waqiah juga dikenal sebagai surah pendatang kekayaan. Surat ke-56 ini berisi kandungan iman dan tauhid, bukti kekuasaan Allah SWT serta adanya hari kebangkitan.
“Ajarkanlah Surat Al Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
4. BANYAK BERISTIGHFAR
Istighfar juga menjadi salah satu amalan penjemput rezeki. Terkadang dosa-dosa yang kita lakukan akan menutup pintu rezeki dalam diri. Meskpun sudah berusaha semaksimumkan mungkin, namun tetap saja rezeki yang diinginkan tidak kunjung tiba.
Istighfar merupakan zikir yang maknanya memohon ampun atas dosa-dosa yang pernah dilakukan.
Imam Al-Hasan Al-Bashri juga menganjurkan agar manusia beristighfar jika mengalami kefakiran, sedikitnya keturunan dan kekeringan kebun-kebun. Jadi perbanyakkanlah istighfar jika rezeki tidak kunjung hadir.
Allah SWT berjanji akan mencukupkan rezeki bagi siapapun yang bertawakal kepadaNya. Maka tugas kita adalah bertawakal kepadaNya dengan usaha semaksimum mungkin.
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Membaca ayat Kursi mempunyai banyak kelebihan termasuklah menjauhkan seseorang daripada terkena gangguan syaitan dan jin. Sering kita dengar seseorang itu akan membaca ayat Kursi apabila ternampak atau diganggu oleh makhluk halus.
Walau bagaimanapun menurut seorang pengamal perubatan Islam, Muhamad Firdaus Tokimin, 32, melalui perkongsian video di laman Facebooknya, dia menasihatkan orang ramai supaya tidak membaca sebarang ayat, khususnya ayat Kursi jika mereka hanya ternampak makhluk itu. Ini kerana dikhuatiri gangguan yang lebih buruk akan berlaku, seterusnya memudaratkan diri.
Setakat ini, video yang dikongsikan oleh Muhamad Firdaus sudah ditonton lebih 636,000 kali dan mendapat 11,467 perkongsian di Facebook.
TERUSKAN PERJALANAN DI KAWASAN SELAMAT DAN BERHENTI SOLAT
“Kalau benda itu (makhluk halus) hantaran orang (sihir) bermakna dia ada tugasan.
“Kita baca ayat Kursi sebab kita takut, kalau dia panas, dia akan tuju (mendekati) kita… kita akan jatuh sakit.
“Kan dah banyak kali berlaku dalam masyarakat kita, balik rumah je, dia jatuh sakit.”
Ujar Muhamad Firdaus, mereka yang berdepan dengan gangguan ketika memandu misalnya, apa yang boleh dilakukan ialah meneruskan perjalanan ke kawasan selamat dan berhenti menunaikan solat sebelum membaca ayat Kursi.
Dalam situasi begini, ayat Kursi tidak dibaca ketika makhluk itu dilihat berada di tepi jalan, namun sekiranya pemandu atau penumpangnya diserang, barulah ayat tersebut boleh dibaca untuk melindungi diri.
“Jangan pandai-pandai (baca) sebab ia akan menyebabkan makhluk itu panas, dia ibarat diganggu dan akan menyerang balik.
“Kalau dia tu jin sihir yang dihantar untuk menyerang orang lain, kebetulan anda lalu, kalau dia bawa santau, anda yang terkena santau.
Apa nak buat kalau nampak entiti ghaib di lebuhraya?
Bagi yang ada anak kecil di rumah terapkan ajaran supaya sentiasa mendoakan ibu bapa. Ada sebab ibu bapa perlu mengajar anak kecil sedemikian. Ini kerana jiwa anak yang masih suci dan tiada dosa boleh jadi punca doa mudah makbul.
Dalam catatan beliau, menurut al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali, Saidina Umar pernah meminta kanak-kanak agar mendoakan keampunan buat dirinya.
Jiwa kanak-kanak yang masih suci dan tidak berdosa itu menjadi rasional tindakan Saidina Umar. Kata Ibn Rajab:
كان عمر رضي الله عنه يطلب من الصبيان الاستغفار ويقول: ” إنكم لم تذنبوا”
“Sesungguhnya Saidina Umar RA pernah meminta kanak-kanak agar memohon keampunan buat dirinya dan dia berkata: Sesungguhnya (jiwa kamu suci) kamu masih tidak berdosa.”
Tindakan yang hampir sama pernah dilakukan oleh Saidina Abu Hurairah. Kata Ibn Rajab:
كان أبو هريرة رضي الله عنه يقول للغلمان: “قولوا: اللهم اغفر لأبي هريرة، ثم يؤمن على دعائهم”.
“Sesungguhnya Abu Hurairah pernah meminta kanak-kanak mengucapkan doa: Ya Allah, ampunkanlah (dosa-dosa) Abu Hurairah. (dan apabila kanak-kanak mengucapkan doa tersebut), Abu Hurairah mengaminkan doa tersebut.
Kesucian jiwa anak yang masih belum berdosa
Perhatikan bagaimana para sahabat melihat bahawa kesucian jiwa seseorang barangkali berupaya menjadi punca sesuatu doa itu mudah dimakbulkan. Dengan sebab itu mereka meminta kanak-kanak yang masih belum berdosa untuk mendoakan mereka.
Dengan itu adalah sangat wajar juga untuk kita mendidik anak-anak kecil kita yang masih suci hati mereka agar mendoakan kita. Mudah-mudahan berkat doa mereka, dengan keizinan Allah, kita memperoleh keampunan dan dipermudahkan urusan kita.
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...