‘Mengucap dua kalimah syahadah di katil hospital.’ Gadis ini pergi selepas 13 hari peluk Islam. Benarlah hidayah itu milik sesiapa saja bila Allah berkehendak.
Untungnya gadis ini pergi selepas dia dikurniakan hidayah dan pergi sebagai Islam. Salam takziah buat keluarganya. Al-Fatihah.
“Sudah lama anak berminat dengan Islam, tetapi hasrat itu tertangguh sebaik dia dimasukkan ke hospital kerana menjalani rawatan akibat penyakit SLE (auto imun) sejak sebulan lalu,” kata Hanna Zulaikha Abdullah, 51.
Menurut Hanna Zulaikha, dia terlebih dahulu memeluk agama Islam di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Negeri Sembilan, pada 3 Ogos lalu.
Di Katil Hospital
Sementara, anak perempuannya, Fatimah Abdullah, 25, memeluk agama Islam pada 8 September lalu, ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).
Ads
“Arwah sendiri memilih nama Fatimah sebaik mengucapkan dua kalimah syahadah di katil hospital baru-baru ini.
“Wajahnya nampak ceria dan dia memberitahu jiwanya terasa tenang seolah-olah baru dilahirkan walaupun ketika itu sedang sakit,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam Ainsdale di sini, hari ini.
Gadis Ini Pergi
Hanna Zulaikha berkata, walaupun sedih dengan pemergian anaknya pada 20 September lalu, namun dia bersyukur kerana Fatimah ‘pergi’ selepas memeluk agama Islam.
“Ketika nazak, arwah anak sempat menyebut nama Allah dengan terang yang membuatkan saya benar-benar terharu,” katanya.
Menurutnya, dia berterima kasih kepada pihak Pusat Dakwah Islamiah, Paroi yang membantu menguruskan pengebumian arwah Fatimah.
Katanya, jenazah anaknya baru dapat dikebumikan semalam kerana perlu melalui pelbagai prosedur perubatan, selain perlu disahkan bebas Covid-19.
Ads
Sementara itu, petugas pengurusan saudara baru, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Fathiah Doris Abdullah berkata, dia dihubungi ibu arwah memaklumkan anaknya yang sedang menerima rawatan di hospital ingin memeluk agama Islam.
“Saya bersama rakan pejabat terus ke hospital untuk menunaikan hasrat arwah,” katanya.
Kashoorga : Semoga ibunya tabah menerima ujian ini dan terus kuat meneruskan kehidupan.
‘Sembahyang lama, rajin puasa dari muda sampai sekarang.’ Shiera dedah rahsia Datin Maria Arshad kekal awet muda dan bertenaga walaupun telah memasuki usia 60-an.
Ternyata setiap apa yang disyariatkan oleh Allah pasti ada kebaikan dan faedahnya kepada manusia. Seperti mana yang dilalui oleh Datin Maria Arshad iaitu ibu mentua kepada Shiera atau Sharifah Shahirah.
Allah SWT mensyariatkan puasa pada tahun kedua hijrah ketika sahabat Nabi dan kaum Muslimin berhijrah ke Madinah. Pensyariatan puasa dirakamkan Allah SWT dalam Surah al-Baqarah bermula ayat 183 hingga 187.
Ayat yang mewajibkan kita berpuasa itu mengandungi beberapa perkara penting. Antaranya, puasa termasuk syariat yang tidak dimansuhkan kerana kebaikan dan faedahnya begitu besar bagi manusia.
Ia mendorong manusia sentiasa bersemangat melakukannya serta berlumba-lumba dengan generasi sebelum mereka dalam menyempurnakan amalan baik.
Rajin Puasa Dari Muda Sampai Sekarang
Selain itu, puasa adalah aset terbesar bagi memperoleh ketakwaan. Key Performance Indicator (KPI) ditetapkan Allah SWT iaitu takwa menjadikan puasa benteng pertahanan ampuh bagi seseorang daripada melakukan perbuatan maksiat.
Sempena ulangtahun kelahiran ibu mertua tercinta beberapa hari lalu, selebriti, Sharifah Shahirah mendedahkan rahsia atau amalan ibu mertuanya selama ini.
Shiera Dedah Rahsia
Biarpun ucapan selamat hari jadi yang disampaikan agak “kelakar”, namun ramai yang terharu dan teruja dengan perkongsian tersebut. Luahnya di akaun Instagram:
With dey dey…masa tiga bulan
Happy birthday mama!
Doa semoga mama sihat… Positive as usual..
Dilindungi dan dipermudahkan urusan dunia akhirat
Dalam posting yang sama, jelasnya kalau ada orang tanya apa rahsia ibu mertuanya kekal bertenaga adalah disebabkan ibu mertuanya memang rajin berpuasa sedari muda, apa saja jenis puasa sunat Maria Arshad akan lakukan.
Datin Maria Arshad Kekal Awet Muda
‘Dia rajin puasa daripada muda sampailah sekarang. Dia akan puasa pada sunat Isnin dan Khamis. Puasa hitam putih macam-macam jenis puasa semua dia buat. Memang rajin puasa.
‘Sembahyang lama dan mungkin semua sembahyang dia buat.
Lepas makan setengah jam, jangan duduk.
Party dengan kengkawan perempuan, pergi holiday dan selalu hidup positif. Dan rajin masak untuk menantu dan kengkawan menantu,’ tulis Shiera satu persatu memuji ibu mertuanya.
Komen Warganet:
Warganet dan rakan artis turut mengagumi amalan yang diamalkan oleh Datin Maria Arshad. Kata mereka:
rozitachewan1
Dah tahu rahsia, patutlah cantik…
sejadahmadinahexclusife_tpmkl Sanah Helwah mamanya. Boleh tahu yang ke berapa? Kagum sangat dengan orang berusia cantik lawa tambah-tambah sihat walafiat. Alhamdulillah
zarralufya_ojie Memang bagus puasa sunat ini. Pada yang selalu sakit-sakit, berpuasalah. Insyallah badan cergas dan umur panjang serta sihat selalu…
Tidak lewat sesaat tidak juga cepat seminit, semua Allah sudah tentukan ajal kehidupan manusia. Pengakhiran sangat indah yang juga disebut husnul khatimah dan lebih bermakna berlaku di bulan Ramadan yang mulia dan sedang bersolat Isyak.
Baca perkongsian dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi mengenai kejadian berlaku malam tadi saat dirinya bersolat di Masjid Nur, Jalan Seri Pagi, Bandar Saujana Utama.
Sedang imam membaca surah pada rakaat pertama di solat Isyak malam ini, tiba-tiba kedengaran seorang rebah di belakang saya dengan bunyi yang agak kuat seiring suara, “Allah!”.
Usai solat, keadaan menjadi gempar bila ada ahli jemaah yang menyeru, “ada sesiapa doktor di sini… cepat-cepat.”
Beberapa orang menerpa ke tempat kejadian dan terus memberi pertolongan cemas. Saya dengan beberapa ahli jemaah di saf pertama terus berada di tempat masing-masing sambil mendoakan kebaikan buat ahli jemaah tersebut dan terus melapangkan ruang bagi proses pengudaraan yang baik.
Beliau tidak sedarkan diri. Tangan dan tubuhnya longlai sekali. Ketika doktor menekan dadanya berkali-kali untuk membantu proses bernafas, beliau terus lemah.
Setelah tubuhnya yang tidak berdaya di usung ke belakang, doa tahlil serta solat Tarawih diteruskan. Usai solat Tarawih dengan diikuti solat witir, pengumuman dibuat yang mengatakan ahli jemaah telah pun meninggal dunia.
Saya terpegun. Sayu. Sedih. Begitu cepat dan tiba-tiba sekali Izrail menjemputnya pulang. Dan alangkah indahnya kematiannya, di rumah Allah, pada malam Ramadan yang barakah, sedang solat, serta sempat mengucapkan nama Allah. Cemburu!
Entah mengapa pada malam ini, saya tergerak untuk solat di Masjid Nur, Jalan Seri Pagi, Bandar Saujana Utama. Dan malam ini, isteri pula agak sihat untuk ditinggalkan seorang buat saya berjemaah di masjid.
Tentunya insiden ini bukan kebetulan. Tetapi punya tujuan, buat diri saya dan sesiapa sahaja yang berada di masjid itu, di jauh dan dekat. Cukuplah mati itu sebagai peringatan. Mengingati mati ialah zikir yang senyap….
Ketika melihat si anak duduk menangis di samping jenazah, seorang wanita (mungkin isteri) yang terburu-buru datang sambil mengalirkan air mata…saya sayu. Kami sendu.
Dan kami mendoakan Allahyarham akan tersenyum meninggalkan dunia yang penuh fitnah ini menuju alam baqa yang penuh saadah. Insya-Allah. Amin.
Gambar di bawah, saya ambil hanya beberapa ketika sebelum peristiwa itu. Entah kenapa, hati saya tergerak untuk mengabadikan sesuatu. Tanpa saya jangka, malaikat Izrail sudah pun berada di muka pintu untuk mencabut nyawa sahabat tersebut…
Innalilahi wa innailaihi rajiun. Semoga Allah mengasihani dan mengampuni rohnya. Amin.
Kematiannya yang indah…kita? Entah di mana? Entah bila? Bagaimana? Terus rahsia.
Tetapi pasti tiba!
-Pahrol Mohamad Juoi
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Perasaan gembira bergelar isteri pada lelaki dicintai pastinya pengalaman sukar dilupakan dalam hidup seorang wanita. Termetrai satu ikatan janji untuk bersama-sama mengharungi alam rumahtangga adalah impian kebanyakan wanita.
Namun manusia itu hanya mampu merancang, Tuhan menentukan. Impian untuk sama-sama mengharungi suka duka alam rumahtangga ternyata tidak kesampaian bagi pasangan suami isteri, Akmal Aziz dan isteri, Siti Saraf Ismail apabila baru sehari bahagia di majlis akad nikah mereka, keesokkan harinya bertukar berita sedih apabila dijemput Allah.
Dalam satu perkongsian di fb, Amaleng Husni, lelaki ini berkongsi kisah sedih mengenai dua pupunya, allahyarham Siti Saraf yang juga kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan di Putrajaya yang dijemput illahi sehari selepas majlis akad nikahnya.
Tulisnya:- “Innalillahi wainna ilaihi rajiun Al-Fatihah buat dua pupu Siti Saraf. Semalam baru akad nikah hari ini Allah dah jemput arwah ” tulisnya ringkas.
Dalam pada itu, menerusi laporan Sinar Harian, Mohd Amirul Akmal menjelaskan dia telah dikejutkan isterinya pada jam 3 pagi memaklumkan dirinya mengalami sakit kepala. Namun tidak lama kemudiannya dia tidur semula sambil ditemani Akmal di sisinya.
Namun pada waktu pagi dia dan keluarga dikejutkan apabila melihat arwah mengalami sesak nafas.
“Saya segera hubungi ambulans kerana pada ketika itu isteri sangat memerlukan bantuan oksigen dan ambulans tiba jam 12 tengah hari.
“Bagaimanapun, isteri disahkan meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari oleh doktor yang bertugas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM),” katanya.
Lebih menyedihkan, ayat terakhir yang terpacul dimulut isterinya ialah : “Abang…kita dah kahwin”
Tambahnya lagi hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) mendapati isterinya itu meninggal dunia akibat pendarahan di dalam otak sebelah kanan.
Difahamkan arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Karang pada Ahad.
.Akmal menerusi satu hantaran di Faceboknya sebelum itu, telah berkongsi kepada orang ramai memaklumkan yang beliau baru sahaja melangsungkan perkahwinan secara tertutup dengan Siti Saraf yang juga seorang pegawai JPJ di Putrajaya iaitu pada 23 Oktober lalu di Masjid Mukim Binjai Baru, Kota Bharu Kelantan.
Bahkan di fb arwah, beberapa bulan sebelum majlis pernikahan mereka, dirinya sempat memuat naik status mengenai pertunangan mereka.
Kita up kat sini satu untuk long lasting memory..
Semoga dipermudahkan urusan perkahwinan suatu hari nanti Melalui badai kehidupan, semoga cinta ini sentiasa teguh, selalu bahagia dan kekal hingga syurga Ada kisah lucu jugak, tak sangka kek pun boleh tersama jugak. Kek buah, tulisnya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...