Ajal maut di tangan Allah taala. Tidak cepat sesaat dan tidak lewat seminit. Ia sudah tertulis di luh mahfuz lagi dan tiada siapa mampu menolak takdir ini.

Pengorbanan seorang anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Tengah, PBK 11 (KUP) Mohd Diya bin Che Jusoh, 46 yang ditimpa kemalangan sewaktu operasi menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh petang semalam berakhir dengan tragedi di mana mangsa lemas selepas dihanyutkan arus deras.

Biar usaha menyelamatkannya telah dilakukan, allahyarham pergi dalam keadaan mulia membantu orang dalam kesusahan pada jam 3.11 pagi di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka.

Dalam sebuah hadith, Rasulullah bersabda:

الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ : المَطْعُونُ ، وَالمَبْطُونُ ، وَالغَرِيقُ ، وَصَاحِبُ الهَدْمِ ، وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Ads

“Terdapat lima jenis kematian yang dianggap syahid: iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Al-Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa, kelima-lima jenis kematian ini dianggap sebagai syahid kerana mereka menghadapi maut tidak seperti manusia biasa. Seksaan yang mereka lalui lebih dari yang lain. Dengan itu mereka digelar sebagai syahid akhirat. Di dunia, jenazah mereka tetap diuruskan seperti jenazah lain, namun di akhirat mereka dikurniakan kedudukan syahid.

Ads
Meninggal Dalam Keadaan Syahid, Anak Anggota Bomba Lemas  Bercita-Cita Mahu Jadi Seperti Ayah
Jenazah allahyarham akan dikebumikan hari ini selepas semua urusan selesai.

Dalam pada itu, kesedihan dirasai oleh anggota keluarga arwah termasuk anak-anak yang masih kecil. Di kongsi dari fb Dato Kamel Mohamad yang menyantuni keluarga ini berkongsi bagaimana anak kecil kepada anggota bomba ini bercita-cita mahu menjadi anggota bomba sama seperti arwah ayahnya. Bahkan dirinya turut meminati subjek Sains.

Walau mungkin di usianya “mungkin kurang mengerti pahitnya tragedi” ini namun sudah pasti ia satu kenangan yang sukar dilupakan buat keluarga allahyarham. Meninggalkan empat anak yang masih kecil iaitu, Daniel Hakimi, Ain, Danish Anisah dan isteri, Puan Noraidah, sudah pasti kenangan ini tersimpul kemas dan semoga Allah membalasnya dengan syurga Allah di atas semua jasanya untuk negara.

Ads

Dalam kejadian semalam, diberitakan PBK 11 (KUP) Mohd Diya bin Che Jusoh terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dihanyut arus deras ketika sedang menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa dikatakan sedang memasang tali di kawasan banjir berkenaan untuk membantu penduduk kampung keluar daripada kediaman masing-masing.

Meninggal Dalam Keadaan Syahid, Anak Anggota Bomba Lemas  Bercita-Cita Mahu Jadi Seperti Ayah
Usaha menyelamat dilakukan namun Allah lebih menyayangi arwah

Pasukan bomba terpaksa terpaksa mengambil masa hampir 10 minit untuk membantu mangsa yang dipercayai pengsan ekoran arus air yang terlalu deras. Mangsa kemudian diberi bantuan pernafasan (CPR) sebelum dibawa ke hospital menaiki Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba.

Al-Fatihah untuk wira negara ini.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI