Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung, Rupanya Ashraf Sinclair Penderma Tetap Di Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman

Share

Pagi ini kita dikejutkan dengan kehilangan pelakon popular dari Malaysia. tapi membina nama di Tanah Seberang, Indonesia, Ashraf Sinclair akibat serangan sakit jantung.

Dia yang aktif di pasaran Indonesia sejak 2008, turut berkahwin dengan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari dan dikurniakan seorang cahayamata, Noah.

Ternyata kehilangan pelakon yang popular dengan drama sinetron ini sangat dirasai kerana arwah juga dikenali ramai di sana dengan hati budinya dan sifatnya sebagai seorang dermawan sepanjang hayatnya.

 

Siapoa sangka biarpun sibuk dengan dunia seni, arwah juga sebenarnya seorang dermawan. Arwah dikatakan telah menjadi penyumbang tetap di Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman di Jakarta Indonesia.

Ternyata pemergian Ashraf disifatkan sebagai kehilangan yang sangat memberi kesan kepada yayasan berkenaan.

Dalam satu laporan Detik Hot, Pengurus Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman iaitu Haji Ahmad Habib terkejut dan tidak percaya dengan berita diterima mereka awal pagi tadi.

Malah dikatakan juga anak-anak yatim di yayasan berkenaan turut bersedih apabila diberitahu tentang berita itu.

Beliau ini adalah donatur tetap Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman. Sosoknya sangat familiar, baik hati, tidak segan menyapa. Kami sangat merasa kehilangan saat mendapat berita duka ini.

Ini kan seperti pesantren, jadi kapan beliau siap datang, beliau datang saja. Sangat sering datang. Setiap dapat rezeki apa, beliau pasti datang dan memberi rezeki ke kami. Dua bulan lalu kami masih silaturahmi ya. Saat itu beliau sehat, baik-baik saja.

Tambahnya lagi, apa saja rezeki yang diterima arwah, dia akan berkongsi rezeki itu kepada anak-anak di sana. Malah Ashraf juga sering datang ke yayasan berkenaan dan kehadiran terakhir arwah ke sana adalah kira-kira dua bulan lepas.

Waktu kedatangan ke yayasan ini dia masih dalam keadaan sihat dan keadaannya baik-baik sahaja.

KASHOORGA: Salam takziah untuk keluarga arwah dan juga isterinya Bunga Citra. Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Published by
Siti Zurina