Seperti yang kita ketahui, wabak COVID-19 masih lagi ada di sekitar kita. Malah pandemik ini begitu senang menyerang orang tua yang mempunyai tahap ketahanan antibodi rendah.
Baru-baru ini pelakon Daler Yusuf berkongsi berita duka apabila nenek kesayangan yang berada di Uzbekistan telah meninggal dunia setelah disahkan positif COVID-19.
Serangan wabak virus koronavirus tidak mengenal siapa. Tidak kira golongan kanak-kanak, muda ataupun orang tua berpotensi untuk terkena wabak pandemik ini.
Salah seorang yang turut terkena adalah Pendakwah Bebas juga pelakon PU Riz yang telah disahkan positif COVID-19 selepas mengalami demam panas tiga hari lalu.
Lepas tiga hari alami demam disahkan positif COVID-19.
Menurutnya, perkara ini disahkan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini.
“Saya demam sejak tiga hari lalu. Jadi, semalam saya pergi buat pemeriksaan di PPUM. Apabila dihubungi tadi, hasil ujian saya positif Covid-19.
“Saya reda dengan berita ini. Saya anggap ia adalah ujian Allah SWT. Kalau kita menjaga kesihatan sekali pun, tapi kalau Allah nak datangkan sakit juga, memang tak boleh elak.
“Apa pun, saya mengharapkan doa daripada semua semoga cepat sembuh dan bebas daripada wabak ini,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut PU Riz, ambulans dari PPUM akan datang ke rumahnya dan dia ditempatkan di sana untuk rawatan lanjut.
Menurutnya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, dia hanya duduk di rumah dan hanya keluar rumah untuk membeli barangan keperluan sahaja.
Reda dengan ujian Tuhan. Mohon orang ramai doakan kesembuhannya.
Tetapi tambahnya lagi, dia pernah mengunjungi Masjid Jamek Seri Petaling Kuala Lumpur sebelum masjid ditutup kerana penyebaran wabak berkenaan.
Rumahnya memang betul-betul berhadapan dengan masjid berkenaan dan kerap solat di situ sebelum ia ditutup.
Sebelum inipun dia ada berkongsi berita sedih apabila bapa saudaranya juga disahkan positif COVID-19 dan menerima rawatan di hospital.
SUMBER: HARIAN METRO & MSTAR
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Pengeluaran khas one off Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang mula diterima semalam oleh sebahagian besar individu yang memohon awal pasti memberikan berita gembira buat yang memerlukan.
Wang RM10k ini besar ertinya bagi mereka yang sangat memerlukan apatah lagi hari raya bakal menjelang tidak sampai dua minggu lagi. Ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan keperluan.
Dalam satu perkongsian di fb Amran X Aminudin berasal dari Tawau, Sabah, perkongsian anak bongsu yang masih bujang ini cukup mengagumkan dan mengharukan orang ramai apabila menghadiahkan RM10K tanpa mengambil sesen pun duit itu dan diserahkan bulat-bulat kepada ibu yang membesarkannya dengan penuh kasih sayang tanpa limit.
Katanya, duit boleh dicari lagi dan sementelah dirinya masih bujang saat ini. Mungkin kalau sudah berkeluarga, tidak tahu keadaan saat itu.
Berikut perkongsiannya:-
KWSP 10K semua aku serah sama mama syurga ku. Mamaku sedih. Dia cakap kenapa dikasi keluar nak. Kenapa tidak simpan jak nak di dalam KWSP.
Aku jawab, tak apalah mak. Kalau mau tunggu aku pencen pun ndak tau siapa antara kita antara mak @ aku yang jalan dulu.
Aku tau mak. Mama tua sudah. Tuaa sangat sangat. Aku tahu mama banyakkkk sakitt banyakkk sangat sangatt. Dari ubat ubatan mama pun aku tauu mama tahannn jaa dengan sakit mama. Aku takuttt mak ndak dapat bahagiakan mama. Sebab tu aku masih rasa ndak puass berbaktii sama mama.
Aku masih boleh bekerja mak. Duit KWSP aku masih boleh kumpul kalau Allah panjangkan umurku.
Mamak rasalah sikit hasil titik peluhku selama mamak besarkan aku ni. Apalah sangat nilai 10K ni dengan pengorbanan mama lahirkan aku dan besarkan aku dengan penuh didikan yang baik sampai aku boleh bekerja cari duit.
Anak mama ni masih bujang lagi. Kalau anak mama ni sudah kawin mungkin masa tu anak mama ni susah suda mau berlaku adil.
Mama doakan ja aku supaya rezeki ku diperbesarkan lagi supaya aku boleh berkongsi rezeki sama keluarga dan orang lain yah.
Sayang mama Dunia Akhirat Ikhlas dari anak bongsumu, -Ohjenk-
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bagi tetamu Allah yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah pasti merindui suasana di bumi baroqah itu. Di sana sini kelihatan ramai melakukan ibadat dan seakan tidak kisah dengan soal duniawi.
Suasana Masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang tenang membuatkan ramai merinduinya apabila kembali ke tanahair masing-masing.
Dalam pada itu, ramai yang mengikuti agensi pelancongan ke tanah suci kerana merasakan lebih mudah. Hanya perlu keluarkan wang dan segalanya tersedia. Tapi bagi yang berhajat melakukan umrah diy boleh follow tips dikongsikan oleh Farhaany Nawawi, 29 yang baru saja balik dari Tanah Suci selepas melakukan kembara secara solo minggu lalu.
Jelas Hani, dia sebelum ini pernah melakukan umrah berdua dengan kakaknya awal Februari 2020 dan kali ini dirinya kembali menjadi tetamu Allah secara sendirian, iaitu pergi solo. Ya, seorang diri.
Akui Hani, dirinya mengambil keputusan hanya seminggu sebelum membuat keputusan dan ketika itulah pencarian tiket kapal terbang, urusan visa, hotel di Makkah dan Madinah dilakukan dan seterusnya terbang ke Arab Saudi dan turun di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah.
Dirinya akui selesai umrah dirinya kemudian membuat perjalanan ke Madinah menggunakan pengangkutan keretapi. Selesai segalanya, dirinya pulang melalui Madinah.
“Kos keseluruhan dari awal hingga akhir termasuk masih murah berbanding ikut travel agent. Lagi satu murah sebab semuanya buat sendiri untuk tempoh 10 hari tersebut.
Hani melakukan travel solo ke Makkah dan baru pulang minggu laluKaabah yang merupakan kiblat umat islamAkui Hani bila travel solo dia berhati-hati minta orang ambilkan gambar, takut juga kalau telefon bimbit hilangAntara tempat mustajab berdoa iaitu di bawah pancuran emas
Keyakinan pada Allah kena tinggi
Dalam pada itu, jelas Hani, bila travel secara solo, duit perkara kedua tapi paling utama ialah keyakinan tinggi pada Allah. Dirinya turut berkongsi tips yang ditulisnya di fb miliknya @haany harraz.
Di saat Allah jemputku ke sini, kuat keyakinan saya kepada Allah bahawasanya untuk ke Haramain
1. Urusan duit itu letaknya nombor 2. 2. Kekuatan niat itu yang utama. 3. Bersungguh-sungguhlah menangis dalam doa minta kepada Allah untuk menjemput kita dalam masa terbaik walau apa jua situasi kita. 4. Sentiasalah bersangka baik kepada-Nya. 5. Minta doa daripada kawan-kawan terutamanya yang berada di Tanah Suci. 6. Selalu lihat live dan posting kawan-kawan berkaitan Tanah Suci supaya hati sentiasa terpaut untuk jadi Tetamu Allah Yang Istimewa. 7. Sentiasa support kawan-kawan yang nak jadi Tetamu-Nya meskipun belum tiba giliran kita.
Moga-moga, langkah ini menjadi permulaan baik buat semua yang rindu menjadi tetamuNya. Insyaallah pasti Allah undang lagi dan lagi. Rindu Haramain tiada penghujung
Menu nasi lemak simple buatannya, sekadar mengalas perut sebelum beribadahDari bilik hotel menikmati strawberiMenaiki train dari Makkah ke Madinah.
Dalam temubual dengan KASHOORGA, pengusaha rempah sup dan nasi arab terkenal ini, Rempah Che Fatimah, Hani menjelaskan kos makannya lebih kurang RM200-RM300 kerana dirinya memasak sendiri.
“Saya bawa periuk kecil. Masak dalam bilik hotel saja. Adakalanya saya beli makanan luar. Di Masjidil Haram, hotel saya jarak perjalanannya dengan Kaabah cuma 5 minit sahaja. Di Madinah lebih kurang lapan minit menuju ke pintu Raudah iaitu pintu 25.
“Cuma kalau travel solo, adakalanya dapat pemandu teksi yang tak faham bahasa inggeris agak sukar sikit. Tapi saya buat begini. Saya tunjuk lokasi, tetapkan harga dan saya buka waze. Kalau pemandu teksi cuba menipu, saya tunjukkan waze itu dan mereka tahu kita juga tak mudah ditipu.
“Tapi sebenarnya di ada saja bas-bas yang boleh naik secara percuma untuk ziarah di sini. Saya juga gunakan kemudahan itu. Nak kata ada ujian tu tak juga cuma di Masjid Nabawi, saya hilang selipar. Baliklah berbaki ayam untuk jarak perjalanan lebih kurang 15 minit. Nak beli kasut, tak jumpa kedai.
“Selebihnya Allah amat memudahkan urusan saya. Nak ambil gambar kenangan saya minta tolong pada orang Malaysia yang ramai saya jumpa. Dapatlah juga berborak dengan mereka,” katanya mengakui ramai mesej kepadanya untuk turut sama melakukan umrah DIY.
“Insya Allah, Oktober ini dan Januari tahun depan saya buat lagi umrah secara DIY,” katanya yang mengakui, bila segalanya sendirian, keyakinan pada Allah adalah tertinggi.
“Insya Allah, kalau niat baik, Allah akan memudahkan urusan kita untuk beribadah,”jelasnya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?