‘Meninggal dunia selepas selesai haji dan niat keluar berdakwah.’ Datuk Pahamin Rajab sempat capai hasrat tunai haji 7 kali selepas menghembuskan nafas terakhirnya. Memang menjadi impian arwah sejak muda untuk tunaikan haji sebanyak tujuh kali sepanjang hayatnya.
Bekas Pengerusi AirAsia Berhad, Datuk Pahamin Rajab, 77, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London, United Kingdom (UK), malam kelmarin.
Berita duka itu dikongsi menantunya, pelakon, Azhar Sulaiman melalui hantaran Instagram (IG), awal pagi semalam. Menurut Azhar, allahyarham Pahamin yang juga bekas Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam perjalanan menghadiri majlis graduasi anaknya di London.
Memetik laporan Berita Harian, allahyarham Pahamin yang juga Pengasas Bersama AirAsia pernah berkhidmat dalam kementerian dan agensi kerajaan di Malaysia dalam tempoh lebih 30 tahun.
Allahyarham Pahamin pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bermula 1998 hingga 2001 dan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1974 hingga 1998.
Allahyarham Pahamin juga memegang jawatan penting dalam beberapa syarikat termasuk LNG Resources Bhd, Forlife Research Sdn Bhd dan Mediscreen Sdn Bhd.
Azhar mendirikan rumah tangga dengan anak Allahyarham Pahamin iaitu Chempaka Emalin Pahamin dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, 23, dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona, 21.
Ads
Selepas Selesai Haji
Perkongsian Maulana Helmi secara tidak langsung mendedahkan sisi lain Pahamin.
Di sebalik nama besarnya dan ketokohannya dalam dunia korporat, dalam masa yang sama dirinya dipilih oleh Allah SWT berkecimpung dalam dunia dakwah hingga dapat keluar 4 bulan IPB (India, Pakistan & Bangladesh) dan negara jauh.
Istiqamah dengan nisab tiga hari setiap bulan bersama Dato Dr Hasan Ali dan Dato Selamat.
Malahan diirinya juga pernah keluar 40 hari di perkampungan komunis Malaya di Selatan Thai bersama sahabat yang lain. Dengan kami pernah keluar Rehlah di Masjid Bukit Malut Langkawi.
Panggilan Ke Mekah, Detik Tinggalkan Dunia Transgender:
Niat Keluar Berdakwah
Detik awal ketika almarhum mula-mula ikut keluar dakwah anak-anak almarhum risau bagaimana almarhum boleh iktikaf tidur dekat masjid.
Namun almarhum tetap ingin terus keluar jemaah walaupun kadangkala prasarana masjid dan surau kurang selesa. Bahkan saya pernah lihat almarhum iktikaf di koridor masjid.
Ads
Bila kami tanya pada Almarhum, Dato ok ke mujahadah macam ini? Almarhum jawab, sebagai ahli korporat kami sudah biasa menerima treatment ala VVIP, red carpet dan sebagainya.
Namun di usia senja ini, saya hendak cari jiwa kehambaan semula sebelum saya berjumpa dengan Pencipta.
Datuk Pahamin Rajab Sempat
Kali terakhir saya keluar dakwah bersama almarhum adalah dalam program 3 hari anjuran ayahanda Dato Dr Hasan Ali di Sijangkang, Klang, Selangor.
Terbaru saya lihat gambar almarhum di Facebook mengkhabarkan yang almarhum ada di tanah suci sedang menunaikan haji. Agak terkilan juga kerana tak sempat bertemu dengan almarhum buat kali terakhir.
Balik saja dari haji, almarhum terbang ke United Kingdom, meninggal dunia dalam pesawat akibat serangan jantung. Inna lillahi wainna ilaihi rojiuun.
Capai Hasrat Tunai Haji 7 Kali
Paling mengagumkan bila al faqeer lihat dalam grup WhatsApp yang nama almarhum ada dalam senarai jemaah yang bakal keluar 40 hari pada bulan Julai nanti.
Ads
Masyallah almarhum meninggalkan dunia selepas selesai haji dan masih dalam azam dan niat untuk keluar berdakwah.
Mudah-mudahan almarhum dikurniakan Allah dengan Husnul Khotimah serta ditempatkan bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin di Illiyyin sana.
Amin.
‘Semoga jadi asbab mommy, daddy ke syurga.’ Baru 4 tahun, anak betty rahmat pandai baca Al-Quran, siap bertaranum.
Benarlah anak kecil adalah kain putih, dia membesar mengikut apa yang emak dan ayahnya corakkan. Sudah menjadi tanggungjawab ibu, bapa dalam mendidik anak-anak agar menjadi anak yang baik dan soleh dunia, akhirat.
Berbangga dengan anak kecil ini, walaupun baru berusia empat tahun, namun kebolehan dia membaca Al-Quran meraih perhatian warganet.
Kita sendiri tersenyum bangga, apatah lagi mommynya. Sejuk perut ibunya melihat perkembangan positif sang anak.
Di saat rakan sebayanya asyik dengan telefon bimbit, anak kecil ini membuktikan dia berbeza.
Mommy, Daddy Ke Syurga
Sebelum itu, pelakon Betty Rahmad berkongsi video anaknya yang sedang khusyuk membaca Al-Quran di akaun Instagram miliknya. Kemampuan anaknya yang masih kecil cukup membanggakan.
Keletah Ardy Wira telah mencuri perhatian ramai warganet apabila sudah pandai membaca al-Quran walaupun baru berusia empat tahun.
Baru 4 tahun
Baru-baru ini, Betty berkongsi sebuah hantaran di laman Instagram yang memaparkan anak sulungnya sedang khusyuk membaca al-Quran.
Kongsinya, MasyaAllah Tabarakallah
Semoga kamu jadi asbab Mummy & Daddy ke syurga Wira’s everyday routine before sleep boleh cuba. But ini version dia berangan baca konon-konon tengok Al-Quran dan taranum.
MasyaAllah semoga terang hati, jadi pencinta Al-Quran, membesar dengan sihat dan dilindungi Allah SWT.
Anak Betty Rahmat Pandai Baca Al-Quran
Komen Warganet:
Juraidahothman
Siap bertaranum lagi tuu, masyallah. Semoga membesar menjadi ahlul Quran ya sayang.
Hawa_rahim02
Kakak Teha you’re the best teacher. Sy kagum dengan kebolehan wira pada umur sekarang.. congrats! Betty, youre the best mom too
Siap Bertaranum
I_am_sitie
Amboii dia punya tarranum, idgham bukan main lagi… Hai la anak soleh. Nanti boleh jadi imam mummy..
Anjee_ganu
Subhanallah..wira ada suara yang lunak. Boleh jadi imam nanti, insyallah. Tahniah buat ibubapa Wira. Moga menjadi anak soleh dunia akhirat.
Butir-butir kata yang dilontar daripada mulutnya ditambah dengan kelembutan suara, menyejukkan jiwa buat sesiapa yang mendengar.
Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, ikon pendakwah wanita yang amat dikagumi.
Keakraban dan kemesraan beliau bersama Imamnya, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid agak dicemburui.
Ramai yang ingin menjadi seperti pasangan merpati dua sejoli ini. Tidak lokek berkongsi rahsia kebahagiaan, berikut diperturunkan 10 tip untuk mengekalkan kemesraan bersama suami seperti yang diamalkan dalam kehidupan harian beliau.
Gambar sekadar hiasan.
1. Curahkan kasih sayang dengan sepenuh hati.
2. Patuhlah kepada suami dengan apa adanya.
3. Mendengar kata-kata suami dengan baik disertai ketaatan.
4. Sentiasalah isteri mempertahankan pandangan mata suami dengan memakai pakaian yang baik-baik.
5. Sentiasa menjaga ‘hidung’ suami dengan memakai bau-bauan yang wangi.
6. Sentiasa memperhatikan waktu tidur suami
7. Sentiasa menjaga makan minum suami.
8. Jagalah harta benda suami dengan sebaik-baiknya.
9. Isteri perlulah menjaga keluarga dan anak anak dengan baik.
10. Jangan sesekali menyebarkan rahsia suami.
Pujangga Arab ada mengatakan wanita itu adalah tiang negara. Seandainya wanita itu baik, majulah negara, seandainya wanita itu rosak akhlak maka mundurlah negara. Demikian juga kata penyair Arab, Ahmad Syauqi, ibu itu adalah umpama sebuah sekolah.
Jika anda memberikan peluang kepadanya nescaya ia akan memberikan kepada anda satu bangsa yang berakar umbi baik.
Jadilah wanita yang hebat dan bijaksana. Cantikkan diri dengan akhlak, bijak menambat hati suami serta mendidik anak-anak dengan iman dan takwa kepada Allah.
Di saat ramai diuji dengan berita duka rumah dipenuhi lumpur akibat banjir yang hampir mencecah bumbung, sudah pasti banyak barang keperluan rumah musnah serta tidak dapat diselamatkan.
Kebiasaannya banyak bantuan berupa barangan makanan disumbangkan kepada mangsa banjir seperti beras, gula, tepung serta lain-lain makanan yang difikirkan perlu bagi meringankan bebanan mangsa banjir di negeri terlibat seperti Pahang, Johor dan lain lagi.
Dalam pada ramai yang mungkin menyalurkan bantuan makanan, penyampai radio dan pelakon, Sharifah Shahirah mengambil inisiatif berbeza dengan membelikan pakaian dalam buat mangsa yang terjejas banjir di Pahang.
Dalam post dikongsi di ignya, @shieraijoy, penyampai ini menulis:
OK ni pun I campur campur duit korang bagi beli air beli barangan dalaman.. Suar Dan bra…. kat Mana la murah nak cari ni.. Borong kat mana ekk
Nak gelak gelak laa.. Tapi ni Sangat penting..
Betul juga idea Shierakan. Bagi mangsa banjir terutama wanita, pakaian dalam benda yang sangat penting dan andai tiada apa dapat diselamatkan ketika air banjir naik deras, sudah tentu pakaian dalam sebegini sangat membantu. Takkan nak pakai sehelai seminggu pula kan.
Malah netizen turut mengucapkan ideanya di luar kotak kerana membeli barangan keperluan lain dari yang lain.
Dalam islam, sikap tolong menolong amat dituntut iaitu membantu di saat orang dalam kesusahan. Ini dinyatakan dalam surah Al Maidah ayat 2 iaitu “Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”. (Al-Maidah: 2)
Paling utama, tak kisah apa barangan kita mahu beli tapi niat untuk membantu paling penting. Semoga Sharifah Shahirah dan team dimurahkan rezeki kerana membantu mereka di dalam kesusahan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?