Jika seminggu lalu, negara menerima khabar duka pemergian Tok Al-Quran dan Taranum negara, Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar yang aktiv menyampaikan ilmu al-Quran melalui pelbagai saluran sebagai pembimbing rancangan Jom Taranum di TV9 dan rancangan Tartil di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) kini ayahandanya, Tuan Guru Dato' Hj. Nik Jaafar bin Nik Ismail menyusul pula pada 23 Mac lalu. Berselang seminggu selepas pemergiannya.
Berita duka ini dikongsikan oleh bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri di fbnya.
Tulisnya, salam takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Guru Dato' Hj. Nik Jaafar bin Nik Ismail yang telah kembali ke rahmatullah pada 23 Mac 2022. Pemergiannya menyusuli anakanda beliau, Allahyarham Ustaz Nik Azizan bin Dato' Nik Jaafar yang kembali ke rahmatullah pada 16 Mac 2022.
Ads
Saya mengenali Allahyarham sebagai seorang tokoh al-Quran dan guru tarannum yang disegani bukan sahaja di peringkat kebangsaan, bahkan juga antarabangsa.
Atas sumbangannya yang besar dalam bidang al-Qur’an, beliau dinobatkan sebagai Tokoh Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M.
Ads
Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya ke atas beliau dan anakandanya serta ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.
Ads
Dalam pada itu, pemergian bekas tokoh anugerah perdana ini, turut dikongsi oleh anak-anak muridnya yang memaklumkan arwah dijemput Illahi pada jam 5.30 petang 23 Mac lalu.
Kehilangan ini antara yang paling besar buat semua kerana perginya seorang tokoh yang sangat terkemuka dan berjasa terhadap dunia Majlis Tilawah Al-Quran di Malaysia selama ini.
Semoga jasa dan bakti beliau semasa hayatnya menjadi timbangan amalan kebaikan buatnya di alam seterusnya. Semoga Allah mengampuni beliau dan menempatkan beliau bersama roh-roh para solihin dan ahlul Quran.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Apa hukum seorang suami menegur isterinya dengan satu patah perkataan, lalu si isteri membalas dengan banyak perkataan?
Jawapan URK: Wa’alaikum salam
Itu lumrah.
Tapi jika suami tak suka, boleh sahaja diluahkan dalam suasana tenang dan harmoni.
Berbincang, luah apa yang terbuku di hati; kedua-dua suami dan isteri.
Perbincangan perlu diurus dengan baik. Seorang bercakap dan seorang dengar; BUKAN dua-dua cakap serentak.
Masalahnya apabila si suami susah nak bercakap, susah nak menyatakan apa yang dia mahu atau apa yang dia tidak mahu; lalu si isteri terpaksa mengagak-agak; ini semua akan menyebabkan timbul salah faham, kekecewaan dan kemarahan oleh kedua-dua belah pihak.
Isteri pula, musibah segala musibah jika dia suka melawan, tunjuk pandai, tidak mahu merendah diri dan tidak mahu mendengar cakap suami.
Keadaan seperti ini semua perlu diperbetulkan bagi memastikan rumah tangga harmoni dan tenteram.
Barakallahu fikum.
SUMBER: PENDAKWAH BEBAS, USTAZ RIZA KAMARUDDIN
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Serangan wabak virus koronavirus tidak mengenal siapa. Tidak kira golongan kanak-kanak, muda ataupun orang tua berpotensi untuk terkena wabak pandemik ini.
Salah seorang yang turut terkena adalah Pendakwah Bebas juga pelakon PU Riz yang telah disahkan positif COVID-19 selepas mengalami demam panas tiga hari lalu.
Lepas tiga hari alami demam disahkan positif COVID-19.
Menurutnya, perkara ini disahkan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini.
“Saya demam sejak tiga hari lalu. Jadi, semalam saya pergi buat pemeriksaan di PPUM. Apabila dihubungi tadi, hasil ujian saya positif Covid-19.
“Saya reda dengan berita ini. Saya anggap ia adalah ujian Allah SWT. Kalau kita menjaga kesihatan sekali pun, tapi kalau Allah nak datangkan sakit juga, memang tak boleh elak.
“Apa pun, saya mengharapkan doa daripada semua semoga cepat sembuh dan bebas daripada wabak ini,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut PU Riz, ambulans dari PPUM akan datang ke rumahnya dan dia ditempatkan di sana untuk rawatan lanjut.
Menurutnya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, dia hanya duduk di rumah dan hanya keluar rumah untuk membeli barangan keperluan sahaja.
Reda dengan ujian Tuhan. Mohon orang ramai doakan kesembuhannya.
Tetapi tambahnya lagi, dia pernah mengunjungi Masjid Jamek Seri Petaling Kuala Lumpur sebelum masjid ditutup kerana penyebaran wabak berkenaan.
Rumahnya memang betul-betul berhadapan dengan masjid berkenaan dan kerap solat di situ sebelum ia ditutup.
Sebelum inipun dia ada berkongsi berita sedih apabila bapa saudaranya juga disahkan positif COVID-19 dan menerima rawatan di hospital.
SUMBER: HARIAN METRO & MSTAR
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Baru-baru ini Pejabat Mufti Negeri Selangor menerusi Mufti Negeri Selangor, Dato Dr Haji Anhar Haji Opir ada mengeluarkan satu kenyataan terbaru mengenai keadah pengurusan jenazah pesakit Covid-19 bertarikh 11 Ogos 2021.
Dalam kenyataan tersebut, Mufti Selangor ini memaklumkan berdasarkan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Pertama Tahun 2021 yang bersidang pada 28 Zulhijjah 1442H bersamaan 7 Ogos 2021 setelah diperkenan oleh D.Y.M.M Sultan Selangor pada 11 Ogos 2021 memutuskan bahawa:-
Hukum asal pengurusan jenazah muslim termasuk jenazah pesakit Covid-19 hendaklah diuruskan dengan sempurna melalui kaedah pengurusan jenazah dengan dimandi, dikafan, disembahyang dan dikebumikan dalam tempoh masa seminimum mungkin mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.Sekiranya terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa pengurusan jenazah berisiko dijangkiti dengan penggunaan air maka hendaklah digantikan dengan tayammum pada anggota badan jenazah dengan mengambil kira Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Walau bagaimana pun sekiranya terdapat halangan atau dibimbangi boleh membawa kepada penyebaran penyakit maka gugur kewajiban memandikan, tayammum ke atas jenazah dan memadai dikafan, disembahyang dan dikebumikan.
Dalam melaksanakan keputusan ini, pihak hospital dan pihak berkuasa agama, perlu menyediakan tenaga kerja. Segala kelengkapan dan keperluan yang mencukupi dalam pengurusan jenazah Covid-19.
Keputusan ini sedang dalam proses kewartaan namun perlaksanaan ini berkuat kuasa pada perkenan D.Y.M.M Sultan Selangor.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Seronok beraya, pergi rumah terbuka bertemu saudara mara dan rakan taulan tapi tanpa sedar kita turut sama melakukan dosa.Dikongsi oleh Ustazah Asma' Harun, terdapat...