Ini mungkin lawak biasa yang kita tujukan kepada rakan untuk ‘mengenakan’ mereka walaupun hakikatnya tiada pun.
Walau niat kebanyakan kita sekadar bergurau dengan kawan-kawan tapi hakikatnya ia sebenarnya tetap menipu. Inilah juga antara perkara haram yang selalu kita ambil mudah.
Begitu juga dengan perbuatan menceritakan semua perkara yang kita dengar tanpa menyelidik kebenaran cerita tersebut. Tanpa sedar ada perkara tak benar yang telah kita ceritakan. Ini juga termasuk dalam dusta atau menipu.
Perkara ini dijelaskan oleh Dr Kamilin Jamilin yang juga Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis.
“Antara perkara haram yang orang ramai selalu ambil mudah, bahkan ia termasuk dalam kalangan dosa besar adalah menipu untuk buat orang tertawa atau sekadar bergurau.
Ads
“Antara yang membawa ke arah berdusta juga, iaitu kita menceritakan semua yang kita dengar tanpa kita semak kebenarannya.
“Sebabnya kita mungkin dengar cerita yang betul dan tak betul. Tapi kita cerita semua yang kita dengar maka pastinya ada benda yang kita cerita itu tak betul. Dan itu juga termasuk dalam dusta,”jelasnya.
Tambah beliau Nabi SAW berpesan dalam hadis Bahz bin Hakim RA seperti dalam Riwayat Abu Daud dan al Tirmidzi;
“Celakah orang yang menipu untuk buat orang ketawa. Celakalah dia! Celakalah dia!”
Ads
Baginda juga bersabda;
“Cukuplah seseorang itu mendapat dosa dusta bila dia menceritakan semua yang didengar.” Hadis Riwayat Muslim.
Dr Kamilin turut menceritakan satu kisah yang disebut dalam hadis oleh Abdullah bin Amir RA.
Dia berkata; “Masa aku kecil dulu ibuku pernah memanggil aku, waktu itu Rasulullah SAW ada di rumah kami.
Ads
Ibuku memanggilku; “Mari sini ibu mahu memberimu sesuatu.”
Rasulullah SAW pun bertanya kepada ibuku “Apa yang kamu mahu berikan kepada anakmu?
Ibuku menjawab; “Aku ingin memberikannya kurma”
Rasulullah SAW pun berkata kepada ibuku; “Ingat jika kamu tidak memberinya apa-apa kamu akan mendapat dosa menipu!” Hadis sahih Riwayat Abu Dawud.
Seharusnya kita hendakkah berhati-hati dalam tutur kata meskipun dalam bergurau. Jangan kerana ingin membuat orang tertawa atau mahu orang mendengar cerita kita, maka kita telah membuat dosa besar.
Kita mungkin menerima pesanan begini di WhatsApp, inbox di sosial media atau SMS satu ketika dulu. Memang ada yang percaya dan melakukan suruhan ini.
Awas ya kerana ini bermakna anda telah melakukan tathayyur atau syirik kecil. Segeralah memohon keampunan Allah SWT.
Makna Thiyarah atau Tathayyur
Thiyarah merupakan istilah bahasa Arab yang membawa maksud burung. Sejarahnya bermula pada zaman orang Arab jahiliyyah ketika ingin mengerjakan safar.
Mereka akan merujuk kepada pergerakan burung yang telah dilepaskan ke langit kerana bagi mereka jika burung tersebut bergerak ke kiri, maka mungkin akan terjadi musibah di tengah jalan manakala jika burung tersebut bergerak ke sebelah kanan, maka nasib yang baik-baik sahaja akan menyusul dan mereka dibenarkan untuk mengerjakan safar (perjalanan) .
Dari segi umumnya, maksud thiyarah adalah beranggapan sial ketika terjadinya sesuatu musibah yang melanda dengan alasan sesuatu perkara yang terjadi sebelumnya. Ia adalah sama erti dengan tathayyur.
Contoh-contoh Tathayyur
– Tergigit lidah kononnya ada orang mengumpat hal kita.
– Kupu-kupu masuk rumah kononnya ada orang yang nak datang.
– Ambil gambar 3 orang kononnya salah satunya akan pendek umur.
– Keluar rumah terlupa sesuatu kononnya jangan patah balik ke rumah atau sesuatu musibah akan berlaku.
– Rebus anak lesong, kononnya tolak hujan.
– Tidak dapat merasa sesuatu makanan kononnya jilat telapak jari supaya tidak kempunan.
– Diberak burung kononnya ada rezeki.
– Air minuman tumpah kononnya tiada rezeki.
– Sedang berbicara cicak berbunyi kononnya tanda perbualan itu benar.
– Menjamah makanan sebelum keluar rumah kononnya supaya tidak kempunan.
– Jumpa ular melintas di jalan, kononya ada sesuatu yang buruk berlaku hari itu.
– Mimpi berak, kononnya akan ditimpa sakit.
Kenapa dikatakan syirik?
عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول اللّه، صلى الله صلى الله عليه وسلم : الطيره شرك، الطيره شرك، وما منا الا ولكن يذهبه بالتوكل
“Dari Ibnu Mas’ud R.A berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Bertathaiyur itu syirik, bertathaiyur itu syirik, dan tiada diantara kita yang tidak terlibat dengannya kecuali akan dijauhkan oleh Allah dengan bertawakkal”.
Hadis riwayat Ahmad [3411] at-Tibb. Turmizi [1539] as-Sair)
Bahaya At-Tathayyur
“At-Tathaiyyur” dapat meniadakan “At-Tauhid” dari dua sisi:
1. Pelaku “At-Tathaiyyur” telah menghilangkan tawakkalnya kepada Allah SWT serta bersandar kepada selain Allah SWT. Padahal Allah Taala adalah satu-satunya tempat bergantung. Sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Ikhlas ayat ke-2 (yang ertinya):
اَللّٰهُ الصَّمَدُ ۚ
Allah tempat meminta segala sesuatu.
Al-Ikhlas: Ayat 2
Dan perintah Allah SWT
فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيــــهِ
“Maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah (hanya) kepada-Nya.” (Hud: 123)
2. Pelaku “At-Tathaiyyur” sesungguhnya bergantung kepada sesuatu yang tidak ada hakikatnya, sedangkan hal tersebut hanya jangkaan dan khayalan sahaja (yang tidak layak untuk dijadikan tempat bergantung)
Setiap yang berlaku adalah dengan izin Allah
Setiap kejadian di muka bumi ini terjadi dengan izin Allah. Sebagai seorang hamba yang bertaqwa dan mempunyai iman di dada, wajib mempercayai kepada qada’ dan qadar.
“Kemudian apabila datang kepada mereka kesenangan, mereka berkata: “Ini ialah hasil usaha kami”, dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka mengatakan nahas dan malang itu disebabkan oleh nabi Musa dan pengikut-pengikutnya. (Tuhan berfirman): Ketahuilah sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya ditetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.”
Menjelang hari raya ini mungkin ada anak-anak berhajat membantu orang tua membayarkan zakat fitrah untuk mereka.
Tapi jangan terus bayar ya. Hukumnya tidak sah! Perkara ini dijelaskan oleh pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus
“Jangan memandai-mandai, orang yang ada kesenangan, orang yang wajib bayar sendiri tak boleh orang lain tolong bayarkan,” katanya.
Jelas beliau, zakat yang dibayar oleh seorang anak untuk ibu bapanya akan sah sekiranya anak meminta kebenaran dan mendapat keizinan terlebih dahulu daripada mereka.
Kata Ustaz Azhar seseorang itu tidak boleh membayar zakat terhadap individu lain yang berkemampuan dengan sesuka hati.
Perkara sama juga perlu dilakukan bagi seseorang yang tidak wajib membayar zakat terhadap individu itu namun berniat untuk membayarnya.
“Suami wajib bayar zakat isteri jadi tak perlu minta izin, tapi isteri yang ingin bantu bayar zakat suami tak boleh memandai-mandai, perlu minta izin dahulu sebab ia bukan kewajipannya,” jelas Ustaz Azhar Idrus lagi.
“Anak jiran baik sangat dengan kita, kita suka sangat dengan dia sebab hormat dan tegur kita, jadi kita pun bayar zakat Fitrah untuk dia, tidak sah kerana yang wajib ayah dia, kita kena minta izin dengan ayah dia,” katanya dalam satu majlis selepas diajukan soalan sama ada boleh atau tidak anak membayar zakat Fitrah terhadap ibu bapa.
Umur kita ini semakin hari semakin meningkat. Bagi yang dah berusia 40an itu sepatutnya sudah bertambah lah kematangan dan pahala yang dikumpul sedari muda. Yang pasti kubur pun sedang melambai menanti jasad di tanam. Mengikut pandangan para ulama, usia kehidupan kita ini boleh dibahagikan kepada beberapa fasa. Awas ya kalau dah berusia 40an
Sudah tentu setiap satunya ‘menawarkan’ cabaran berbeza. Setiap daripada kita juga dianugerahklan rezeki usia berbeza, maka dengan rezeki itu, gunakanlah akan ia sehabis baik jangan sedikit pun terleka dibuai mimpi dunia.
“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun, ayat 9)
Umur kehidupan kita ini terbahagi kepada lima fasa. Dari kita dilahirkan kita akan menghadapi 99 ujian kematian. Bagi yang bernasib baik atau berusia 40an ke atas , mereka akan berjaya menghadapi semuanya hingga akhir dan ada sebaliknya iaitu dia tidak sempat lalu menemui ajal- Imam Ibnu al-Jauzirah.
Fasa pertama: kehidupan: Kita akan melalui zaman kanak-kanak iaitu dari dilahirkan sehinggalah mencapai usia awal remaja iaitu dalam usia 15 tahun.
Fasa kedua: Ini adalah ketika kita muda, iaitu antara umur 15 hingga 35 tahun.
Fasa ketiga: Kita menjadi manusia dewasa iaitu pada usia 35 hingga 55 tahun.
Fasa keempat: Kita meniti usia awal tua iaitu usia bonus berumur antara 55 hingga 70 tahun.
Fasa kelima: Ini adalah ketika kita berumur antara 70 hingga akhir hayat yang dikurniakan Allah SWT kepada kita. Ini adalah usia double bonus kerana dipanjangkan usia.
Rezeki panjang umur ini bukan untuk dioraikan dengan alpa. Apabila kita mencapai usia 20 hingga 40 tahun, ini adalah tempoh yang mana kita dikurniakan keenakan duniawi daripada Allah SWT.
Setelah mencapai usia 40 tahun, digalakkan membaca doa ini:
“Yang telah Kamu berikan kepadaku dan ke atas kedua ibu-bapaku, ya Allah tolong kurniakan kepadaku satu amalan yang kamu reda dalam hidup ini.”
Usia 40 an ke atas sebenarnya adalah masa yang sewajarnya kita bermuhasabah diri dengan lebih banyak kerana pada usia ini kita sudah pun berada di kemuncak pencapaian hidup; lebih stabil dan matang.
Dan oleh kerana itu, banyak hal yang kita perlu jaga dan lakukan untuk memperoleh kehidupan berkualiti dan sihat untuk usia kehidupan seterusnya. Kita mahu terus dapat beribadah dalam keadaan sihat dan waras.
Sebagai rujukan kita yang sudah capai usia 40 an ke atas, tidak rugi amalkan nasihat Emas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani di bawah mulai hari ini.
Nasihat 1: Lakukan urutan urat saraf 7 kali setahun. Amalan ini bagi melancarkan perjalanan darah. Lakukan berurut ini walaupun ketika kita tidak mengalami kesakitan saraf pun.
Nasihat 2: Minum air kosong dengan banyak kerana kebanyakkan penyakit berpunca dari kekurangan air dalam badan.
Nasihat 3: Rajin lah bersenam sekurang-kurangnya berjalan kaki atau menaiki tangga.
Nasihat 4: Kawal nafsu makan dengan mengurangkan kuantiti pengambilan makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.
Nasihat 5: Kawal rasa amarah dan jangan terlalu fikirkan perkara yang boleh menggusarkan. Tiba masa kita memperbanyakkan redha dan melupakan perkara yang tidak penting.
Nasihat 6: Sepanjang lebih 20 tahunm kita telah kuat bekerja, kini biarkan harta kita pula berbakti untuk kesenangan kita.
Nasihat 7: Lupakanlah dendam dan kisah silam yang menyakitkan hati. Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.
Nasihat 8: Take it easy. Banyakkan bergurau-senda dengan ahli keluarga, rakan, jiran dan kenalan. Ini akan membantu kita untuk kurangkan tekanan dan dapat menikmat hidup dengan pergaulan yang harmoni.
Nasihat 9: Perbanyakkan luang masa untuk Allah. Tambahkan ilmu agama dan banyakkan ibadat kerana pada usia ini kita semakin cepat menuju kepada-Nya.
Nasihat 10: Perbanyakkan bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke jalan Allah. Semoga sahaja pahala kebaikan ini dapat membantu kita di akhirat kelak. InsyaAllah.
Nasihat 11: Amalkan makan makanan sunnah. Ingat, dalam usia begini, pelbagai penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang. Hari ini, harga sebuah kesihatan cukup mahal. Ada duit banyak sekalipun, kalau tidak sihat, ia tidak akan memberi makna. Duit banyak dihabiskan untuk rawatan dan ubatan.
Janganlah lagi kita disibukkan dengan urusan dunia pada usia 40 an ke atas ini Janganlah kita lalai lagi kerana kita tidak tahu adakah esok masih ada lagi untuk kita. Oleh itu, tumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang boleh membawa kita ke jalan yang diredhai Allah. Kita ingin mempersiapkan diri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sebelum keluar rumah atau pergi bekerja selain solekan wajib mengenakan semburan wanigan yang memang terserlah baunya.Meski Islam melarang wanita memakai wanigan yang harum semerbak...