Apa yang dilalui remaja hari ini berbeza menurut zamannya dan keadaannya. Jika hari ini ramai menurut media sosial tetapi berbeza di awal penyebaran agama Islam di mana remaja berjuang menentang musuh-musuh islam.

Malah di zaman Rasulullah SAW, lahirnya tiga remaja dikagumi iaitu Usamah bin Zayd, panglima perang digelar jantung hati Rasulullah, Mus’ab bin Umayr, penghafal Al-Quran serta Mu’adz bin Jabal, Pakar Halal dan Haram yang mana kisah ini patut kita teladani dan jadikan panduan.

Usamah bin Zayd – Panglima Perang

Beliau mendapat gelaran Hibb Rasulillah yang bermaksud Jantung Hati Rasulullah. Ini kerana Rasulullah amat menyayangi Usamah sebagaimana Baginda menyayangi Hasan dan Husein. Malah, Rasulullah pernah menjadikan Usamah sebagai anak angkat Baginda.

Usamah dilahirkan di Mekah pada 7 tahun sebelum Hijrah. Bapanya iaitu Zaid bin Haritsah merupakan individu terawal yang memeluk Islam. Ibunya Ummu Aiman pula, adalah wanita yang pernah menyusukan anak-anak Nabi.

Tugas yang pernah diberikan kepada Usamah adalah tugas yang berat. Usamah bin Zayd diberikan tanggungjawab sebagai panglima perang semasa Rasulullah tidak menyertai peperangan tersebut. Rasulullah meyakini kemampuan Usamah walaupun usianya pada masa itu baru mencecah 17 tahun.

Menjadi Jantung Hati Rasulullah, Kenali 3 Tokoh Remaja Hebat Dalam Sejarah Islam

2. Mus’ab bin Umayr – Penghafal Al-Quran

Terkenal kerana keberaniannya, Mus’ab bin Umayr menjadi anntara yang terawal terlibat dalam episod perkembangan Islam. Mus’ab mendapat dua gelaran iaitu Safir al-Islam yang bermaksud Orang Baik dan Mus’ab Al-Qari yang bererti Penghafal Al-Quran.

Mus’ab lahir dalam keluarga yang kaya dengan harta yang melimpah-ruah. Dia juga dikatakan paling berwibawa, tampan, lembut, teguh pendirian, dan memakai wangian yang harum.

Walaupun begitu, kekayaan itu hilang apabila Mus’ab membuat keputusan untuk memasuki Islam dengan ditentang ibunya sendiri.

IKLAN

Mus’ab merupakan di antara individu yang terawal memeluk Islam. Malah, ramai yang masuk Islam melalui Mus’ab seperti Sa’ad bin Muaz. Rasulullah pernah menghantar Muaz untuk mengajar Islam kepada penduduk Madinah yang telah memeluk Islam.

Mus’ab juga menjadi orang pertama yang mendirikan solat Jumaat. Mus’ab menjadi pembawa bendera Nabi dalam perang Badar dan perang Uhud.

Di dalam perang Uhud, pihak musuh telah memotong tangan kanannya. Lalu, Mus’ab memegangnya dengan tangan kirinya pula. Dipotong pula tangan kirinya. Mus’ab tetap tidak menjatuhkan bendera. Malah meletakkannya di dadanya. Akhirnya, musuh telah memanah dada Mus’ab dan beliau telah gugur sebagai pahlawan syahid di medan perang.

Mus’ab syahid dengan memiliki sehelai kain. Ada riwayat menyebut bahawa surah Al-Ahzab, ayat 23 diturunkan mengenainya.

3. Mu’adz bin Jabal – Pakar Halal dan Haram

Rasulullah SAW pernah bersabda:

IKLAN

“Orang yang paling memahami tentang perkara halal haram di antara umatku adalah Mu’adz bin Jabal.”

Mu’az bin Jabal juga digelar Abu Abdul Rahman. Beliau seorang yang cerdas, mempunyai kata-kata yang baik, berwibawa, tampan, dengan budi pekerti cemerlang. Mu’adz bin Jabal merupakan salah seorang di antara enam sahabat yang menghafal Al-Quran.

Ibn Mas’ud pernah berkata,

“Mu’adz adalah orang yang selalu khusyuk dalam beribadah kepada Allah dan beragama secara hanif. Kami biasa menyamakan Mu’az dengan Nabi Ibrahim.”

Mu’adz juga pernah menyertai beberapa peperangan termasuk Perang Badar. Rasulullah juga pernah memberikan beliau tanggungjawab sebagai hakim dan guru di Yaman.

Semasa mengutusnya, Rasulullah membawakannya sepucuk surat untuk diberikan kepada penduduk di sana dengan menulis di dalamnya,

IKLAN

“Aku utus kepada kamu semua, orang terbaik dalam keluargaku.”

Sebelum ke Yaman, Rasulullah bertanya kepadanya;

“Berdasarkan apa kamu memutuskan perkara, wahai Mu’adz?”

“Dengan kitab Allah (al-Qur’an)” Jawab Mu’adz.

“Jika kamu tidak menemuinya dalam kitab Allah?”

“Aku putuskan berdasarkan Sunnah Rasulullah.”

“Jika tidak dijumpai di dalam Sunnah Rasulullah.”

“Aku akan berijtihad dengan menggunakan akal fikiranku.”

“Segala puji hanya bagi Allah yang telah memberikan petunjuk-Nya kepada utusan Rasul-Nya.” Balas Rasulullah.
Sumber : Tazkirah.net

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI