Mulai hari ini, sasaran utama muslimah ialah untuk menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. Hasrat ini juga harus disokong padu oleh suami yang sayangkan isterinya.
Di akhirat nanti, para penghuni syurga akan dikelilingi bidadari syurga. Semua sudah tentunya membayangkan bidadari syurga itu memiliki kecantikan yang tak terperi.
Namun tahukah anda, bahawa yang tercantik daripada bidadari syurga ini adalah wanita soleha yang taat kepada Allah; menjaga ibadah dan akhlaknya semasa di dunia dan taat kepada suaminya.
Artikel berkaitan: Kalau Nak Jadi Bidadari Syurga Suami, Ikut Cara Isteri Rasulullah Ini
Artikel berkaitan: Kelahiran Sangat MembahagiakanLepas Dirisik PU Riz, Ibu Neelofa Dedah Perjalanan Terindah 9 Bulan Mengandung Bidadarinya
Bidadari syurga sebenarnya boleh dikalahkan oleh ibu, isteri, adik dan kakak perempuan, makcik dan nenek kita! Dan lebih menggembirakan, para isteri apabila, suami kita di dunia sekarang ini juga sebenarnya lebih menyukai kita; isteri solehah daripada bidadari syurga nanti.
في الآخرة ، وأطيب وأرغب لزوجها
“Wanita soleha di dunia iaitu para isteri lebih baik daripada bidadari di akhirat, lebih cantik dan lebih menarik bagi suaminya.” (Fatwa Nur ‘Alad Dard 2/4, syamilah)
“Keadaan wanita beriman di syurga lebih utama dari bidadari dan lebih tinggi darjat dan kecantikannya. Wanita soleha daripada penduduk dunia masuk syurga sebagai balasan atas amal saleh mereka.
“Hal ini adalah kemuliaan daripada Allah untuk mereka kerana bagusnya agama dan kebaikan mereka.
Adapun bidadari adalah bahagian daripada kenikmatan syurga, ia diciptakan di dalam syurga sebagai kenikmatan bagi makhluk selainnya, sebagai balasan bagi orang beriman atas amal salehnya.
“Jenis yang pertama, (iaitu wanita dunia) adalah sebagai ratu, tuan puteri, dan yang memerintah. Adapun jenis kedua, (bidadari syurga) dengan keagungan kedudukan dan kecantikannya; sebagaimana yang diketahui oleh manusia, maka kedudukan bidadari adalah di bawah ratu.
“Dia menjadi pelayan bagi tuannya yang beriman yang Allah ciptakan sebagai balasan bagi orang beriman.” (Tafsir Al-Qurthubi 16/154).
Perkara ini terjadi disebab kan wanita soleha tekun mendirikan solat,berpuasa selain turut melakukan ibadah lain termasuk berdakwah.
Syaikh Mahmud Al-Misri dalam kitabnya ‘Rihlah Ila Ad-Dar Al-Akhirah’ menjelaskan kecantikan muslimah yang taat ini akan 70 kali ganda jauh lebih cantik daripada bidadari di syurga nanti, dengan syarat dia banyak bersabar dan taat kepada Allah dan beriman kepadanya.
Oleh yang demikian, perempuan soleha yang istiqamah dan terus bersabar akan dianugerahkan telaga dan dapat melihat zat Allah SWT.
Al-Hafizh Ibnul Qayyim menyatakan dalam sebuah hadis shahih dalam Musnad Imam Ahmad, bahawa ketika seorang suami beristerikan Hur’ain (bidadari), kemudian pada saat itu akan datang seorang perempuan lain yang kecantikan dan keelokannya mampu membuat seorang Raja melupakan perempuan-perempuan lainnya.
Siapakah perempuan itu? Ternyata perempuan tersebut adalah isterinya dahulu kala di dunia. “Itulah keistimewaan para isteri di syurga, dia akan menjadi Ratu dari para Hur’ain (bidadari surga).
Lalu Ibnul Qayyim mengatakan, “Apakah seorang Raja pernah memikirkan para pelayannya di hadapan Ratunya?” Tentu tidak.
Di sini nanti Allah SWT memberikan kepada isteri kecantikan yang luar biasa, jauh melebihi para bidadari. Mengapa demikian?
Ibnul Qayyim menjelaskan, “Kerana Hur’ain (bidadari) tidak pernah menghadapi kesulitan yang dirasakan wanita dunia.
Mereka tidak pernah berjuang di jalan Allah, tidak pernah dicemuh orang kerana mengenakan hijab, tidak pernah merasakan sulitnya patuh pada suami dan lain-lain.”
Rasulullah SAW melalui hadisnya mengatakan “Sungguh tutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Bahkan dalam hadis yang lain disebutkan pula, bahawa wanita dunia yang soleha lebih teratas kedudukannya daripada bidadari syurga.
Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli (jernih)?”
Rasulullah menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang nampak daripada apa yang tidak nampak.”
Kemudian saya bertanya lagi, “Sebab apakah wanita dunia lebih utama dari bidadari surga?”
Lalu beliau menjawab “Sebab solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah.
Lalu Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sikatnya dibuat daripada emas.”
Kashoorga: Subhanallah, ini adalah kemuliaan dan kesempatan yang diberikan Allah kepada kaum wanita khususnya para isteri.
Jangan disia-siakan. Setelah meninggal tidak ada lagi kesempatan untuk kembali ke dunia. Tiada jalan U-turn.
Sumber artikel : kalam