Wabak Covid-19 yang melanda dunia sejak dua tahun lalu sudah menjangkiti 219 juta manusia dengan kadar kematian dicatatkan sebanyak 4.55 juta di seluruh dunia. Di Malaysia sendiri, setakat semalam 14,545 kes dengan 250 kematian dilaporkan semalam.

Sesungguhnya dalam urusan ajal, manusia tidak mampu menolak takdir. Ia sudah tertulis sejak di luh mahfuz lagi.

Dari satu perkongsian dari doktor perubatan  Dr Arisman di fbnya, pegawai perubatan ini memaklumkan kematian seorang pesakit Covid-19 Affendy  bin Mohd Yusof.

Pernah tular sebelum ini di media sosial kerana pesakit enggan ditidurkan dan kes ini mendapat perhatian dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia  Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang yang telah  mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenainya pada 13 September 2021 selepas ia viral di media sosial sehari sebelumnya.

IKLAN

Dalam kenyataan media itu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang berkata, Affendy telah dimasukkan ke wad rawatan rapi (ICU) selepas disahkan mengidap Covid-19 tahap empat dan pemeriksaan awal menunjukkan  tahap oksigen dalam darah sangat membimbangkan. Sehubungan itu, rawatan terapi oksigen telah dimulakan. Namun begitu pemeriksaan lanjut  mendapati keadaan pesakit semakin kritikal sehingga kadar oksigen dalam darah pesakit  hanya dapat distabillan dengan menggunakan mesin bantuan pernafasan iaitu ventilator.

Pegawai Perubatan Pakar Rawatan Rapi  dan ICU telah memaklumkan tentang keadaan  kritikal ini kepada pesakit dan ahli keluarganya. Pihak hospital juga telah menjelaskan berulang kali kepada ahli keluarga dan pesakit sendiri tentang risiko yang boleh membahayakan kepada tubuh dan nyawa pesakit sekiranya tidak membenarkan pihak hospital memberi rawatan tersebut. Walau bagaimanapun pesakit masih tidak bersetuju dengan rawatan disyorkan dan telah memohon agar dibenarkan pulang atas risiko sendiri.

Pihak hospital masih menempatkan pesakit di ICU untuk pemantauan walau pun pesakit enggan menerima rawatan terapi oksigen dan alat bantuan pernafasan ventilator memandangkan keadaan pesakit yang masih kritikal dan berisiko menyebarkan penyakit Covid-19 kepada individu lain sekiranya dibenarkan pulang.

IKLAN

Dalam situasi ini, didakwa peguam yang mewakili pesakit telah menasihatkan pesakit agar tidak keluar dari hospital dan arwah kemudiannya dipindahkan ke wad biasa.

Namun ajal yang sudah tertulis buatnya kerana diberitakan semalam arwah disahkan meninggal dunia selepas lebih 10 hari menjalani rawatan.

IKLAN

Sesungguhnya, setiap yang terjadi itu ada hikmahnya. Kita mungkin bukan pakar dalam bidang orang lain dan begitulah sebaliknya. Kita mampu memberikan sudut pandang dari kepakaran kita tetapi selebihnya adalah kuasa Allah taala.

Dalam pada itu, seorang pengguna fb mengucapkan terima kasih di atas layanan pihak perubatan KKM yang merawat saudaranya dan mengucapkan takziah di atas kejadian menimpa arwah.

Salam takziah. Very sad indeed. Saudara rapat saya warded in ICU selama 40 hari. Berada di wad biasa 20 hari lagi. Total warded is more than 60 days, kami biarkan saja dr dan pakar perubatan menjalankan tugas mereka. Sekarang dia sudah balik ke rumah. Masih lemah dan dalam therapy. Dr dan petugas kesihatan menyambung tugas mereka dengan merawat dia di rumah dan dipantau selang beberapa hari. Saya ingin mengucapkan terimah kasih kepada petugas petugas Hospital Raja Permaisuri Bainun kerana tidak berputus asa dan berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawanya. This people are the walking angels among us. Jangan memperlekehkan mereka. Semasa dia di masukkan ke ICU tahap oksigennya hanya 85% saja. Peluang untuk dia hidup pun 50 % saja. Mereka tidak berputus asa. Kita harus memberikan mereka ruang untuk mereka bekerja tanpa gangguan.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI