Namanya pernah popular seketika di industri seni Bollywood. Namun ketika namanya mula dijulang, Zaira Wasim memilih untuk berundur sepenuhnya kerana dunia hiburan bertentangan dengan kepercayaan dan agamanya dianutinya iaitu islam.
Bahkan di Instagramnya, Zaira Wasim turut membuang semua gambar-gambar lamanya dan hanya meletakan kata-kata indah untuk tatapan peminatnya. Namun setelah dua tahun menyepi dalam dunia tanpa sebarang gambarnya, bekas pelakon Dangal ini telah memuat naik sekeping gambarnya.
Lebih indah, ia tidak langsung menampakkan mukanya yang cantik itu sebaliknya hanya penampilannya dari arah belakang dengan mengenakan burqa dan berjubah. Bahkan dia turut menulis “The Warm Oktober Sun” sambil berdiri di atas jambatan di lokasi yang sangat indah.
Katanya dunia seni membawa banyak cinta, sokongan dan kesempurnaan di mata penonton. Namun dirinya tidak boleh bertoleransi antara agama yang dianuti dengan keperluan sebagai pelakon di dunia seni ini. Ia terlalu meletihkan di mana saya perlu berperang dengan diri sendiri. Sedangkan hidup terlalu singkat namun terlalu lama untuk menerangi jiwa ini khususnya berkaitan dengan iman dan hubungan saya dengan Allah. Dan sejak itu, namanya terus menyepi. Gambar : IG @ zairawasim