Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup bersusah payah dan bantu membantu antara satu sama lain.
Jika seorang dalam kesusahan sahabat yang lain akan cuba membantu apa yang boleh asalkan masalah dapat diatasi.
Sahabat sejati juga tidak akan berkira dalam apa jua hal berbangkit. Ada juga sesetengah mereka yang bersahabat ini tali ukhwah yang terjalin dibawa hingga ke akhir hayat.
Seperti perkongsian dalam laman sosial Instagram memberitahu tali persahabatan yang terjalin erat antara komposer muzik, Faizal Uzir atau dikenali Lok U yang meninggal dunia semalam selepas balik berjoging.
Menurut pemilik akaun menggunakan nama @cikpuanzee sebelum itu, dua orang sahabat kepada arwah Lok U telah dijemput illahi dan selang empat bulan kemudian arwah pula meninggalkan dunia yang fana ini.
Pemergian ketiga-tiga sahabat ini seperti sudah berjanji dan menanti satu sama lain. malah cara kematian juga hampir sama, iaitu dengan cara mengejut. Sesungguhnya segala yang terjadi itu takdirnya telah ditentukan oleh Allah SWT.
Menurut Harian Metro allahyarham Faizal meninggal dunia akibat mengalami sesak nafas dan rebah di rumahnya di Puncak Jalil, Seri Kembangan selepas pulang daripada melakukan aktiviti bersenam sekitar jam 11 pagi semalam.
Terdahulu jenazah Faizal menjalani proses bedah siasat di Hospital Sedang dan dimandi serta dikafan sebelum disembahyangkan di surau Al- Falah, Puncak Jalil selepas solat Maghrib.
Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam USJ 22 untuk dikebumikan pada jam 9 malam.
Allahyarham Lok U, 46, meninggalkan isteri, Jamariah Yusof dan empat anak iaitu Adam Danial, 20, Faris Danial,18, Ahmad Firhan Danial, 15, dan Yasmin Damia, 13.
22.1.2020
Lok U – @faizaluzir.
إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفر له وارحمه وعافه وعف عنه
وسلم عليه يوم ولد ويوم يموت ويوم يبعث حيا
– مريم ١٥
Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakkan, dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat). semoga arwah ditempatkan dikalangan para solihin..
Ya Allah..
Menggeletar makcik waktu dapat perkhabaran pemergian Lok U atau nama sebenarnya Faizal Uzir pagi tadi.
Arwah Lok U adalah sahabat baik kepada arwah Aji..
Arwah Lok U adalah seorang Music Director yang terkenal di dalam industri muzik Malaysia..
Kesedihan yang belum reda..
Disambut dengan tangisan dan rasa terkejut..
Benar..
Allah itu Maha Mengetahui ..
Segalanya telah diaturkan olehNYA..
Bersenggang 4 bulan dengan arwah Aji..
Kata² Lok U “…aku akan menyusul nanti..”
Sewaktu membuat posting tentang pemergian Aji tempohari..
Lok U ada berkata pada makcik tentang jiwanya yang hiba selepas pemergian arwah Kelly dan arwah Aji..
Arwah Kelly – 4.5.2019
Arwah Aji – 5.9.2019
4 bulan selepas itu..
Arwah Lok U – 22.1.2020
Ketentuan Allah untuk 3 sahabat baik ini..
Melihatkan Lok U menangis dengan penuh syahdu semasa menunggu waktu jenazah Aji dimandikan tempohari..
Hati makcik benar² tersentuh..
Makcik sendiri tak kuat..
Inikan pula sahabatnya yang sama² bekerja dan sangat rapat..
Baru je malam tadi makcik melihat gambar Kelly, Aji dan Lok U..
Tenanglah di sana wahai adik² ku semua..
Sesungguhnya semua orang menyayangi kalian..
Semua orang akan terus mendoakan untuk kalian..
Walau berat untuk kami menerima..
Kami tetap redha..