‘Mereka terlanjur sebab jadi mangsa keadaan.’ Bantu dan gembirakan orang teraniaya juga perbuatan Allah suka.
Kalau bukan kita, siapa lagi nak bantu. Memang setengah orang memandang serong kepada anak gadis yang terlanjur. Namun kita bukan Tuhan untuk menghukum mereka.
Pasti apa yang berlaku ada sebabnya kerana bukan semua di antara mereka adalah gadis liar dan suka bersosial. Yang sedihnya ada di kalangan mereka adalah mangsa keadaan kerana kesusahan yang dihadapi keluarga.
Perkongsian Baitus Solehah ini kadang-kadang membuka mata kita semua bahawa tidak semua yang berlaku atas kehendak mereka. Gadis-gadis ini juga tidak mahu apa yang berlaku ke atas diri mereka jika diberi pilihan dan peluang.
Artikel Berkaitan:
Bukan semua dapat diraikan kecuali ada asbab mereka diberi rezeki diraikan.
Namun tetap kek itu dimakan bersama-sama. Rupanya banyak terbuka sesuatu,
“Ummi, ini kek apa? Sedapnya. Saya tak pernah makan kek macam ini.”
“Orang kata ini Indulgence Cake.”
“Apa itu ummi? Dengar pun tak pernah apatah lagi makan. Sekali sekala merasa kek yang orang kata kek mentega, tapi keras. Kek ni lembut, manis dan sedap sangat.”
Kadang kala kita rasa benda tu biasa, tapi tidak kepada setengah orang.
Kes 1:
“Assalamualaikum puan, saya tahu peraturan puan, kalau sudah melahirkan, puan tidak terima daftar masuk. Tapi memang saya hendak hantar anak ke tempat puan semalam.
Tiba-tiba malam itu anak sakit, terus saya hantar ke hospital dan dia selamat bersalin anak perempuan. Nanti selepas keluar wad, saya merayu pada puan agar anak saya diterima masuk. Saya miskin, tak ada kenderaan, sewa rumah flat 1 bilik, jiran dekat-dekat.
Di mana saya hendak letak anak dan cucu ini. Berilah saya masa untuk berfikir sewajarnya apa tindakan seterus sementara anak saya di tempat puan. Mohon puan pertimbangkan.
Kes 2:
“Ummi masak apa? Sedapnya. Dekat rumah saya tak pernah makan lauk-lauk macam ini.”
“Selalu emak di rumah masak apa?”
“Sekali-sekala dapat makan ayam, kongsi seorang sikit dengan adik adik, selalu nasi goreng pecah telor. Telor sebiji nasi satu periuk supaya saya dan adik-adik dapat makan.”
Kes 3:
Sambil mengadap dulang, terdengar suara,
“Sedapnya lauk. Mak dekat rumah makan apa ya? ”
“Mak kerja tak? ”
“Mak kerja cleaner, ayah sudah meninggal. Jadi kami makan apa yang ada.”
Begitulah suara hati mereka bila menghadap makanan. Mereka ingat mak dan adik-adik di rumah. Mereka mangsa keadaan yang menyebabkan terlanjur dan mengandung.
Bukan mereka ini tergolong yang suka berfoya-foya, sosial dan melakukan atas kerelaan sendiri. Ada antara dipaksa dan diperdaya oleh desakan hidup.
Bukan kita, siapa lagi hendak bantu mereka. Mengembirakan mereka yang teraniaya, terpedaya juga suatu perbuatan baik yang Allah suka . Mereka belajar mendalami agama.
Asbab mereka mengandung, mereka masuk Baitus Solehah, mereka belajar mengaji, belajar solat dan fardhu ain. Itu jalan hidup mereka yang Allah pilih. Sesuatu perkara terjadi mesti ada sebab.
Baca Di Sini:
Kashoorga: Sebagai hamba-Nya, kita perlu sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat dan ujian yang Allah berikan pada kita.
Sumber: Opah Cucu Seribu, Mak Liza (Baitus Solehah)
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.