
Lewat atau cepat jodoh seseorang itu ia bergantung pada ketentuan Allah SAW. Menurut pendakwah bebas, Datok Hassan Mahmood al Hafiz, mereka yang belum diketemukan jodoh tidak bermakna mereka tidak bahagia dan gembira. Bahagia atau tidak seseorang itu bukan bergantung kepada statusnya. Sebaliknya ia datang daripada diri sendiri.
Tambah beliau lagi, soal kegembiraan seseorang itu bukan ditentukan oleh perkahwinan.
BUKAN PERKARA WAJIB
“Ia (perkahwinan) itu satu daripada naluri, kehendak dan kehidupan. Perkahwinan bukan perkara wajib.
“Ada orang diberi kesempatan untuk berkahwin dan begitu jugalah sebaliknya. Contoh terdekat ialah Nabi Isa, Imam Nawawi Al-Azhar dan alim ulama yang lain. Tetapi mereka tetap hidup bahagia.”
Ukuran bahagia itu bukan terletak pada jodoh itu cepat atau lambat tetapi ia terletak kepada diri sendiri bagaimana untuk mengawal dan mengendalikan nafsu. Oleh itu janganlah bersedih dan rasa terpencil daripada masyarakat.
“Ingat wanita yang masih bujang sebenarnya Allah beri peluang kepada mereka untuk mencari ilmu dan membuat lebih amalan.
CARI ILMU DAN TAMBAH AMALAN
“Ketika bujang ini, carilah ilmu dan buatlah sepenuh amal kebaikan sebagai bekalan untuk akhirat kelak. Inilah hikmahnya bila Allah belum menemukan jodoh buat mereka.”

Tambahnya lagi jika kedudukan kewangan kukuh, boleh ambil anak yatim dan pelihara seperti anak sendiri. Dengan cara itu dapat menghilangkan rasa sunyi dan dapat berkongsi kasih sayang dengan mereka.
Jika ditakdirkan bertemu jodoh tatkala usia sudah bertambah jangan sesekali tolak sebaliknya terima dengan hati yang terbuka.
Sumber kredit: Sinar Harian
VIDEO:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
6 Sebab Usia 23 Hingga 25 Tahun Saat Tepat Untuk Berkahwin, Salah Satu Untuk Elak Dosa

Ikatan perkahwinan ialah ikatan suci antara seorang lelaki dan wanita yang saling mencintai. Usia muda merupakan usia terbaik untuk berkahwin, baik dilihat daripada sisi psikologi dan kesihatan.
Namun tidak ada ketetapan tertentu usia yang sesuai untuk seseorang untuk berkahwin. Selalunya jika dirasakan bahawa sudah mempunyai keupayaan dan kematangan, tidak ada salahnya untuk menyegerakan perkahwinan.
Kalau saat ini usia anda 23 hingga 25 tahun dan merasa masih terlalu muda untuk berkahwin, sebaiknya pertimbangkan alasan berikut mengapa dalam usia begini sudah waktunya untuk hidup berpasangan.
1. Elak Dosa
Berkahwin dalam usia yang muda dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan perlakuan maksiat. Di samping itu juga ia dapat menjaga fitnah dengan mereka yang bukan mahram.
2. Mudah Menyesuaikan Diri Dengan Pasangan
Pasangan suami isteri yang masih muda memiliki sikap toleransi yang tinggi terhadap pasangannya dan lebih mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.
3. Melatih Diri Untuk Matang
Perkahwinan juga mengajar kita erti kematangan. Berkahwin dalam usia muda boleh mengasah kematangan diri kerana kita sudah mempunyai tanggungjawab baik sebagai suami ataupun isteri. Kita boleh belajar menjadi dewasa bersama pasangan. Bukankah perkahwinan itu satu perkongsian.
4. Emosi Lebih Terkawal
Berkahwin dalam usia yang muda terbukti lebih cepat mendewasakan pasangan tersebut suami isteri. Emosi juga jadi lebih terkawal. Hal tersebut dipengaruhi oleh ketenangan yang hadir seiringan dengan adanya pasangan hidup.

5. Mengejar Impian Bersama Pasangan
Pastinya setiap orang mempunyai impian. Melalui perkahwinan, kita boleh mendapat sokongan penuh daripada pasangan. Dengan cara ini kita akan jadi lebih bersemangat menggapai impian tersebut.
6. Faktor Kesuburan
Peluang memperoleh keturunan lebih tinggi ketika usia masih muda di mana ketika inilah waktu subur wanita sedang dalam tahap maksimum. Semakin meningkat usia seseorang maka semakin menurun tahap kesuburan terutama golongan wanita.
Nah, bagi anda yang sudah bersedia untuk berumah tangga, persiapkan diri dengan baik agar dimudahkan prosesnya, dan jangan lupa banyak berdoa agar diberi yang pasangan terbaik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Kejap Gaduh, Kejap Je Baik” – Ini Antara 10 Tanda Si Dia Memang Jodoh Serasi Buat Dirimu. Jangan Lepaskan!

Isi Kandungan
ToggleUrusan jodoh itu tiada siapa yang tahu kecuali Allah. Hanya Dia yang mengetahu siapa yang akan menjadi pasangan kita untuk kekal hingga ke syurga.
Namun kita juga boleh berusaha untuk mencari Imam terbaik, apatah lagi di zaman kini dikatakan tidak ramai lelaki yang pandai menjaga hati pasangannya.
Walau bagaimanapun ada beberapa tanda yang boleh kita kenal pasti dialah jodoh yang sepadan dengan kita sebelum mengambil keputusan berkahwin.
Dalam satu perkongsian di laman twitter Awantona memberi 10 petanda bahawa memang dialah jodoh yang sesuai untuk kita.
Pastikan ciri-ciri disebutkan ini ada padanya dan kemudian buatlah keputusan sama ada memang dia sesuai buat dirimu atau tidak.
1. Berasa Selesa
Antara tanda dia jodoh kita boleh dirasa dari segi perasaan selesa yg kita alami.
Contohnya, adakah kita selalu rasa tenang bila bertemu dengannya? Tak serabut kepala or rasa tertekan.
Jika ye, mungkin kerana adanya keserasian!
2. Dia Memahami Kita
Jika dia adalah pasangan kita yang telah ditentukan di Luh Mahfuz, sudah tentu si dia itu sangat boleh membaca minda dan gerak hati kita.
Bila korang murung je, dia orang pertama yang detect dan akan tenangkan kita.
3. Jujur dan Real
Jika anda perasan, selalunya orang yg jujur dgn kita akan selalu menjadi dirinya sendiri.
Dia TAK PERLU JADI FAKE utk menyenangkan hati kita.
Jika pasangan anda ada sifat asli ni, mungkin ia adalah tanda seseorang itu jodoh kita.
4. Sudah Bersedia untuk Menggalas Tanggungjawab
Satu tanda dia jodoh kita adalah tanpa berlengah, dia sudi untuk membawa kita bertemu dengan ibu, bapa dan adik beradiknya yang lain.
Sebab dia dah nampak masa depan kita bersama dia.

5. Sanggup Berkorban
Adakah pasangan kita selalu menunjukkan sifat membantu atau sanggup berkorban untuk kita?
Jika dia sanggup buat perkara yg menyentuh hati, sudah terbukti ada rasa sayang dan ikhlas dlm hatinya untuk kita – itulah tanda jodoh!
6. Selesa Meluahkan Masalah Tanpa Rasa Dihakimi
Percaya atau tak, ada sesetengah orang mampu utk membuatkan kita rasa teragak-agak utk berkongsi masalah dengannya.

Namun, jika anda tak berasa sebegitu dgn pasangan anda, ia adalah petunjuk yg bagus.
7. Gaduh Kejap2 Je
Dah pasti, dlm setiap perhubungan, ada pasang surutnya.
Gaduh tu pasti. Jika anda perasan yg si dia tu sifatnya susah marah dan cepat sejuk, maka dia sememangnya calon yg sesuai dan yg anda tunggu2 selama ni – ia jodoh dari Allah.
8. Dia Ambil Berat Akan Anda
Ya, ada setengah orang mungkin menyayangi kita, tapi dia betul ambil berat tentang kita ke?
Jika seseorang itu mmg jodoh kita, dia akan selalu tanya khabar, ingin tahu keadaan semasa kita, dan sudi luangkan masa dgn kita.

9. Rasa Percaya yg Kuat
Lagi tanda dia jodoh kita adalah ada rasa percaya yg kuat antara kita dan dirinya.
Jika anda selalu tertanya adakah dia curang di belakang kita, tu adalah tanda yg belum ada rasa percaya yg kuat, dan itu boleh jadi isyarat yg tak baik.
10. Hubungan Terjadi Tanpa Dipaksa
Jika anda perasan yang hubungan anda dan pasangan berlaku secara sendiri atau rasa sayang itu hadir tanpa dibuat-buat, maka mungkin ini adalah tanda seseorang itu jodoh kita!
.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
10 Tanda Dia Mungkin Jodohmu & Cara Tolak Lamaran Dengan Baik Jika Bukan Si Dia Yang Ditakdirkan

Jodoh adalah topik yang selalu ditanya dan diperkatakan. Dan jika seseorang bertanya tentang jodoh kepada seseorang yang lain maka akan terciptalah berbagai jawapan yang berbeza daripada mereka. Ya! Soal jodoh memang satu yang universal dan sukar untuk diungkapkan.
Di dalam agama Islam, jodoh itu bererti seseorang yang telah tertulis namanya di Luh Mahfuz.
Bahkan jauh sebelum kita manusia diciptakan ke dunia di mana dia akan ditakdirkan untuk menjadi pendamping hidup kita di dunia ini. Tidak dapat dinafikan ada orang jodohnya cepat dan ada yang lambat.
Berikut catatan dari Amir Syahir tentang perihal jodoh.
Masa aku belum kahwin, soalan yang selalu aku fikir ialah, “Macam mana nak kenal tu jodoh aku?”.
Rupa-rupanya jodoh tiba dengan cara yang mudah. Kalau betul dia jodoh kau, Tuhan akan gerakkan hati kedua-duanya, bukan salah seorang sahaja.
PERBAIKI DIRI JADI LEBIH BAIK
Jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segala-galanya. Setiap orang pasti inginkan jodoh yang terbaik. Dalam pencarian mencari yang terbaik, perbaiki juga diri untuk menjadi seorang yang baik.
Taaruf merupakan salah satu cara untuk mengenali calon pilihan kau. Dalam peringkat ini, kau akan mula nampak kelemahan masing-masing. Antara calon yang baik ialah apabila dia sudi menerima kekurangan kau. Kau pun mesti lah nak buat perkara yang sama kepada dia.
Carilah keserasian. Dalam Islam tetapkan proses pencarian dengan empat faktor iaitu agama, harta, paras rupa dan keturunan. Agama menjadi faktor yang utama.
Keserasian bermaksud semua persamaan yang ada itu saling mendekatkan, semua perbezaan yang ada itu pula saling melengkapkan. Kau sendiri dapat rasa perasaan tu.
Jika dalam proses taaruf/mengenali dia kau merasakan 10 perkara ini, mungkin dia jodoh kau. Antaranya:
1. Kau rasa telah lama mengenali si dia.
2. Kau rasa rindu ketika berjauhan dengan si dia.
3. Ada ikatan yang kuat. Apa yang dia rasa kau pun rasa sama.
4. Kau rasa selesa di samping si dia.
5. Senang berkongsi cerita dan hal peribadi dengan si dia.
6. Sesibuk mana pun kau, kau akan cipta waktu untuknya.
7. Setiap perbualan dan perbincangan selalu dapat difahami dan masing-masing puas hati dengan keputusan yang dibuat.
8. Selalu jujur, ikhlas dan percaya pada si dia.
9. Tidak mempedulikan masa lalu masing-masing dan menerima apa adanya. Mula merancang untuk masa depan.
10. Kau sentiasa sabar dengan segala kerenah si dia.
Lakukanlah istikharah. Mohon petunjuk Allah. Jika yakin si dia pilihan terbaik, jadikanlah si dia halal untukmu. Jika sebaliknya, tolaklah si dia dengan sebaiknya.
Hebatnya cara dididikan ibu ini. Enam orang anaknya berjaya bergelar hafiz 30 juzuk al-Quran. Nor Latifah Abdul Rahman, 50 dari Telok Kalong, Kemaman berkata selain menjadikan al-Quran amalan harian, pemakanan anak-anaknya juga sentiasa dijaga rapi.
Lamaran bukan paksaan. Ianya satu perkara besar dan perlu difikirkan sedalam-dalamnya. Apabila kau nak terima, terima dengan fikiran semasak-masaknya, juga kalau nak tolak, tolak setelah fikir sehabis baik.
JIKA MENOLAK CINTA BIARLAH DENGAN BERHEMAH
Sekiranya nak menolak cinta dia, ingat lima perkara ini.
1. Berterus Terang
Kau berterus teranglah kalau kau rasa tak serasi dengan dia. Jangan hati kau tak suka tapi kau nak teruskan juga sebab kesiankan dia.
2. Hormati Si Dia
Kalau kau nak tolak dia, tolak baik-baik. Jangan kau nak malukan dia depan orang ramai. Jangan nak maki dia bagai. Respect dia yang selalu caring dekat kau.
3. Jangan Sesekali Gunakan Personaliti Untuk Menolak

Kau dah bercinta dengan si dia 3-4 tahun. Alih-alih tak suka sebab dirinya. Apa yang dia ada. Logik ke? Contohnya;
“Awak ni gemuklah. Saya tak suka orang gemuk.”
“Awak muka gelap la.”
“Awak terlalu baik untuk saya.”
“Keluarga saya tak suka orang Kelantan.”
Jadi, jangan gunakan personaliti atau perihal peribadi untuk menolak si dia.
4. Jangan Gunakan Dia
Kau tak cintakan dan sayangkan dia. Tapi kau gunakan dia. Bila rasa down kau cari dia. Kau nak pergi sana sini suruh dia teman. Dah taknak guna dia kau buang macam plastik sampah. Pedih hati dia kalau tahu kau hanya gunakan dia. Cuba bayangkan orang buat macam tu kat kau. Apa kau rasa?
5. Doakan Kebahagiaan Dia
Doakan agar si dia berjumpa dengan seseorang yang terbaik untuk dirinya. Doakan agar dipermudahkan segala urusan dia.
***
Masa bercinta tu jangan asyik nak relationship goals je. Bercinta sampai 3-4 tahun, 700 kali makan tempat hipster, & kedai kopi mahal, 70 kali pergi travel sana sini tapi bab kumpul duit belanja kahwin langsung tak buat.
Kau jangan acah-acah berkasih sayang, caring bagai, bercinta bagaikan nak rak tapi tak de niat nak kahwin dengan dia sebenarnya. Kesian anak dara orang woi. Kah!
Sumber kredit: Amir Syahir
VIDEO:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI