Mimpi Dipatuk Ular, Bakal Dipinang Atau Terkena Sihir?

Share

Dari kecil lagi kita biasa dengar orang kata kalau mimpi dipatuk ular maknanya kita bakal dipinang. Mungkin tafsiran ini sekadar untuk menyedapkan hati. Manakan tidak, ular adalah haiwan berbisa yang ditakuti, jika secara logik sepatutnya tafsiran itu adalah negatif. Wallahu ‘Alam.

Untuk kupasan lanjut berkenan tafsiran mimpi ular ini, penjelasan ustaz Syarhan Syafie dalam slot rancangan TV9 telah dapat merungkai persoalan.

Artikel berkaitan: Terjaga Tengah Malam Disebabkan Mimpi Buruk, Bacalah Doa Ini InsyaAllah Terhindar Dari Gangguan Jahat

Artikel berkaitan: Ikut Nasihat Rasulullah Ini Jika Alami Mimpi Ngeri Bertemu Binatang Buas.

Menurutnya, mimpi ular boleh jadi sama ada dipatuk, dibelit atau sedang bermain dengannya. Dalam kitab Fi Tafsirrul ahlam oleh Ibnu Sirrin ada menerangkan secara mendalam tentang hal ini.

Sekiranya kita bermimpi dipatuk ular bererti sihir telah meresap masuk ke dalam tubuh kita. Sekiranya kita bermimpi dibelit ular atau bermain dengan ular bererti sihir telah memberi masalah kepada kita.

 

Secara keseluruhannya, ular adalah haiwan yang ditakuti oleh manusia. Tidak hairanlah Allah akan hadirkan seekor ular besar lagi berbisa bernama Sakhar untuk melilit dan mematahkan tulang-temulang orang yang tidak bersolat.

Oleh itu, jika anda bermimpi ular, maka segeralah dirawat jiwa itu. Hanya manusia yang tenang jiwanya dan sentiasa amalkan bacaan ayat suci al-Quran sahaja akan mendapat mimpi yang baik.

Apa pun juga mimpi kita, eloklah kita sentiasa memperbaiki kualiti ibadat kita. Ia dapat membantu memberi ketenangan jiwa.

Jangan lah taksub atau percayakan dengan ramalan-ramalan yang tidak tahu dari mana datangnya maklumat itu. Takut-takut kerana percayakan mainan tidur, akidah kita pula terjejas. Kena hentikan serta merta kepercayaan kepada tafsiran ini.

Tafsiran Islam:

Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata:

Tidak semuanya dapat ditafsirkan makna yang terkandung di dalamnya. Ada kalanya ia bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan.

Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan ia baginda menjadi kenyataan.

Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku.” Baginda menjawab, “Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya.” Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut.

Mimpi diakui adanya dalam syariat Islam. Sedangkan ilmu untuk mentakwilkan, mentaqbirkan atau mentafsirkannya diiktiraf oleh ramai ulama.

Ramai ulama yang ingin mendalami masalah takwil atau tafsirannya tetapi tidak ramai yang mengetahuinya kerana mentafsir bukan lah senang.

Kashoorga: Apa pun juga, jika ia mimpi yang indah, bersyukur lah kerana ia datang daripada Allah dan jika ia buruk, itu adalah mainan syaitan, dan kita perlu bersegera bangun mengucapkan taa’awuz dan solat sunat.

 

Published by
Emma Masri