
Berdoalah kepada Allah, meminta segala sesuatu, dari perkara besar sampai perkara kecil. Kalau kita meminta sesuatu kepada Allah dalam keadaan kita sungguh-sungguh berdoa kepada Allah, dan kita benar-benar yakin yang Allah akan mengabulkan segala permintaan kita. Allah pasti akan berikan apa yang kita minta.
Bila kita minta sesuatu daripada Allah dalam keadaan kita benar-benar perlukan pertolongan dari Allah. Percayalah Allah tak akan pernah kecewakan kita. Buktinya?
“Mintalah kepada-Ku, niscaya akan Aku kabulkan.” (Surah Al-Mu’min ayat 60).
Namun bagaimana pula jika yang dihajakan tidak semuanya tertunai?
Ikuti perkongsian Firdaus Mokhtar
Kita minta 10 perkara daripada Allah, tapi cuma 3 daripada 10 yang Allah beri.
Waktu itu, kita cuma ada 2 pilihan untuk bertindak;
1. Bersyukur atas 3 nikmat tadi. Bertenang dan jalan terus.
2. Timbul rasa tak puas hati, marahkan segala sebab yang jadi punca kita tak dapat 7 lagi perkara yang kita minta. Kemudian salahkan Tuhan dan persoalkan takdir kenapa 7 lagi tu belum dapat sampai hari ini.
Kita yang mana? Kalau nombor 1 tu, syukurlah. Nanti Allah akan beri lagi yang lain di waktu yang tepat untuk kita terima.

Kalau yang nombor 2, percayalah kita takkan dapat yang lain tu sampai bila-bila. Begitulah.
Sumber kredit: Firdaus Mokhtar
VIDEO KASHOORGA:
https://www.youtube.com/watch?v=7Nfw7jxG6CY
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Persediaan Sebenar Menyambut Ramadan, Ini Yang Perlu Kita Lakukan

Isi Kandungan
ToggleMenjelang bulan Ramadan beberapa hari lagi, ramai antara kita membuat persiapan. Tapi kebanyakan persiapan ini berkait hal makanan dan keperluan raya.
Sedangkan apa yang perlu kita lakukan adalah persediaan untuk meningkat ibadah pada bulan yang mulia ini kerana ganjaran pahala pada bulan Ramadan ini amatlah banyak.
Namun begitu belum terlambat untuk kita membetulkan persediaan kita. Berikut adalah antara perkara yang boleh dilakukan untuk persiapan menuju Ramadan yang berbaki 2-3 hari lagi.
1. Berdoa
Banyakkan berdoa supaya Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu dan dan berdoalah bersungguh-sungguh agar kita dipertemukan dengan bulan Ramadan kerana ajal maut hanya Allah Taala yang tahu.
2. Siapkan jadual amalan khusus bulan Ramadan
Ini supaya kita tidak terleka sewaktu bulan Ramadan untuk merebut pahala-pahala sunat disertai dengan amalan-amalan sunat pada bulan Ramadan. Sebagai contoh sehari berapa helaian al-Quran yang akan dibaca, berapa surah yang ditadabur sepanjang Ramadan, dan sebagainya.
3. Dekatilah rakan atau kumpulan yang ingin beramal
Berkawanlah dengan orang yang baik-baik yang boleh diajak untuk melakukan amal ibadah. Dekatilah rakan yang mengajak kita solat berjemaah, bersedekah dan mengaji.
Kita dituntut untuk sentiasa berdamping dengan orang-orang soleh atau alim agar sifat atau perkara yang ada pada diri mereka itu terkesan kepada diri kita juga. Hal ini ada dinyatakan di dalam sebuah hadis sahih:
Maksudnya: “Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu mendapatkan bau yang busuk.” [HR Bukhari (5534) dan Muslim (2628)]
4. Buat persiapan Aidilfitri awal
Sepuluh malam terakhir adalah waktu yang perlu disibukkan dengan ibadah, bukannya dengan persiapan raya. Namun, persiapan untuk menyambut Aidilfitri tidak harus dilupakan kerana ia adalah hari kemenangan buat umat Islam. Adalah lebih baik membuat persediaan awal untuk Aidilfitri kerana 10 malam terakhir adalah waktu turunnya malam Lailatulqadar sepertimana firman Allah:
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan”. [Surah Ad-Dukhan: 3]
5. Wujudkan suasana ibadah dalam keluarga seperti amalan Rasulullah
Sabda Rasulullah:

Maksudnya: “Baginda Nabi apabila masuknya hari 10 terakhir Ramadan, Baginda akan mengetatkan kain (bersungguh-sungguh beribadah dan tidak melakukan hubungan suami isteri), menghidupkan malam tersebut dan mengejutkan ahli keluarganya (untuk turut menghidupkan malam).” [HR Bukhari 2024]
Adalah lebih baik jika di bulan puasa kita tetapkan merancang rutin ibadah seperti waktu untuk sekeluarga solat berjemaah dan mengaji bersama agar sekeluarga dapat meraih pahala.
Sumber: Mstar
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Panduan Anjur ‘Baby Shower’ Untuk Elak Terkait Cara Orang Kafir

Dalam setahun ada sahaja jemputan menghadiri majlis ‘Baby Shower’. Ia semakin menjadi budaya bagi ibu bapa millennial. Kalau dahulu kita biasa dijemput ke majlis akikah. Apa pun juga yang kita anjurkan, hendaknya ia tidak menyalahi hukum agama, apatah lagi ia adalah budaya amalan bukan Islam. Perlu berpada-pada.
Namun bagi mengetahui lanjut hal ini, kita baca ulasan lanjut daripada Siti Nurunnajwa Shamsudin, penyelidik di Majlis Ulama Isma. Adakah Rasulullah juga menganjurkan ‘Baby Shower’ atau sekadar ikutan membabi buta budaya luar semata-mata?
Majlis ‘Baby Shower’ dlihat semakin menjadi trend dan mendapat tempat di kalangan masyarakat Islam di negara ini. Majlis ini sebenarnya telah lama wujud di hampir setiap negara di dunia mengikut tradisi masyarakat negara tersebut.
Majlis tersebut dibuat bagi meraikan bakal ibu yang bakal melahirkan anak. Kebiasaannya, majlis ini diadakan ketika umur kandungan mencecah 7 bulan.
Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu menjalankan upacara melenggang perut ketika usia kandungan menginjak 7 bulan. Namun pada masa kini, adat melenggang perut tidak lagi mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dan diganti dengan majlis ‘Baby Shower’ bagi meraikan bakal ibu.
Di negara barat, mereka gelarkan majlis tersebut sebagai ‘Baby Shower’ kerana bakal ibu akan dihujani dengan pelbagai jenis hadiah bagi menyambut kelahiran bayi.
Artikel berkaitan: Ibu Mengandung Sekarang Banyak Pegang Phone Selfie Tunjuk Baby Bump Tanpa Tahu Baby Bump Adalah Aurat!
Artikel berkaitan: Bacalah Surah Maryam, Terkandungnya Doa Mudah Makbul Untuk Ibu Hamil
Islam adalah satu agama yang sangat menitik beratkan identiti. Oleh itu sebagai umat Islam kita perlu berhati-hati dalam memastikan identiti Islam sentiasa terpelihara daripada penyerupaan dengan agama lain.
Kita juga dilarang untuk menyerupai golongan kafir dalam hal yang merupakan identiti atau lambar atau syiar agama mereka.
Daripada Ibn Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:
من تشبه بقوم فهو منهم
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia adalah daripada kalangan mereka (Riwayat Abu Daud :4031)
Imam al-Sana’ni Rahimahullah ketika menafsirkan hadis di atas berkata, bahawa sesiapa yang menyerupai orang fasik ataupun kafir ataupun melakukan bid’ah dalam apa juga perkara yang dikhaskan padanya dari segi pemakaian, tunggangan ataupun gerak-geri tingkah laku maka dirinya tergolong dalam kalangan mereka. (Subul al-Salam 2/647)

Setelah meneliti asal usul majlis ‘Baby Shower’, saya berpendapat ia bukanlah suatu syiar daripada mana-mana agama dan hanyalah sebahagian daripada tradisi masyarakat yang pelbagai.
Oleh itu, saya mencadangkan bagi mereka yang ingin melakukan majlis seumpama ini perlulah mengikuti saranan atau garis panduan berikut:
- Majlis perlulah dijauhi dengan segala larangan dan perkara yang diharamkan syarak seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, perkara khurafat dan sebagainya.
- Aktiviti yang dilakukan semasa majlis perlulah tidak membawa kepada kelalaian dan tidak tersimpang dari ajaran agama Islam.
- Seeloknya, majlis ini ditukar nama kepada majlis kesyukuran atau doa selamat atau apa-apa nama yang dirasakan bersesuaian bagi mengelakkan fitnah.
- Majlis ini hendaklah bertujuan hanya untuk mengeratkan silaturrahim antara rakan-rakan dan ahli keluarga dan bukannya bertujuan mengikuti budaya barat.
- Sebarang pembaziran hendaklah ketika majlis ini berlangsung perlulah dielakkan dan tidak boleh bermegah-megah.
Sebaiknya majlis seumpama ini diadakan bagi mendoakan kesejahteraan bakal ibu dan bayi agar berada dalam keadaan selamat sehingga selepas kelahiran.
Namun begitu perlulah diingatkan, majlis ‘Baby Shower’ bukanlah sebahagian daripada syariat Islam dan adalah lebih baik jika sebagai umat Islam kita menyambut kelahiran bayi seperti yang telah digariskan oleh Islam.
Antara adab dalam menyambut kelahiran bayi yang disebut di dalam kitab Tarbiyatul Aulad karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan ialah :
- Bergembira dan mengucapkan tahniah apabila menerima berita kelahiran.
- Mengazankan dan mengiqamatkan anak
- Mentahnik anak selepas dilahirkan
- Mencukur rambut anak
- Menamakan anak dengan nama yang baik
- Menjalankan akikah
- Mengkhatankan anak
Wallahua’lam
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Ini Sebabnya Mengapa Tak Boleh Gantung Gambar Kahwin & Foto Famili

Kebanyakan di rumah-rumah orang Islam masih terdapat di dinding-dinding rumah mereka tergantung gambar-gambar manusia sama ada tuan rumah sendiri atau ahli keluarganya.
Atau pun gambar-gambar binatang menghiasi dinding rumah mereka sebagai perhiasan. Tidak kurang juga kita dapati ada sebahagian mereka yang menjadikan patung-patung binatang sebagai koleksi perhiasan yang diletakkan dialmari perhiasan sebagai hobi tuan rumah.
Adakah amalan seperti ini dilarang atau dibenarkan? Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”
Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa malaikat tidak masuk kerumah orang yang ada:
Pertama : Gambar
Kedua : Patung
Ketiga : Anjing
Keempat : Orang yang junub

GAMBAR MAKHLUK BERNYAWA
Malaikat yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan binatang.
Haram bagi orang yang meletakkan gambar yang bernyawa di rumah-rumah mereka, seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut.
Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk bunga, pohon pokok, kapal, rumah, ayat Al-Quran, kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang paling mendapat seksa pada hari kiamat adalah para pembuat gambar (pelukis/pengukir).” (Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Kitab Pakaian (al-Libas), 5959. Muslim dalam bab yang sama, 2109)
Dalam hadis Nabi SAW yang lain bermaksud: Dari ‘Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang.
Berkata ‘Aisyah: “Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku?
Rasulullah SAW kembali bertanya: “Bantal-bantal apakah itu?”

Jawab ‘Aisyah, “Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar.”
PELUKIS GAMBAR AKAN DISEKSA DI HARI KHIAMAT
Sabda Rasulullah SAW: “Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: “Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!”
Kemudian baginda bersabda: “Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu.”
(Hadis Riwayat Muslim).
Daripada Ibnu ‘Abbas, “Aku mendengar Muhammad berkata, ‘Barang siapa membuat gambar di dunia ini, dia akan dipersoalkan serta diminta supaya memberikan nyawa kepada apa yang dilukiskannya pada hari kiamat nanti, tetapi dia tidak akan mampu melakukannya”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari Kitab Pakaian (7/72), no. 846)
Sumber Kredit: Ustaz Abu Basyer
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI