‘Minta Jadi Orang Baik, Berkali Doa Dengan Allah.’ Elfira Loy Kongsi Pengalaman Umrah Kali Ini Cukup Berbeza

Share

‘Minta jadi orang baik, berkali doa dengan allah.’ Elfira Loy kongsi pengalaman umrah kali ini cukup berbeza berbanding pengalaman-pengalaman umrah sebelum ini.

Setiap dari kita pasti teruja setiap kali menjejakkan kaki ke Makkah dan Madinah sama ada untuk mengerjakan haji atau umrah. Suasana di sana yang tenang dan mendamaikan, membuatkan segala beban hilang.

Artikel Berkaitan:

‘Jangan Sampai Allah Tak Makbulkan Permintaan.’ Ini Sebabnya Kenapa Kita Dilarang Kelam-Kabut Dalam Berdoa


Minta Jadi Orang Baik

Begitu juga yang dikongsikan oleh pelakon, Elfira Loy. Ternyata ibadat umrah yang dilaluinya bulan lalu memberi impak berbeza kepada ibu beranak dua ini.

Luah Elfira di akaun Instagramnya,

I’ve been thinking about my recent umrah trip a lot. Kalau orang suruh share apa I rasa apa I doa, I rasa macam tak terluah sangat .

Tapi apa yang I yakin I rasa pada diri I adalah. I feel better. I rasa beban yang I bawak sebelum pergi umrah tu hilang tanpa I talk about it or even solve it. Dia just hilang.

Trip kali ini memang berbeza.


Berkali Doa Dengan Allah

Sebab kali ini, I just mintak nak jadi orang baik saja. Berkali-kali I mintak dekat Allah.

Dan Ustazah I banyak kali pesan untuk beristighfar, mengaku tentang kesalahan kesalahan kita pada Allah. Memang jadi rasa ringan saja.

Yang kedua, I banyak dahulukan orang lain untuk beribadah dan I betul betul ikhlas izinkan. I rasa itu juga one of the reason Allah selalu baik saja dengan I.


Elfira Loy Kongsi Pengalaman Umrah

Pengalaman I di Raudah dan dapat buat umrah juga itu walaupun period baru hari ketiga memang amazing sangat Alhamdulillah .

Those moments buat i rasa dekat dengan Rasulullah SAW & Allah SWT.


I bersyukur…
I bersyukur Allah hadirkan perasaan ini pada I. @irkaztravel


Kali Ini Cukup Berbeza

Ternyata apa yang dilalui Elfira turut dirasai oleh orang lain, iaitu sukar untuk kekal istiqamah apabila tidak lagi berada di Tanah Suci. Kongsi mereka,

ramaramaterbangtinggi

Alhamdulillah. Sama kita el. Tak terluah kalau nak cerita semua. Ustaz kami cakap dekat sana memang begitulah kita. Cabaran sebenar is to stay istiqamah bila tidak berada di sana.

I couldn’t agree more. Insyallah kita doa semoga Allah terus pilih kita untuk jadi orang yang baik, beramal dan bertaqwa walau di mana pun Allah letak kita. Amin.


Imannaabdul


Masyallah… such beautiful words. Moga kita semua diberikan kesempatan untuk mengerjakan umrah dan haji.

Artikel Berkaitan:

My Beloved Husband, Tq Jadi My Imam. Layan Semua Cravings Saya…” – Bersemutnya Ucapan’ Elfira Loy Sempena 1st Anniversary

Baca Surah Al-Baqarah Lawan Kesakitan Sepanjang Kelahiran, Elfira Loy Kongsi Pengalaman Timang Anak Usia Muda

Kashoorga: Semoga dipermudahkan urusan Elfira Loy dan kekal menjadi orang yang baik.

Sumber: Instagram Elfira Loy

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat