Kebelakangan ini ramai memuji keperibadian Mizz Nina yang tidak pernah mencipta sebarang kontoversi di sebalik hijab dipakainya. Tampil islamik mengikut saranan agama, Mizz Nina dan suaminya, Noh terus berbakti kepada masyarakat luar khususnya di Syria dengan melakukan pelbagai kerja kebajikan.
Ekoran dirinya menjadi pujian masyarakat kerana meletakkan syariat terkehadapan dalam kehidupannya, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman dijemput dalam rancangan Malaysia Hari Ini beberapa hari lalu. Saat diajukan pertanyaan ramai yang memuji-mujinya kerana kebaikan dakwah dan usaha kebajikannya, Mizz Nina tampil dengan jawaban sangat merendah diri.
Dikongsikan oleh seorang peminatnya di fb, Waridah Lothpi, bekas pelantun lagu Kurnia ini mengakui amat takut dengan pujian dunia. Berikut adalah temubualnya dalam MH.
Apa perasaan Nina apabila orang glorify dan memuji-muji Nina?
"Saya rasa takut sangat. I am nobody to be idolized.
Kalau rasa nak agungkan seseorang, agungkanlah Rasulullah SAW, para sahabat, atau ummul mukminin.
Setiap pujian melambung-lambung terhadap sesiapa, sentiasa beserta dengan jangkaan dan harapan tinggi.
Saya rasa, 'Ya Allah, betul ke saya baik sangat macam tu?'
Setiap kali saya baca komen memuji-muji, "Ya Allah please forgive them for what they say about me. They don't know the real me. Forgive me, and help me to become better than what they said.
Forgive me as well for my shortcomings, because I do not live up to many of the things that people said.
Nobody is perfect, but Allah.
Saya takut sangat nanti Allah akan tanya, "Apa kamu buat apabila terima pujian begitu?
Rasa diri bagus? Atau akan gunakannya untuk perbaiki diri?"
Saya takut."