Penularan wabak COVID-19 semakin serius apabila terbaru seorang lagi mangsa dilaporkan telah meninggal dunia. Ini menjadikan kes kematian ketiga daripada 1,030 yang dijangkiti virus ini.

“Moga Arwah Ditempatkan Dalam Kalangan Orang Beriman’ – Seorang Lagi Mangsa COVID-19 Disahkan Meninggal Dunia

Dari laman web Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memberitahu Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu kematian COVID-19, iaitu kes ke-152.

Berita ini diterima pada jam 6.27 petang menjadikan kes kematian setakat ini sebanyak 3 kes. Menurut beliau, kes ke 152 ini merupakan seorang warganegara Malaysia berumur 58 tahun yang menyertai klus perhimpunan jemaah tabligh.

IKLAN

Jemaah ini telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 lalu dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection. Telah diberikan bantuan pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari sama.

“Moga Arwah Ditempatkan Dalam Kalangan Orang Beriman’ – Seorang Lagi Mangsa COVID-19 Disahkan Meninggal Dunia

IKLAN

Kesihatannya semakin merosot dari hari ke hari dan disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020. Dr Noor Hisham turut mengucapkan takziah kepada keluarga arwah.

IKLAN

Dukacita dimaklumkan bahawa Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu (1) kematian COVID-19 (kes ke-152) pada hari ini iaitu pada jam 6.27 petang, menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 setakat ini tiga (3) kes.

Kes ke-152 ini merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection. Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada jam 6.27 petang. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah.

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

 

“Moga Arwah Ditempatkan Dalam Kalangan Orang Beriman’ – Seorang Lagi Mangsa COVID-19 Disahkan Meninggal Dunia

Warganet turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Sheara Amir Innalillah wainnailahirajiun Al-Fatihah.. Salam takziah buat keluarga arwah.

Yusran Hashim Inalillahiwainnaillaihi’roji’un.. Takziah buat keluarga beliau..

Ticer Azri Innalillahiwainnailaihiroojiunnn. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman Aamin2.

Mdriduan Wan Innalillah wainnailahirajion…dan al-fatihah serta takziah buat keluarganya…

Azlinda Ghazali Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman. Aamiin

Izza Ramly Smoga y djangkiti sihat spti sdia kala…kpada y pergi smoga dtmpatkn d klangan org beriman

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI