Hari perkahwinan adalah saatnya kita disatukan dengan pasangan sebagai suami isteri yang sah. Sebaik lafaz ijab dan kabul sah, segalanya sudah berubah. Status diri tidak lagi ‘single’ dan tanggungjawab juga berbeza sewaktu bergelar anak dara.
Kalau boleh kita mahu merai hari bahagia dengan kesihatan berada dalam tahap terbaik. Maklumlah hari bersejarah tika bergelar Raja Sehari pastinya mahu diraikan dalam suasana gilang gemilang tanpa mengetepikan batas syariah.
Namun jika diuji Tuhan dengan dugaan, siapalah kita mahu menolak ketentuanNya. Seperti perkongsian wanita ini di media sosial yang bakal berkahwin tidak lama lagi tetapi diuji apabila disahkan pengidap cancer stage 4.
Walaupun terpaksa membuang separuh dari paru-parunya disebabkan untuk membuang kanser, dia reda dengan pengalaman dilalui ini.
Dan 30 hari sebelum menjelang hari bahagianya, dia telah selamat menjalani pembedahan setelah hampir 7 jam bertarung nyawa di bilik bedah.
Alhamdulillah . Syukur diberi peluang ke selepas 7 jam bertarung nyawa dalam bilik bedah . Walaupun paru2 diuang separuh demi mbuang kanser . Sy redha . Sy ada 30 hari utk sembuh sblm jadi pengantin
Dia juga turut memberitahu tidak sabar untuk menyarung baju nikah dan berharap perkahwinan yang bakal dibina ini kekal hingga ke jannah.
Menulis posting di twitter menggunakan akaun @eykahmdn memberitahu dia yang bercinta dengan bakal Imamnya selama 8 bulan dan setelah bertunang setahun lebih bakal mendirikan masjid tidak lama lagi.
10thn bff
8bln bercinta
1thn 3bln bertunang
2bln sebelum majlis pengantin perempuan disahkan pengidap Cancer Stage 4
1bln sblm majlis pengantin perempuan menjalani pbdhan
Semoga cinta kita kekal hgga ke Jannah .
Semoga sy sembuh . Tak sabar nk pakai baju nikah next month
Sebaik muat naik postingnya, wanita ini mendapat komen positif dari warga net. Masing-masing memberi kata-kata semangat kepadanya untuk meneruskan kehidupan selepas ini.