
Setiap dari kita pastinya memasang niat untuk menjadi tetamuNya di rumah Allah. Tetapi kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan hanya Tuhan yang menentukan.
Siapa sangka perjalanan sekumpulan jemaah dari Madinah untuk ke Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah tidak kesampaian apabila terbabit dalam kemalangan.
Dalam kemalangan itu, 35 jemaah umrah terkorban manakala empat lagi cedera dalam nahas di Arab Saudi selepas sebuah bas yang disewa khas berlanggar dengan jentera angkut semalam.
Saudi Press Agency memetik kenyataan jurucakap polis melaporkan kemalangan itu berlaku di laluan Hajra kira-kira 170km dari Madinah berhampiran perkampungan al-Akhal.
Menurut Sinar Harian Online, kejadian yang kira-kira jam 7 malam (waktu tempatan) itu membabitkan penumpang ekspatriat warga Asia dan Arab. Susulan insiden itu, siasatan telah dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.
Dalam satu rakaman video yang dimuat laik Facebook Sinar, rata-rata netizen yang melihatnya mengucapkan takziah kepada semua mangsa yang terlihat dalam kemalangan berkenaan dan semoga roh mereka dicucuri rahmat olehNya.
salam takziah jemaah2 yg terlibat semoga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..

Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Hati-Hati Sentuh Bab Jodoh Orang, Citarasa Manusia Berbeza”! Teguran Terbuka Dr Harlina Siraj Untuk Semua

Ternyata isu buat bodoh-bodoh untuk urusan jodoh menerima pandangan pelbagai pihak. Terkini, Pakar Runding Obstetriks dan Ginekologi (O&G), Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Hj Siraj mengulas isu ini dan seharusnya semua pihak lebih berhati-hati dalam memperkatakan urusan jodoh orang lain.
Bacalah dengan sudut pandangan mata hati kerana itu lebih baik dari menurut hawa nafsu.
BAB KEPIMPINAN LELAKI & URUSAN JODOH WANITA
Hari ini saya dihujani perkongsian beberapa rakan, mengenai kenyataan Bonda Prof Datuk Dr Muhaya dalam satu sedutan video berdurasi 56 saat yang menyentuh perihal kepimpinan lelaki dan urusan jodoh wanita.
Dalam video pendek itu ( https://youtu.be/iCrwdr6pkII) , Prof Muhaya membangkitkan beberapa perkara :
- Perlunya menghargai dan meraikan (celebrate) kepimpinan lelaki sebagai ketua, walau setinggi mana pun kedudukan dan berpangkat besarnya seorang wanita. Alasan yg diberikan : Lelaki tetap menjadi imam dalam solat berjamaah (walaupun pangkat rendah) dan semua Nabi2 juga adalah lelaki.
- Larangan kepada wanita supaya jangan sibuk2 nak bebaskan diri (liberate) dan mahu demand kedudukan supaya sama dan setaraf dengan lelaki.
- Pandangan mengenai naiknya tahap hormon testosteron bila wanita sibuk nak buat apa yg lelaki buat. Bila testosteron tinggi – wanita nak drive, nak achieve dan nak independent, akhirnya menyebabkan wanita itu lambat bertemu jodoh.
- Lelaki suka wanita yg lembut2, high estrogen, mengharapkan, perlu ditolong, biarlah macam bodoh2 sikit.
- Siapa yang lambat jodoh tu, kena tengok karakter masing2.
Reaksi spontan selepas selesai menonton video itu – Dr Har rasa kaget, terkejut besar dan kecewa bercampur-baur dengan apa yang dinyatakan. Dr Har memahami mengapa ramai warga netizen yg turut merasa terkilan.
Malahan pastinya ada yg tersinggung, terguris dan berkecil hati – khususnya bila aspek sensitif spt jodoh disentuh secara langsung, tanpa berlapik dan berselindung.
Terus Dr Har hubungi sendiri Prof Muhaya dan tim beliau untuk mendapatkan pengesahan sama ada video tersebut asli dan original. Tabayun atau clarification ini Dr Har anggap sangat penting sbgmn yg disarankan dalam Al Quran (Al Hujurat : ayat 6) untuk menyemak sumber berita, dan mengesahkannya sebelum membuat sebarang kesimpulan dan keputusan.
Dr Har difahamkan video itu merupakan sedutan dari sesi pengisian ilmu yang Prof Muhaya pernah sampaikan. Dr Har tiada maklumat mengenai tajuk besar sesi perkongsian ilmu tersebut, dan apa yg menjadi fokus perbincangan sebelum dan selepas segmen yg menyentuh bab kepimpinan lelaki dan urusan jodoh wanita tersebut.
Berikut adalah pendirian Dr Har berkaitan isu yang berbangkit :-
- Kepimpinan adalah amanah yg dipikul secara kolektif oleh semua lelaki & wanita. Rujukan hadis Rasulullah SAW yg diriwayatkan oleh Muslim : “Ketahuilah setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. Dlm beberapa urusan khusus yg telah digariskan di dalam AlQuran & Hadis – lelaki diberi tanggungjawab memimpin keluarga (qawama) – sbg suami dan bapa yang menjaga dan menyediakan keperluan ahli keluarganya, menjadi ketua pembangunan spiritual famili sebagi imam solat berjamaah ; kewajipan yg mesti dilaksana dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat. Qawama bukanlah keistimewaan & kelebihan utk disalah guna dan alasan untuk menindas atau menganiaya.
- Selepas tanggungjawab kepimpinan dan setiap peranan dilaksanakan dengan sebaiknya, setiap lelaki dan wanita berhak mendapatkan pengiktirafan terhadap sumbangan masing2. Hak2 ini mesti dipenuhi dan dihormati pula oleh orang lain. Kesetaraan dan kesaksamaan ini yang amat perlu digapai dalam keluarga sehingga lahir hubungan harmoni yang berdasarkan rasa percaya-mempercayai dan saling hormat yang tinggi terhadap potensi dan kebolehan setiap seorang – baik lelaki mahupun wanita. Kesetaraan, kesaksamaan dan keadilan ini yang mesti diperjuangkan oleh setiap individu.
- Bukannya secara bertanding dan bersaing dengan kaum yang berlainan jantina, yang dianggap jauh lebih baik, mulia dan hebat. Emansipasi, liberasi atau usaha pembebasan wanita seperti itu sudah lapuk ditelan zaman. Kaedah ini berasaskan tanggapan lelaki lebih baik dari wanita, sehingga formula utk wanita berjaya, mestilah bersifat dengan ciri-ciri kelelakian. Lelaki & wanita sepatutnya saling membantu, berkolaborasi dan memanfaatkan kekuatan masing2 untuk kebajikan semua.
- Pernyataan mengenai naiknya tahap hormon testosteron bila wanita sibuk nak buat apa yg lelaki buat – ini belum pernah Dr Har temui dalam pembacaan ilmu perubatan dan pengalaman klinikal Dr Har setakat ini.
- Jodoh pertemuan di tangan Allah SWT. Lambat & cepat jodoh seseorang itu juga dlm ketentuan-Nya. Faktor tarikan & penolakan jodoh juga sangat subjektif dan tidak konsisten.
Sememangnya masih ramai lelaki yg lebih suka kalau psgn isterinya mempunyai ciri2 yg lebih rendah & kurang dalam segala aspek berbanding dirinya. Kurang rasa tercabar dan dicabar. Lelaki begini mungkin lebih suka isteri yang kurang cerdik dan sentiasa bergantung dengannya.

Namun terdapat lelaki yg lebih suka wanita yg independent, tegas & cerdik. Tidak lembut2, tidak manja serta tidak lemah gemalai. Tidak bodoh -bodoh – biarpun sedikit, apatah lagi kalau jelas kebodohannya. Pernah terbaca : The most attractive part of a woman, is her intelligence & wisdom! ( Bahagian seorang wanita yang paling menarik adalah kepintaran dan kebijaksanaannya)
Begitu juga bila wanita memilih suami, masing2 punya cita rasa yg berbeza. Dan wanita tidak perlu menjadi orang lain dan menyekat potensi akal serta diri yang dianugerahkan Allah SWT semata-mata untuk mempercepatkan jodoh dan dikahwini oleh seorang lelaki.
Manusia hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya.
Dr Har sangat berharap agar kita semua lebih berhati-hati apabila menyentuh aspek jodoh pertemuan dan tidak dengan mudah @ secara simplistik, menyalahkan faktor2 yang sangat variabel seperti karekter, personaliti dan jangkaan seseorang semata-mata.
Semoga Prof Muhaya dapat menerima maklum balas Dr Har ini dengan terbuka, sebagai tanda persahabatan yang selama ini terjalin. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Sementara yg silap dan salah itu, adalah lambang kekurangan Dr Har sebagai makhluk biasa.
Wallahu a’lam
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Kerosakan Otak Yang Teruk, Takkan Normal Seperti Dulu”! Adik Kongsi Keadaan Terkini Kakak, Mangsa Dibelasah Suami

Hidup dipenuhi ujian. Namun tiada siapa mengharapkan ujian di luar pemikiran manusia. Ia disifatkan sangat kejam apatah lagi kekejaman itu terjadi dalam alam rumahtangga yang diharapkan bahagia hingga ke akhir hayat bagi semua wanita.
Pasti kita masih ingat situasi seorang kakitangan awam, Jahidah Nordin, 43 yang ketika itu hamil empat minggu namun telah dibelasah teruk oleh suaminya hingga tengkorak kepalanya hancur selain tulang belakang dan rusuknya retak dipercayai dipukul pada 4 Mei lalu. Namun selepas bertarung nyawa beberapa bulan di unit rawatan rapi, Jahidah mula sedarkan diri dan dibenarkan keluar dan dijaga oleh adiknya, Fazariah Nordin di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan hingga kini.
Dalam keadaan kini hamil lima bulan, di aplikasi Tik Tok @ziahzara15, adik yang merindu suasana ketika kakaknya masih sihat dahulu menjelaskan walau kakaknya sudah sedar namun pandangan mata kakaknya kelihatan kosong. Ia pandangan separuh sedar.
Apa yang lebih menyedihkan Fazariah memaklumkan kakak kesayangannya itu mengalami kerosakan otak yang teruk. Dirinya tak akan kembali normal seperti dahulu,” kongsinya di aplikasi Tik Toknya. Jelas Fazariah, berita sedih itu dimaklumkan oleh petugas yang mengendalikan rawatan fisioterapi kakaknya selain pakar neurologi pun turut memaklumkan berita yang sama.
“Ia sesuatu yang sangat menyedihkan buat kami semua. Sudah tiada bahasa untuk mengungkapkannya. Masa yang sama dalam keadaan kandungan kakak yang semakin membesar, sebenarnya amat sedih memikirkan nasib anaknya yang tidak berdosa yang akan lahir tanpa ibu yang mampu memeluk dan menciumnya. Membesar dengan ibu yang mungkin tidak mampu memberi kasih sayang seperti ibu lain,” kongsinya di aplikasi tik toknya itu.
Sedikit perkongsian dari Mufti Wilayah Persekutuan, perkahwinan adalah sesuatu yang suci. Ia juga merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dianjurkan berdasarkan nas al-quran dan hadis, inilah fitrah yang dilalui oleh manusia dalam membina kehidupan dengan sempuna dan bahagia. Dan tiada siapa mengharapkan derita dalam perhubungan ini.
إِذَا تَزَوَّجَ الْعَبْدُ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ نِصْفَ دِينِهِ؛ فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي النِّصْفِ الْبَاقِي
Maksudnya: Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah berusaha menyempurnakan sebahagian agamanya, oleh itu hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada sebahagian lagi yang berbaki. Riwayat al-Baihaqi (5486), al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat (7647).

Namun ujian isteri yang dibelasah suami ini sangat berat dan mari kita bersama-sama berdoa agar ada keajaiban Allah buat mangsa agar kembali sembuh seperti dahulu kala. Dalam pada itu akhbar memaklumkan suami mangsa yang sebelum ini menyorok selepas melakukan perbuatan kejam itu sudah ditahan pihak berkuasa.
https://www.tiktok.com/@ziahzara15/video/6998066949473226011?referer_url=https%3A%2F%2Fkashoorga.com%2F&referer_video_id=6973275616770624769&refer=embed&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6973624686812366338
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Ini Pesanan Terakhir Ulama Syekh Ali Jaber Sebelum Meninggal Akibat COVID-19, Sempat Berkongsi Di Instagramnya Sebelum Koma

Innalillahiwainailaihirojiun (Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”).
Al-Fatihah untuk Syekh Ali Jaber yang diberitakan meninggal dunia pagi tadi (14 Januari 2021) di Hospital Yarsi pada jam 8.30 pagi akibat COVID-19. Syekh Ali Jaber atau nama sebenarnya Ali Saleh Mohammed Ali Jaber merupakan pendakwah terkenal Indonesia dan sering berkongsi doa dan kata-kata nasihat dari orang ramai yang meminta nasihatnya.
Syekh Ali Jaber sebelum ini sedang dirawat di hospital akibat COVID-19 dan keadaannya diberitakan semakin pulih termasuk sudah menangggakan tiub saluran pernafasan tetapi Allah lebih menyayanginya.
Selama hayatnya, pendakwah terkenal ini sangat aktif di media sosial. Bahkan sebelum kesihatannya terus merosot, di instagramnya, pendakwah terkenal ini sempat meninggalkan pesanan terakhir yang mana ia akhirnya menjadi video terakhirnya sebelum meninggal dunia.
Dalam videonya, Syekh Ali Jabar sempat menyampaikan pesanan.
“Ini saatnya kita setop penyebaran Covid-19. Sudah cukup banyak yang jatuh sakit gara-gara corona ini. Mari kita bersama-sama bersatu merapatkan saf kita untuk mencegah negeri kita dari bahaya penyakit ini, yang sudah cukup menyebar di mana-mana,” ujarnya. (setop bermaksud menghentikan)

“Mari kita sama-sama menjauhi dari keramaian, kerumunan, dan kita menjaga iman, imun, dan insya Allah kita bersama aman, sejahtera, damai, aamiin ya rabbal alamin. Semoga selalu kita sehat dan selalu dalam lindungan Allah SWT. Saya Ali Jaber, wassalamualaikum warhamatullahi wabarakatuh.”
Bahkan di captionnya beliau menulis: “Mari kita jaga diri dan jaga kesehatanmu melalui gerakan 3M. Mudah-mudahan semua jamaah baik-baik saja dan selalu dalam lindungan Allah lahir batin aamiin alfatihah #3m #protokolkesehatan #bnpb #polri #damaiindonesiaku.”
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI