“Moga Ditempatkan Di Kalangan Ahli Syurga” – Niat 35 Jemaah Jadi TetamuNya Tak Kesampaian, Maut Dalam Kemalangan

Share

Setiap dari kita pastinya memasang niat untuk menjadi tetamuNya di rumah Allah. Tetapi kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan hanya Tuhan yang menentukan.

Siapa sangka perjalanan sekumpulan jemaah dari Madinah untuk ke Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah tidak kesampaian apabila terbabit dalam kemalangan.

Dalam kemalangan itu, 35 jemaah umrah terkorban manakala empat lagi cedera dalam nahas di Arab Saudi selepas sebuah bas yang disewa khas berlanggar dengan jentera angkut semalam.

Saudi Press Agency memetik kenyataan jurucakap polis melaporkan kemalangan itu berlaku di laluan Hajra kira-kira 170km dari Madinah berhampiran perkampungan al-Akhal.

Menurut Sinar Harian Online, kejadian yang kira-kira jam 7 malam (waktu tempatan) itu membabitkan penumpang ekspatriat warga Asia dan Arab. Susulan insiden itu, siasatan telah dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Dalam satu rakaman video yang dimuat laik Facebook Sinar, rata-rata netizen yang melihatnya mengucapkan takziah kepada semua mangsa yang terlihat dalam kemalangan berkenaan dan semoga roh mereka dicucuri rahmat olehNya.

Abdullah Faezah Innalillahiwainnailaihirojiun Salam Takziah keluarga jemaah2 yang terlibat Semoga Rohnya Cucuri Rahmat Aamiinn….
Mohd Zamri Salam takziah buat kuarge jemaah yg trlibat..smge rohnye dicucuri rahmat aminnn..al fatihah
Zzaza Lienaa innalilahiwainnailaihirojiun..
salam takziah jemaah2 yg terlibat semoga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..
Hamidah Haji Katan Innalillahiwainnalilahirojiun…. Salam takziah buat keluarga… Semoga arwah mereka semua ditempatkan dikalangan org2 beriman…. Aaminnn
Siti Nurjanah Mukhson Salam Takziah buat keluarga jemaah yg terlibat semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang beriman Innalillahiwainnalillahirajiun
JustmeAre May Innalillahi Wainna Ilayhi Rojiun… Slm takziah utk keluarga mangsa. Semoga dtmptkn dlm kalangan ahli syurga… Aamiiin44x ya robbal Alamiiin

 

 

 

 

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman