Mohon pahala dan keampunan Allah adalah doa terbaik ketika berbuka puasa. Setiap dari kita memikirkan apakah doa terbaik ketika berbuka puasa.
Setiap daripada kita digalakkan membaca doa sepanjang berpuasa, sama ada sebelum, semasa dan selepas berbuka. Ikuti perkongsian Maktabah Al-Bakri ini dan hadam betul-betul doa apakah yang digalakkan kita minta pada Allah.
Maksudnya: “Telah hilanglah dahaga, urat-urat telah basah, dan telah terhasil pahala, insyaAllah.”
Sunan Abi Dawud (2357)
Doa Terbaik
Menurut Imam Ibn Hajar al-Haitami dan Imam Ramli, doa ini dibaca sejurus selepas berbuka (عقب), bukan sebelumnya. (Lihat Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam Tuhfatul Muhtaj, 3/435 dan Imam Ramli dalam Nihayatul Muhtaj, 3/183. Doa-doa ini turut disebut oleh Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Azkaar)
Begitu juga, hendaklah kita berdoa kepada Allah SWT untuk mendapat keampunan-Nya. Ini berdasarkan doa ‘Abdullah ibn ‘Amru R.Anhuma sewaktu berbuka puasa:
Berpantang style makkah, tak boleh 100% ikut cara orang lama. ‘Kalau takut mudaratkan diri, baca bismillahilazi 3 kali sebelum makan sesuatu.’
Maklumlah tinggal berjauhan dari keluarga dan berada di Tanah Suci Makkah membuatkan wanita ini tiada pilihan dan memilih cara berpantang yang tersendiri iaitu ‘Berpantang Style Makkah’.
Bab berpantang ini menjadi isu pendebatan sampai bila-bila. Ada wanita mengamalkan pantang 44 hari dan ada pula 100 hari. Begitu juga dengan makanan, jika sebelah utara, wanita yang baru melahirkan anak perlu berpantang “laksa” selama setahun.
Memang pelbagai jenis pantang selepas bersalin, tapi yang terbaik adalah mengikut keadaan dan badan masing-masing. Ikutlah amalan berpantang dengan keupayaan diri, tak perlu memaksa diri.
Ikuti perkongsian penulis Makkah Kenangan Terindah, Ustazah Salimah yang menjalani proses berpantang di bumi Makkah.
Assalamualaikum semua. Hari ini sudah hari ke-25 dalam pantang selepas melahirkan Marhamah pada 6 Januari 2023 yang lalu.
Alhamdulillah, Allah Maha Baik yang mempermudahkan semua urusan bersalin, ketika dalam pantang, segala urusan ummi dan bayi segalanya rapi dalam jagaan Allah.
Ramai yang prihatin dengan penjagaan saya dalam pantang di Makkah, dalam keadaan berjauhan dari keluarga.
Apa yang saya boleh katakan adalah saya berpantang mengikut kemampuan, keadaan dan kesesuaian diri sendiri. Sesungguhnya apa yang mampu saya buat dan boleh saya buat, saya buat. Apa yang tak mampu, saya tinggalkan.
Tak Boleh 100%
Setiap kali berpantang, satu sahaja perkara yang saya sangat jaga iaitu sentiasa senyum dan ceria, dan elakkan perkara yang buat saya stres, atau senang cerita, jangan stres.
Kalau dapat tukang urut, kita urut.. alhamdulillah sudah mengurut lega badan dan peranakan.
Ada tungku, kita tungku. Saya pakai beg air panas itu saja, sebab tungku lama entah ke mana, tukang urut yang tungkukan semasa mengurut.
Sapu-sapu ubat, cream param, pakai stokin, bengkung, bab-bab kecantikan dan benda-benda macam ni memang saya rajin dan suka, seminggu ke dua minggu saja. Eh sudah slim balik lah perut, alhamdulillah.
Ikut Cara Orang Lama
Soal makanan, apa yang berkhasiat dan boleh makan saya makan, apa yang memudharatkan buat saya dan bayi yang menyusu badan, saya elak.
Makanan dalam pantang ni kadang kala ‘try and error’ juga. Kadang orang itu makan okay, kita makan angin pulak. So ikut badan masing-masing.
Soal berehat dan bergerak, saya ikut keadaan badan juga. Hendak baring melunjur kaki 24 jam pun tak mampu, badan jadi lesu, punggung jadi sakit.
Jadi saya akan bahagikan masa antara rehat, baring, berdiri, duduk, berjalan, bergerak, menyapu… Bila badan cergas, rasa lebih cepat sembuh luar dan dalam.
Tapi kita pun berjaga-jaga juga ‘cergas’ orang pantang ini macam mana, tak adalah sampai berlari. Membuat senaman lompat bintang ke atau panjat bukit, buat yang berat-berat.
Kalau Takut Mudarat
Semua masih dalam fasa penyembuhan, lebih-lebih lagi peranakan yang masih ‘fragile’, jadi kita buat semampunya kita, perlahan-lahan sahaja.
Dalam pantang pun sempat buat ‘live, bukan apa, saja menghiburkan diri sendiri dan dapat berinteraksi dengan followers juga.
Setakat satu jam sehari berikan masa, beri manfaat untuk orang lain, buat orang lain terhibur pun dapat rasa diri terhibur dan tak stres. Nanti kalau MKT (Makkah Kenangan Terindah) tak ada live, ramai yang mencari.
Pendek cerita, berpantang ‘style’ Makkah ini maknanya tak dapatlah hendak ikut 100% pantang ‘style’ orang-orang lama, berehat je selama 44 hari.
Kalau ada orang jaga kita macam upah confinement lady ke, atau ada ahli keluarga dapat datang untuk jaga kita, sedap jugak kan. Ada suami dan anak-anak yang dapat membantu sebahagian kerja di rumah ini pun dah cukup bersyukur.
Kalau berpantang ‘style’ Makkah macam sebahagian mak-mak Arab ni, yang jenis semuanya hentam sajalah, payah jugak. Depan mata saya, lepas bersalin, dia mintak nurse “Ada pepsi tak?” Haaa… Pepsi? Dia kata untuk keluarkan angin… I is no comment!
Baca Bismillahilazi 3X
Iyee… Bab makan minum ni orang Arab tak ada pantang-pantang sangat. Sejuk ke, tajam ke angin ke, makan sahaja. Kebanyakanlah… tapi kata tukang urut, ada saja yang sekarang ini pandai menjaga dan pandai panggil orang asia kita untuk mengurut.
Tengok sajalah gambar-gambar bawah ini, makanan hospital untuk orang lepas bersalin. Menu pertama saya tempoh hari Nasi Kabsah Ayam (tak ada dalam gambar) Wallahi sedap.. hehe.
Maknanya saya pun hentam sajalah kan. Masa tu perut dah lapar sangat, kalau tak makan nanti kelaparan pulak, baby dah keluar hendak susukan baby lagi.
Sebelum Makan
Jadi dengan lafaz bismillah + بِسمِ اللهِ الذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرضِ وَلا فِي السّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيم tiga kali saya baca, saya makan saja. Tak mahulah susahkan suami kena hantar-hantar ‘nasi putih dan lauk pantang’ setiap kali nak makan. Rumah pun jauh dari hospital.
So… itulah petua saya. Jika ada benda-benda yang ditakuti memudaratkan saya atau baby dari pemakanan, sebelum makan memang saya baca bismillah doa makan, dan bismillahillazi itu 3 kali..
Anda semua kalau tengok makanan hospital untuk orang pantang di Makkah mesti banyak terkejut, air yang dibagi air sejuk, salad hirisan timun, carrot, tomato boleh kata setiap hidangan ada.
Nasi pula tak ada nasi putih, semua nasi arab atau nasi minyak, ayam bakar okay lagi, tapi apa pun semuanya saya ucapkan alhamdulillah atas apa yang terhidang.
Pantang 44 Hari
Terima kasih sudi baca coretan pantang saya dari Makkah yang panjang ni. Apa yang saya pegang, pantang hanya selama 44 hari tidak menjamin kesihatan dan awet muda bila sudah meningkat usia, tapi badan, rahim, pemakanan semuanya perlu kita jaga seumur hidup kita.
Terima kasih juga buat mak-mak, makcik pakcik, semua followers yang awesome yang mendoakan dan beri peringatan pada saya ketika dalam pantang ni. Moga fatrah pantang ini berakhir dengan selamat sejahtera.
Setiap dari kita pasti mahu memasuki syurga Allah. Kisah azab dan kepanasan api neraka banyak digambarkan dalam al-Quran sudah cukup memberikan keinsafan.
Al-Tarmizi meriwayatkan daripada Abu Hurairah, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: “Neraka dinyalakan selama seribu tahun sehingga ia menjadi amat marah, kemudian dipanaskan lagi seribu tahun sehingga menjadi amat putih, kemudian dipanaskan lagi seribu tahun sehingga menjadi amat putih, kemudian dipanaskan lagi seribu tahun sehingga menjadi hitam pekat.”
Namun bagaimana mahu menjadikan diri kita tidak disentuh api neraka di akhirat nanti?
Sebagai seorang muslim, sudah selayaknya kita meneladani Rasulullah SAW yang memiliki akhlak yang cukup mulia serta memiliki keperibadian yang cukup hebat. Malah untuk memiliki akhlak mulia ini kita disarankan berpuasa dan melakukan solat tahajud.
Rasulullah SAW bersabda :-
“Sesungguhnya orang yang berakhlah mulia sama derajatnya dengan orang yang berpuasa dan mendirikan shalat.” (HR. Ahmad)
Rasulullah SAW juga bersabda :-
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya.”
Orang mukmin yang berakhlak mulia umumnya memiliki beberapa sifat-sifat. Di antaranya tidak melaknat dan mencaci maki orang lain, tidak mengadu domba atau menceritakan keburukan orang lain. Bersikap lemah lembut dan bersopan santun.
Sentiasa sabar dan suka mempermudahkan urusan orang lain. Masa yang sama, memiliki sikap lemah lembut, tenang, ramah malah tatkala bertemu saudara semuslimnya dirinya akan sentiasa berbuat baik dan inilah antara ciri-ciri yang diharamkan baginya api neraka.
Dari Abdillah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,
“Telah bersabda Rasulullah SAW: ‘Mahukah kamu aku tunjukkan orang yang diharamkan neraka baginya?’ Para sahabat menjawab : Tentu saja, wahai Rasulullah!’ Baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab : ‘(Haram tersentuh api neraka orang yang) Hayyin, Layyin, Qarib, Sahl!’ “(HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)
Dengan demikian, ada beberapa sifat mukmin yang tidak akan tersentuh api neraka berdasarkan hadits Rasulullah SAW seperti berikut.
Hayyin
Yang dimaksud dengan hayyin adalah orang yang memiliki ketenangan pada jiwanya lahir dan batin (fizikal dan mental). Orang-orang yang memiliki sifat seperti ini cenderung memiliki jiwa yang teduh, tidak mudah memaki orang lain dan tidak mudah melaknat orang lain. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,
“Ada seorang laki-laki yang meminta wasiat kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam : Wasiatilah saya!” Baginda bersabda : “Janganlah kamu marah!” Lelaki itu mengulanginya lagi, tetapi baginda Rasulullah tetap menjawab : “Janganlah kamu marah!” (HR. Bukhari)
Layyin
Sifat kedua adalah layyin iaitu sifat yang dimiliki oleh orang yang lembut dan santun. Tutur kata mahupun perbuatannya selalunya baik dan selain suka melakukan kebaikan kepada sesama manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan teladan kepada kaum muslim untuk sentiasa bersikap lembah lembut dan bersikap santun kepada orang lain kerana sifat ini termasuk satu tanda orang yang berakhlak mulia atau berbudi pekerti yang baik.
Dari Abdullah bin Amr bin al-‘Ash radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam itu bukan seorang yang kotor baik kata-katanya atau tindakannya dan tidak pula seorang yang bersengaja hendak berbuat kekotoran baik kata-katanya atau tindakannya”. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya termasuk dalam golongan orang-orang yang terpilih di antara engkau semua adalah orang yang terbaik budi pekertinya.” (Muttafaq ‘alaih)
Ustaz Ebit Lew antara insan yang sering mempermudahkan urusan orang lain yang diuji kesempitan. Semoga setiap kebaikannya dibalas dengan syurga..
Qarib
Yang dimaksud dengan Qarib adalah orang yang bergaul dan cepat mesra dengan siapa pun.Umumnya, orang memiliki sifat Qarib ini mudah akrab dengan orang lain, ramah, senang diajak bicara, sentiasa tersenyum saat bertemu sesiapa, tidak sinis atau pemarah terhadap orang lain. Dari Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,
“Rasulullah SAW bersabda kepadaku : Janganlah sekali-kali meremehkan perbuatan baik, walaupun menyambut saudaramu dengan muka ceria.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Sahl
Dan sifat orang yang tak tersentuh api neraka yang keempat adalah Shal. Yang dimaksud dengan Shal adalah orang yang selalu memudahkan urusan orang lain atau sesame manusia. Orang-orang ini kebiasaannya tak akan menyulitkan urusan orang lain dan akan sentiasa memudahkannya serta akan memberikan jawapan pada setiap persoalan ditanya orang jika meminta pandangannya.
Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda,
“Permudahlah dan jangan kalian mempersulit, gembirakan dan jangan kalian menakut-nakuti!” (HR. Muslim).
Moga dengan empat sifat di atas akan menjauhkan kita dari seksaan api neraka.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jalan ke syurga, ada banyak cara. Tak semestinya kena sedekah wang yang banyak atau solat berjemaah di masjid lima waktu setiap hari.
Malah ada amalan yang cukup ringkas namun boleh membawa kita ke syurga firdausi. Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi berkongsi amalan ini dalam laman sosial Facebook milik beliau:
1. Baca doa selepas berwuduk
Ramai yang meremehkan hal itu, sedangkan rugi andai kita meninggalkannya. Ini kerana Rasulullah SAW pernah bersabda: “Barang siapa yang mengambil wuduk, dan kemudian dia membaca ‘Asyhadu alla ilaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh’, maka ALLAH akan membuka baginya lapan pintu syurga dan dia boleh memilih untuk memasukinya dari mana-mana pintu yang dia kehendaki.” (Hadis Riwayat Muslim)
2. Menjawab setiap lafaz azan
Barangkali ada yang mendengar azan, tetapi langsung tidak berusaha untuk menyahutnya. Hanya sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Selepas ini, apa kata kita berusahalah untuk menjawab seruan mulia itu ketika ia dilaungkan oleh muazin. Ini kerana perkara tersebut ada diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat dalam sebuah hadis yang panjang.
Pada akhir hadis berkenaan, Baginda SAW menjelaskan bahawa sesiapa yang berbuat demikian: “Maka telah pasti ke atas dirinya syurga.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i)
3. Membaca ayat Kursi selepas solat
Usai mendirikan solat, usah cepat-cepat beredar dari tikar sembahyang. Sebaliknya, bacalah ayat Kursi terlebih dahulu.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Barang siapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selesai dari solat, maka tidak ada perkara yang akan menghalangnya untuk masuk ke syurga melainkan kematian.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i)
4. Beri salam apabila masuk rumah
Sekalipun tiada orang di dalam rumah, berilah salam sebelum kita memasuki kediaman berkenaan.
Sabda Baginda SAW: “Terdapat tiga golongan yang dijamin oleh ALLAH sekiranya dia hidup, dia akan diberikan rezeki dan kecukupan, dan sekiranya dia meninggal, ALLAH akan memasukkan dia ke dalam syurga. Yang pertama: Sesiapa yang memasuki rumah dan memberi salam kepada ahli keluarganya, maka ALLAH memberi jaminan baginya…” (Hadis Riwayat Ibn Hibban)
Lihat, betapa mudahnya amalan yang disarankan tersebut. Bergantung kepada kita untuk melakukannya atau tidak.
Tidak salah membuatnya perlahan-lahan, lama-kelamaan ia akan menjadi kebiasaan dan rutin kita selepas ini.
Mungkin dalam beberapa keadaan memerlukan Muslimah perlu mengambil wuduk tanpa membuka tudung.Contohnya tempat mengambil wuduk wanita terbuka bimbang aurat dilihat oleh bukan mahram.Jadi bagaimana...