Hubungan

‘Mohon Semua Doakan Nad Zainal Yang Berada Di ICU.’ Ditidurkan & Paru-Paru Berdarah

Share

‘Mohon semua doakan Nad Zainal yang berada di ICU.’ Ditidurkan dan paru-paru berdarah serta masih tak sedarkan diri.

Pelakon Nad Zainal kini diuji dengan keadaan kesihatan yang kurang baik. Dia terpaksa ditidurkan selama dua hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Ampang Puteri.

Perkara tersebut dimaklumkan rakan baiknya, Aina Liza menerusi satu pesanan WhatsApp sebentar tadi.

Artikel Berkaitan :

Allahuakbar, Stay Strong Alif Disahkan Postif COVID-19, Alif Satar Mohon Maaf & Mohon Semua Doakan Kesembuhannya

Mohon Semua Doakan

“Saya baru dapat ‘green light’ untuk berkongsi berita ini. Nad ditidurkan dua hari sebab paru-paru dia berdarah. Dah dapat keluarkan semua darah jadi doktor tidurkan dia supaya boleh rehat dan paru-paru kembali kering.

“Tadi, tak dapat nak kongsi (berita) ini sebab nak tunggu kebenaran keluarga dia. Sama-sama kita doakan Nad okey,” kata Aina.

Sementara itu, seorang lagi rakan baik Nad yang juga pelakon, Ungku Ismail Aziz memohon doa orang ramai agar Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin diberikan kesembuhan.

Nad Zainal Yang Berada Di ICU

“Saya pohon doa-doa semua buat Nad Zainal yang dimasukkan ke wad ICU (semalam) disebabkan jangkitan kuman di paru-paru.

“Beberapa prosedur telah dilakukan dan menurut doktor yang merawatnya keadaannya stabil tapi keadaannya tidak berapa okey. Mohon doa ya semua. Allahumma Yashfiihaa,” coretnya menerusi Instastory.

Sebelum itu, dilaporkan Nad dimasukkan ke ICU hospital selepas dua hari keadaan kesihatannya tidak begitu baik barangkali disebabkan simptom Long Covid.

Ditidurkan & Paru-Paru Berdarah

“Besar kemungkinan, dia mengalami gejala Long Covid selepas sembuh daripada virus maut tersebut beberapa bulan lalu.

“Kalau nak tahu perincian lanjut tentang keadaannya mungkin boleh hubungi bekas suaminya, Faliq atau rakan rapatnya, Ungku Ismail,” ujar Aina.

Menurutnya lagi, Nad sudah mengadu tidak sedap badan sejak dua hari lalu namun membiarkan keadaan itu berlarutan hinggalah semalam.

“Dia ingatkan boleh sembuh sendiri tapi tunggu punya tunggu, keadaannya semakin memburuk. Sampai tak boleh bangun. Itu yang kena masuk hospital.

“Saya minta orang ramai mendoakan agar Nanad diberikan kesembuhan secepat mungkin. Insya-Allah,” katanya lagi.

Terdahulu, Aina menerusi satu hantaran dalam Instastory menulis: “Assalamualaikum semua. Mohon semua doakan Nad Zainal yang sedang berada dalam ICU. Semoga beliau diberikan kesembuhan sepenuhnya. Amin.”

Baca Di Sini :

‘Doakan Agar Saya Jadi Suami Yang Istiqamah.’ Nabil Buat Kejutan, Inilah Ulangtahun Perkahwinan Yang Terindah

Nelydia Mohon Maaf, Akui Masih Baru Berhijrah. ‘Doakan Saya, Agar Diberikan Iman Yang Kuat Untuk Kekal Berhijab”

DOA UNTUK KESEMBUHAN

Sebuah hadis meriwayatkan amalan Rasulullah yang turut melazimi ziarah menjenguk orang sakit. Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah RA menyatakan Rasulullah sering membaca doa ini kepada sahabatnya yang sedang sakit

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا

Bacaan Rumi : Allahumma rabban nasi, adzhibil ba’sa. Isyfi. Antas syafi. La syafiya illa anta syifa’an la yughadiru saqaman.

Maksud : Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit.- (Hadis Riwayat Bukhari)


Kashoorga: Semoga Nanad cepat sihat dan dipermudahkan.

Sumber: Kosmo Online

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat