‘Move On Tak Bererti Melupakan.’ Shuib Perlukan “Mak’ Buat 4 Anaknya, Benda Halal Lebih Baik Doakan

Share

‘Move on tak bererti melupakan.’ Shuib perlukan ‘mak’ buat 4 anaknya, benda halal lebih baik doakan. Lagipun bukan semalam arwah Siti Sarah pergi meninggalkan Shuib dan anak-anaknya.

Hidup ditinggalkan isteri di saat amat diperlukan bukanlah mudah untuk ditelan. Bayangkan selama ini bersama, tiba-tiba teman yang setia disisi pergi buat selamanya. Namun hidup perlu diteruskan biar apa pun terjadi.

Baru-baru ini tular berita dan netizen mula menghidu hubungan cinta Shuib bersama seorang wanita. Menurut Shuib, dia menerima wanita tersebut setelah ibu dan anaknya terlebih dahulu menerima wanita tersebut.

Artikel Berkaitan

Mohon Maaf & Mahu Semua Pihak Move On! PU Amin Teruskan Usaha Dakwah Jalanan, Ambil Inspirasi Ustaz Ebit Lew

Move On Tak Bererti Melupakan

Sudah tentu bukan sesuatu yang mudah, namun siapa kita untuk menghalang, lagipun tiada hukum yang mengatakan berkahwin lain selepas kematian isteri adalah dosa. Ikuti perkongsian video, Iddin Ramli dan hadam baik-baik penjelasannya.

Netizen dakwa Shuib cepat “move on”. Awal betul ye dapat pengganti. Move on ini bukan bererti melupakan.

Move on ini adalah bila mana kita sudah mula menerima dan kita faham, bahawa setiap ketetapan yang berjalan itu adalah yang terbaik kepada kita yang disusun dan diaturkan oleh Allah.

Shuib Perlukan “Mak’ Buat 4 Anaknya

Kita nak suruh orang sedih sampai bila? Ujian yang datang hari ini tidak akan menhentikan hari esok untuk tiba. Esok tetap ada untuk kita jalani dan teruskan kehidupan macam biasa. Sampai bila nak sedih? Nak jatuh sampai bila kan?

Kalau orang sudah jumpa jodoh, kita raikan sajalah. Doa yang baik-baik. Lagipun benda itu baik kot. Halal. Jangan kita haramkan benda yang memang halal.

Orang pun ada anak 4 orang. Bukan senang nak besarkan betul tak? Kena besarkan, paling-paling kena ada seorang mak, wanita untuk membesarkan anak yang masih kecil tu. Sebaiknya doakan yang terbaik.

Benda Halal Lebih Baik Doakan

Malahan perkongsian video turut disokong warganet dan mereka bersetuju sudah tiba masanya Shuib mencari pengganti. Antaranya,

Nurul Atqhh
Bukan move on, tak pernah lupa tentang dia. Sentiasa ada dalam hati, cuma kita kena redha dengan ketentuan yang telah diaturkan oleh Allah.

Cuma kadang kala kita rasa tak boleh terima keadaan yang terjadi pada kita. Pandangan setiap orang berbeza pendapatnya, kalau baik untuk kita, kita ambil. Kalau buruk kita jadikan tauladan dan munasabahkan diri.

Siti NurZahidah 11
Yes. Move on tak bererti melupakan. Yang hidup, teruskan dengan kehidupan. Yang pergi, tetap telah tiada. Tak perlu dengar cakap-cakap orang. Kalau nak halal kan, baguslah. Payah kalau hidup asyik nak ikut kata-kata orang. Boleh depression tahu.

Haidar Al Islam
Betullah tu, lagi pun kita yang hidup ini harus teruskan kehidupan. Lagi pun lelaki bukan ada idah, tak salah pun kalau dia hendak kahwin.

Baca Di Sini

“Saya Tak Simpan Keburukan Awak Dalam Ingatan”, Azmi Saat Hargai Isteri, Tak Ada Niat Nak Kahwin Lain

Bukan Semua Tolak Poligami, Wanita Ini Akui Rasa Gembira Suami Kahwin Lain Kerana Ada Kawan Berbual

Kashoorga : Semoga Shuib dipertemukan dengan jodoh yang sesuai.

Sumber : Iddin Ramli

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!

Published by
Syazwani Mehat