Mualaf sanggup jual rumah untuk tunaikan haji. ‘Hanya itu pilihan yang saya ada untuk jadi tetamu Allah.’ Benarlah biarpun sulit pada awalnya, pasti Allah permudahkan.
Duit yang banyak tidak menjamin seseorang itu mampu menjadi tetamu Allah. Jika Allah tidak izinkan, pasti kita tidak mampu melawan kuasa Allah.
Sebaiknya jika ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci, tanam dalam hati-hati dan jangan putus berdoa pada-Nya akan dimakbulkan doa untuk menjadi salah seorang duyufurrahman bila tiba masanya nanti.
Begitu juga dengan pengalaman Tuan Haji Mohd Sufian bin Abdullah apabila dirinya buntu mencari untuk mencukupkan duit tabungannya untuk menjadi tetamu Allah enam tahun lalu.
Bagi Tuan Haji Mohd Sufian, pengalaman pertama mengerjakan haji memang terperanjat. Maklumlah dia merupakan saudara baru, mualaf yang baru saja memeluk agama Islam.
Ads
Untuk Tunaikan Haji
‘Sudah tentu rasa bimbang bila pertama kali hendak mengerjakan haji. Sebelum itu, saya pernah pergi umrah tapi haji dan umrah ini berbeza. Bila dapat surat panggilan haji, saya dan isteri duduk berbincang.
‘Saya tunaikan haji pertama pada tahun 2016, dan masalah yang kami hadapi adalah duit kami di Tabung Haji hanya ada RM 1600 seorang iaitu jumlah minimum untuk pendaftaran haji saja. Memang jujur, duit lebih memang tidak ada ketika itu.
‘Tapi kalau nak pergi pada masa itu, saya dan isteri kena bayar dalam RM 10,000 seorang. Saya fikir macam mana hendak pergi haji kalau duit tak cukup. Tak tergamak pula hendak pinjam duit dengan orang,’ terang Haji Mohd Sufian panjang lebar.
Hanya Itu Pilihan
Selepas melalui beberapa proses perbincangan dengan isteri, dirinya mengambil keputusan untuk menjual rumah yang satu-satunya milik mereka.
Ads
Itu adalah keputusan terakhir yang mereka ambil. Memang timbul juga rasa risau terutamanya isterinya. Maklumlah satu-satunya rumah atau harta yang ada, bila dijual rumah tersebut nanti, hendak tinggal di mana pula.
‘Saya pujuk dan beritahu pada dia, jangan risau. Insyallah Allah akan bantu dan urusan haji kita akan dipermudahkan. Jadi saya jual rumah dan duit itu saya gunakan untuk tunaikan haji pada tahun 2016.
‘Syukur ketika hendak jual rumah, cepat pula ada pembeli yang berminat. Memang Allah mudahkan semuanya,’ ungkapnya syukur apabila impiannya tetamu Allah bakal menjadi kenyataan.
Yang Saya Ada
Selepas menjual rumah, Tuan Haji Sufian dan keluarga tinggal di rumah sewa. Walaupun terpaksa melepaskan rumah dan hingga terpaksa menyewa rumah lain, perkara itu langsung tidak membuatkan mualaf ini berasa menyesal memeluk Islam.
Tidak dinafikan, walaupun di peringkat awal emak dah adik beradiknya menentang dia memeluk Islam. Tapi, dia tidak pernah menyerah malah ikrarnya makin kuat untuk memeluk Islam hingga ke nafas terakhirnya.
Untuk Jadi Tetamu Allah
Kongsi Tuan Haji, biarpun keluarganya menentang dahulu, kini dua daripada adik-beradik telah memeluk. Perkara yang paling teruja bila dia sendiri dapat mengislamkan dua adiknya itu.
Ads
‘Biarpun mak saya beum terbuka hati untuk mendalami Islam, tapi saya tidak pernah tinggalkan tanggungjawab saya sebagai anak. Hingga ke saat ini, saya tidak putus berdoa agar mak dikurniakan hidayah suatu hari nanti,’ tambahnya.
Ikuti perkongsian Tuan Haji Mohd Sufian bin Abdullah dalam Tetamu Haramain Episod 3 tentang pengalaman haji pertamanya dari perspektif seorang mualaf:
Kashoorga: Hebat sungguh pengorbanan Tuan Haji Sufian dan isterinya untuk bergelar tetamu Allah.
Hari ini, nilai seringgit atau dua ringgit sangat kecil. Tidak banyak boleh dibeli dengan nilai serendah itu kerana harga barangan melambung tinggi. Bukan saja barang makanan bahkan segala-galanya sudah naik tinggi.
Hendak beri duit raya pada anak-anak pada RM1 pun sudah terasa agak segan kerana nilainya agak kecil berbanding zaman dahulu.
Namun di sisi Allah taala, nilai sedikit ini diangkat ke darjat tertinggi asalkan kita ikhlas memberi dan membantu orang lain.
Contohnya perlakuan seorang anak kecil yang memasuki kedai Eco RM2.20 dan membelikan sepasang selipar untuk seorang gelandangan membuatkan dirinya viral dan menerima pujian dari warga maya.
Ya pujian kerana keikhlasan hatinya membelikan selipar bahkan dirinya langsung tidak kekok untuk menyarungkan selipar itu di kaki gelandangan tersebut tanpa rasa kekok sedikit pun.
Akhlaknya benar-benar terpuji kerana ikhlas membantu orang tiada upaya dan bukan semua ada “mata hati” yang empati pada nasib orang lain kerana ada sesetengahnya berasa jijik untuk menyentuh orang tidak dikenali apatah lagi kalau orang tua gelandangan.
Walau tidak dinyatakan lokasi kejadian ini berlaku tapi dari video dikongsikan, dapat dilihat beberapa anak kecil memasuki kedai Eco ini sebelum membawa keluar sepasang selipar untuk diberikan kepada warga emas ini.
Kali pertama selipar ini tidak muat. Dirinya dilihat menukar kali kedua dan cubaan pada ketiga barulah selipar berkenaan muat dan tiada langsung rasa segan termasuk memakaikan selipar berkenaan pada gelandangan tersebut tanpa rasa kekok sedikit pun.
Ramai berasa terharu dengan keikhlasan hatinya dan memuji didikan baik dari mak ayahnya hingga menjadikan dirinya cukup hebat di pandangan penghuni langit. Sentiasalah berbuat baik setiap masa kerana kita tak tahu amalan apa yang membawa kita ke syurga. Kredit video @Andreputra Bambang.
Ternyata Mila memberitahu dia juga telah menerima hidayah untuk menutup aurat lebih sempurna selepas membaca surah berkenaan.
Malah penyanyi kelahiran Pulau Pinang ini juga turut memohon peminat mendoakan agar dia kekal istiqamah dalam mencari keredaan dari Allah SWT.
“Insya Allah, doakan saya istigomah dengan penampilan terbaru saya.
“Dua hari lepas, habiskan 𝗝𝘂𝘇𝘂𝗸 𝟭𝟴 𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗸𝗲 𝟮𝟰 𝗶𝗮𝗶𝘁𝘂 𝘀𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗻-𝗡𝘂𝗿, Ayat 31. Baca Tafsir, rasa sehingga ke hati dan naluri, tentang 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 ﷻ beritahu 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗱𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗮𝗻𝗴𝗴𝗼𝘁𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗮𝘂𝗿𝗮𝘁.
“𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 ﷻ berfirman : Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. 𝗗𝗮𝗻 𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗶𝗻 𝗸𝘂𝗱𝘂𝗻𝗴 𝗸𝗲 𝗱𝗮𝗱𝗮𝗻𝘆𝗮, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝘂𝗯𝗮𝘁𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 ﷻ, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
“Masya Allah, rupa rupanya selama ini ustaz, ustazah pesan memang benar benar ada dalam Al-Quran, Allah dah pesan… Rasa keinsafan yang menebal didalam hati tertusuk kedalam, rasa malu dengan 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 ﷻ.
“Alhamdulillah, ramadan tahun ini Allah beri hidayah untuk saya. Moga saya dapat istiqomah menutup aurat dengan sempurna dan menjaga aurat sebaiknya.
“Saya juga mendoakan sahabat sahabat saya di Instagram, ayuh kita sama sama perbaiki diri kita, perlahan perlahan ke arah kebaikkan, tutup aurat dan perlahan perlahan sempurnakannya.
“Bak kata suami saya, kita tak tau, mungkin ini hari terakhir kita diberi nafas dimuka bumi Allah
Kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul terakhir telah mengangkat darjat wanita, memberi hak yang sewajarnya dan meletak mereka di tempat yang sesuai dengan fitrah. Malah terdapat satu surah khusus yang dikisahkan secara khusus dalam al-Quran iaitu surah al-Nisa’.
Ajaran agama Islam yang disebarkan Baginda Nabi telah mengangkat martabat wanita sama rata dengan lelaki kecuali dalam bab kepimpinan. Allah SWT dalam al-Quran menjelaskan, kedudukan wanita dalam Islam sama dengan lelaki.
Wanita diciptakan sebagai pasangan buat lelaki. Ini dinyatakan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat, ayat 13).
Namun sesetengah dari kita mungkin suka meletakkan maruah wanita itu lebih rendah dari agama meletakkannya di kedudukan tertinggi hanya untuk mencari “nama” di dunia ini.
Tindakan seorang wanita yang membuka baju dan tudungnya di sebuah kelab komedi di TTDI menerima kecaman ramai. Ramai bertanya adakah tindakannya itu menghina agama atau diri sendiri.
Ikuti perkongsian dari pendakwah Brother Firdaus Wong mengenai tindakan wanita ini.
Ada seorang sahabat telah menghantar satu klip 54 saat dengan caption “acara menghina Islam” yang dikatakan berlaku di sebuah kelab komedi di TTDI.
Seorang wanita berbaju kurung & berhijab di atas pentas berkata;
“Hello & assalamualaikum everyone. Nama saya Siti Amira Binti Abdullah. Saya berasal daripada Kuala Kangsar Perak. Im Malay & Muslim. Dan saya telah menghafal 15 juzuk Al-Quran. BUT, one second…”
Wanita itu meletakkan mic dan mula menanggalkan tudung & baju kurungnya sehingga penonton mula bersorak.
Secara jujur, jikalau benar wanita itu adalah Melayu & Muslim serta telah menghafal 15 juzuk Al-Quran sebagaimana didakwa dalam video, dia sebenarnya menghina dirinya dan bukannya menghina Islam.
Setelah Islam memuliakan dirinya dengan berpakaian sopan dan menutup aurat, dia menghina dirinya dengan menanggalkan di khalayak ramai.
Jikalau benar dia ‘claim’ telah menghafal 15 juzuk Al-Quran dan melakukan perbuatan seperti itu, dia menghina dirinya kerana Allah memuliakan orang yang menghafal Al-Quran, memahami & mengamalkannya tetapi mungkin dia hanya hafal tanpa pemahaman dan pengamalan.
Islam telah datang memuliakan kita, Barangsiapa mencari kemuliaan di luar Islam, maka kita akan dihina sekali lagi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...