
Betapa pentingnya solat fardu yang hanya diwajibkan lima kali dalam sehari. Tapi alangkah mengecewakan kerana kita generasi pada hari ini memandang remeh dan begitu mudah mengabaikan kewajipan ini tanpa rasa takut dan gerun dengan azab Allah yang sedang menunggu di akhirat.
Aku nak tulis pendek je. Tapi peristiwa yang baru berlaku ni buat aku insof. Sungguh!
Tadi aku pi Petronas, nak solat. Lewat sikit aku sembahyang asar hari ni, astaghfirullahalazim.
Dalam surau tu ada sorang pak cik tengah solat. Aku pun jadikan dia imam. Aku takbir kuat sikit. Tapi mungkin dia tak tahu kot, dia baca pelan, seolah-olah solat sendiri. Aku follow jelah dia.
Oleh sebab dia solat depan aku, habis je dia bagi salam, aku tengok dia solat lagi.
Habis je aku solat, aku tengok dia masih solat lagi. Ah, dah berapa rakaat dah dia ni sembahyang.
Sementara tunggu waktu maghrib, aku rilek main henset. Aku tengok pak cik tadi masih solat tak habis-habis lagi.
Bila masuk waktu maghrib, dia senyum kat aku. Aku pun balas senyuman. Muka dia putih bersih. Mungkin dia perasan aku tengok dia solat, dia tiba-tiba cakap kat aku ‘jangan jadi macam pak cik dik, masa pak cik muda-muda dulu pak cik selalu tinggal solat. Sekarang ni pak cik cuba ganti solat mana yang pak cik teringat. Harap-harap Allah ampunkan dosa pak cik. Dah tua-tua ni risau betul tiba-tiba Allah tarik nyawa pak cik.. Risau pak cik kalau-kalau Allah letak pak cik dalam neraka sebab dosa pak cik..’

Allahu. Rasa nak menitis air mata aku. Aku suruh dia doakan aku sama.
Allah ni kalau dia nak bagi hati kita tersentuh, cukup Dia hantar seorang pak cik entah dari mana, agar aku ingat pada Dia. Harap kau dapat Husnul Khotimah pak cik, Amin..
Yang menumpang kebaikan orang lain: Muhammad Yusof
Sumber Kredit FB: Muhammad Yusof
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Masalah Kelenjar Tiroid Ketika Hamil, Apakah Bahaya Kepada Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan

Tiroid ialah kelenjar di bahagian depan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir semua bahagian badan dan mendatangkan bahaya kepada kesihatan apatahlagi kepada wanita hamil.
Penyakit tiroid lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki dan ia juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Apabila penyakit tiroid dihidapi ketika hamil, bolehkah ia menjejaskan kehamilan.
Sebenarnya masalah kelenjar tiroid yang tidak dirawat dengan baik sudah pasti akan menjejaskan proses kehamilan dan mungkin akan mendatangkan kemudaratan pada bayi dalam rahim.
Oleh itu sangat penting bagi wanita yang merancang untuk hamil agar melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.
Ini kerana beberapa faktor berikut:
1. Rawatan semasa hamil lebih sukar berbandingkan rawatan sebelum hamil.
2. Masalah kelenjar tiroid ini (sama ada kekurangan hormon atau berlebihan hormon) akan menjejaskan kehamilan. Ini bermakna kesihatan ibu dan kesihatan bayi akan terganggu. Malah mereka mungkin mengalami masalah yang serius sehingga menyebabkan kematian.
Kelenjar tiroid adalah kelenjar yang berada pada leher kita yang berfungsi mengeluarkan hormon yang bertanggungjawab mengawal metabolisme kita dan beberapa organ dalam tubuh kita.
Masalah tiroid berlaku apabila daya tahan kita melakukan kesilapan menyerang sel-sel dalam kelenjar tiroid. Dan banyak lagi punca yang menyebabkan kelenjar thyroid tidak berfungsi dengan baik.
Akhirnya kelenjar akan mengeluarkan hormon tiroid berlebihan (hyperthyroidism) atau tidak mengeluarkan hormon tiroid yang mencukupi (hypothyroidism).
Sesetengah wanita mengalami masalah ini sebelum mereka hamil. Ada yang mendapatkan rawatan dan ada yang tidak mendapatkan rawatan. Tetapi mereka sedar bahawa mereka mengalami masalah tiroid.
Yang malang ialah ada sebahagian wanita yang tidak menyedari bahawa mereka mengalami masalah ini. Keadaan ini dinamakan ‘subclinical hyper/hypo thyroidism”

Mereka mengalami masalah ini tetapi tiada tanda yang menunjukkan masalah ini, kecuali pemeriksaan darah menunjukkan sama ada kekurangan atau berlebihan hormon dalam darah. Tubuh mereka bekerja keras untuk mengatasi masalah ini agar tubuh kekal sihat.
Kehamilan adalah proses semula jadi pada wanita tetapi ia menyebabkan tekanan emosi dan fizikal. Apabila mereka hamil, tubuh tidak mampu lagi bertahan, maka timbullah tanda-tanda masalah kelenjar tiroid. Ramai wanita yang mengalami masalah ini ketika sejak kehamilan pertama.
Jika seorang wanita hamil mengalami masalah hypothyroidism, bayi juga akan berisiko mendapat kecacatan otak atau sekurang-kuranganya mempunyai tahap IQ yang rendah. Ini kerana hormon tiroid sangat penting bagi perkembangan otak dan saraf sejak dari dalam alam rahim lagi.
Jika penghidap tiroid mengalami masalah hyperthyroidism, mereka lebih mudah untuk mendapat masalah seperti tekanan darah tinggi ketika hamil dan preeclampsia. Kebanyakan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor adalah selamat. Namun pemeriksaan berjadual dengan pihak doktor amat penting untuk tujuan rawatan yang sepatutnya.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Selain Khabar Duka Pemergian Penyanyi Maya Matahari, Datuk Chef Wan Juga Maklum Kehilangan Bekas Isterinya

Sedang negara berduka mendengar berita kematian dua orang akibat virus COVID-19, dunia seni tanah air juga terkejut dengan pemergian rakan selebriti penyanyi Maya Matahari.
Penyanyi yang juga peserta Gegar Vaganza musim kelima meninggal dunia jam empat petang tadi di Hospital Sg Buloh akibat kanser.
Maya atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee difahamkan menghidap kanser tisu sejak tahun lalu.
Walau bagaimanapun Maya yang berusia 44 tahun tidak mahu berita penderitaannya dihebahkan kepada peminat, media dan masyarakat.
Bercakap kepada Astro Awani, rakan baik Maya, penyanyi Ieda Moin berkata dia berkesempatan menziarahi sahabat baiknya dua minggu lalu di kediamannya.
Dalam pertemuan itu dikatakan Maya berbual rancak sekalipun menanggung sakit. Maya juga dikatakan pernah menjaqlani rawatan di China beberapa bulan lalu.
Sementara itu, selain berita kehilangan Maya, Chef Selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau dikenali dengan nama Chef Wan juga turut memaklumlah bekas isterinya, Wan Norhayate Ayub turut meninggal dunia di Hospital Ampang akibat komplikasi buah pinggang dan jantung hari ini.
Berita sedih itu turut dikongsi oleh Chef Wan di Instagramnya
“Dengan rasa dukacita, saya memaklumkan bekas isteri baru meninggal dunia di Hospital Ampang.

Sementara itu, anak Chef Wan, Serina turut memuat naik entri surah al-Fatihah di laman Instagram.
“Mohon keluarga dan sahabat semua sedekahkan al-Fatihah dan Yasin kepada arwah ibu,” katanya.
Bulan lalu, Serina pernah berkongsi keadaan kesihatan arwah ibunya di laman sosial.
SUMBER: ASTRO AWANI & BERITA HARIAN
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Kahwin Bukan Untuk Sedap-sedap Je Tapi Boleh Jadi Asbab Kita Masuk Syurga

Pembentukan institusi keluarga Islam bertitik tolak daripada perkahwinan. Perkahwinan merupakan ikatan antara lelaki dan wanita melalui akad nikah dan ijab kabul. Namun ada ketikanya hati mula berubah lantaran gagal melawan nafsu yang datang mengejar.
Perkongsian Muhammad Hassan ini pasti mampu membuka mata betap pentingnya kesetiaan seorang suami dalam sesebuah rumah tangga.
Perkara pertama saya lakukan apabila baca kisah keretakan rumah tangga, suami curang. Saya istiqhfar banyak-banyak, saya peluk isteri dan anak tanda syukur punyai isteri yang baik.
Saya pesan kepada isteri.
“Awak tolong doa untuk saya ya. Agar tidak termakan godaan syaitan untuk hampiri maksiat. Tolong doakan saya ya”
Sepanjang hari saya fikir tentang ini. Saya takut baca kisah begini. Takut sangat untuk herdik, perli, maki, hina orang lain, takut sangat terjadi kepada diri sendiri. Setiap lelaki akan diduga dengan wanita-wanita cantik.
JANGAN TEWAS BISIKAN SYAITAN
Saya harap para suami yang pernah curangi isteri agar lebih menghargai si dia. Bagi tumpuan sepenuh hati kepada isteri dan anak. Tidak lekang di bibir memohon maaf, tunaikan HAK ISTERI, tulis setiap hari kebaikan isteri, ingat sentiasa keburukan kita. Buka buku baru. Hidupkan TA’LIM di rumah, luangkan masa di masjid. Kita semua ada kesilapan dan kesilapan itu bukan sahaja berhajat kepada kemaafan bahkan perlu taubat nasuha.
Suami mana tidak sayangkan isteri. Namun tewas dengan godaan syaitan, lemah diulik nafsu, tergoda dengan lunakan suara, rebah dek kerana kecantikannya. Pujuklah hati,ini semua dugaan dan ujian untuk kita. Fikir apa kesan jika curangi isteri.
Nabi s.a.w teladan yang terbaik dalam melayani isteri-isteri baginda. Tenang,bahagia saat isteri bersama baginda Muhammad s.a.w, bahkan Nabi Muhammad s.a.w melarang kita untuk memukul wajah,mengherdik isteri. Lihatlah cinta Nabi Muhammad s.a.w terhadap khadijah r.ha. Setelah 3 tahun wafatnya khadijah r.ha barulah Baginda berkahwin dengan Saudah rha dan seterusnya Aisyah R.ha dan lain-lain.
KENANG PENGORBANAN ISTERI
Saya selalu pesan kepada anak-anak muda. Jika sayang awek, jaga si dia betul-betul, niat untuk kahwini dia. Belajar dan kerja sungguh-sungguh. Jangan lupa mantapkan ilmu agama. Ambil tahu basic ilmu KELAHIRAN, PENYUSAAN dan ilmu bagaimana untuk jaga emosi isteri ketika berpantang.(POSTPARTUM).
Kenang balik jerit perih mereka kandungkan anak kita, betapa sakitnya untuk lahirkan anak. Setiap minit contraction berlaku sehingga ada yang lebih rela untuk dibedah. Bang, mereka pernah ‘mati’ untuk lahirkan anak kita, lagi sedih setelah bersalin bermacam penyakit pula dapat.
Saya pernah jumpa seorang ibu dukung anak Epidermolysis Bullosa (Penyakit kulit rapuh). Kuatnya ibu itu setiap masa lap darah anak sehingga darah menitis ke lantai. Beginilah seorang ibu,seorang isteri 100% jiwanya untuk keluarga ini.
Tiada lagi istilah ME TIME untuk mereka, tiada lagi reunion bersama rakan perempuan, sanggup berhenti kerja demi menjaga anak yang sakit. Tiada lagi masa untuk ziarah ibu bapa di kampung,bahkan kadang-kadang setahun sekali dapat jumpa ahli keluarga yang lain. Ini semua untuk kita para suami.
BUKAN UNTUK SEDAP-SEDAP SAHAJA

Kadang-kadang merekalah doktor, misi, merekalah cikgu, merekalah ustazah, merekalah chef, merekalah security untuk anak-anak.
Sebagai suami kita adalah pemimpin untuk isteri dan anak-anak. Bagaimana kita dapat PERBAIKI mereka untuk taat Allah dan Rasul. Bagaimana agar kita pertaruhkan nyawa kita untuk MELINDUNGI mereka dan bagaimana untuk kita beri PERHATIAN kepada mereka setiap masa.
Jika kita fikirkan kecantikan semata ia akan pudar ditelan usia. Sememangnya wanita diciptakan Allah cantik dimata lelaki. Sedangkan perkahwinan bukan untuk ‘bersedapan’ sahaja, bahkan ia satu amanah yang besar dari Allah. Boleh jadi perkahwinan ini asbab kita masuk syurga, sebaliknya akan menempah bara api neraka.
Perbaiki niat kita, kahwin untuk dapat reda Allah untuk pegang tangan pasangan sama-sama masuk syurga.
“Jagalah Allah pasti Allah jaga kita”
Sumber kredit: Muhammad Hassan
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI