‘Mudahkan mereka yang bergelut mahram.’ Arab Saudi benarkan wanita tunai haji & umrah tanpa penjaga.
Pengumuman ini secara tak langsung tidak membataskan wanita untuk menunaikan haji dan umrah tanpa mahram. Syukur Alhamdulillah!
Artikel Berkaitan: Rupanya Kini Kerajaan Arab Saudi Benarkan Perempuan Tunai Umrah Tanpa Mahram, Wanita Ini Kongsi Pengalaman
Mudahkan Mereka
Kerajaan Arab Saudi mengumumkan bahawa wanita kini dibenarkan mengerjakan ibadah haji dan umrah tanpa penjaga lelaki atau mahram.
Lapor Arab News, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah mengumumkan keputusan itu dalam sidang media di Kedutaan Arab Saudi di Kaherah, Mesir, semalam.
Yang Bergelut Mencari Mahram
Penasihat Perkhidmatan Haji dan Umrah Arab Saudi, Ahmed Saleh Halabi berkata wanita yang menunaikan umrah atau haji tanpa mahram perlu ditemani bersama wanita atau pihak lain.
Halabi berkata keputusan ini sesuai dengan fatwa penyeliaan Alazhar AlSharif di Mesir, Abbas Shoman, Mac lalu.
Terdahulu, Kementerian Haji dan Umrah Saudi mengumumkan membenarkan kaum wanita menunaikan umrah tanpa mahram pada Mac lalu.
Arab Saudi Benarkan Wanita
Bekas penasihat Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Faten Ibrahim Hussein berkata keputusan itu memudahkan wanita yang bergelut mencari mahram di tengah-tengah pelbagai kekangan.
Di samping itu, Arab Saudi juga telah melakukan pelbagai usaha lain untuk memudahkan haji dan umrah secara keseluruhan termasuk dengan menggunakan teknologi moden.
Tunai Haji & Umrah Tanpa Penjaga
Dalam masa sama, Arab Saudi dilaporkan menyediakan platform Nusk yang boleh memudahkan orang ramai mendaftar haji sekaligus membolehkan jemaah memohon visa umrah melalui platform dalam masa yang singkat dan boleh diperolehi dalam tempoh 24 jam.
Baca Di Sini:
Kashoorga : Semoga dengan pengumuman ini, ramai lagi wanita dapat menunaikan haji tanpa batasan.
Sumber: Astro Awani
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
9 Tahun Puasa Sendirian, Kali Ini Ayana Moon Seronok Adik Baru Masuk Islam Teman Berbuka
Siapa tidak mengenali mualaf dari Korea Selatan yang sangat popular, Ayana Moon. Sudah lama dia memilih Islam sebagai agama barunya dan hingga kini masih lagi kekal istiqamah.
Tahun ini merupakan kali kesembilan dia menjalani ibadah puasa. Dan sepanjang COVID-19, Ayana berada di Korea Selatan untuk menjalani ibadah puasa.
View this post on Instagram
Mom & daughter time🤓 #Nomakeup #dirumahaja #자가격리의달인🇰🇷
A post shared by Ayana Jihye Moon (@xolovelyayana) on
Tahun ini lebih istimewa kerana gadis berusia 25 tahun ini menjalani ibadah puasa bersama adik lelakinya, Aydin Moon yang mengikut jejak langkahnya masuk Islam sekitar Mei 2019 lalu.
Tahun ini merupakan kali pertama adiknya berpuasa dan bagi Ayana kegembiraan menyambut Ramadan kali ini kerana pertama kali mereka berpuasa bersama dan dia mempunyai teman untuk berbuka.
View this post on Instagram
Selamat berbuka puasa semua😋❤️ 악세서리 싫어하는 누나랑 우리집 반지의제왕.. #brosistime
A post shared by Ayana Jihye Moon (@xolovelyayana) on
Malah adiknya juga turut belajar mengaji sepanjang di bulan puasa ini melalui jadual yang disusun olehnya. Seperti dia, adiknya juga turt bersemangat menjalani ibadah puasa buat kali pertama.
Dalam posting di laman Instaramnya, Ayana yang kini berhijrah ke Indonesia turut mengucapkan Ramadan al-Mubarak kepada followernya yang kini berjumlah 2.6 juta dengan muat naik foto dia dan adiknya menunggu waktu berbuka di Seoul, Korea Selatan.
ARTIKEL BERKAITAN: Ayana Jihye Moon Gembira, Tahun Lepas Adik Perempuan Peluk Islam, Tahun Ini Adik Lelakinya Pula
xolovelyayana My 9th Ramadhan and the first Ramadhan together with my younger brother. Alhamdulillah for everything. Ramadhan Kareem, selamat sahur semua. #AyanaAydin #Quranstudy #Day1 #Ramadhan1441H
Posting di muat naik turut mendapat respon baik dari warganet. Masing-masing turut mengucapkan salam ramadan kepada Ayana dan adiknya yang baru bergelar mualaf.
angah_lawaking Salam ramadan @xolovelyayana semoga ramadan kali ni lebih baik utk kamu ya.. amin stay safe ya
zulkrnain01 Selamat mnyambut bulan ramadhan!
herijakz Happy fasting, may allah always guide you all… amin ya rabbii
nadrahm Salam Ramadhan. Happy for you & your brother that both can puasa together. Alhamdulillah.
sheila_lee1a alhamdulillah! congratz aydin for his first ramadhan! both of u did well makan kenyang
mursalinirafa Alhamdulillah skrng ayana ada temennya sahur dan berbuka semoga lancar ibadahnya aamiin
KREDIT FOTO: AYANA MOON
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Sempat Raikan Birthday Kali Terakhir, Esoknya Allah Jemput Pulang
Hidup mati sudah ditentukan sejak di luh mahfuz. Ia takdir yang tidak dapat dielak oleh setiap makhluk bernyawa. Dalam pada itu, ujian pemergian orang tersayang adalah ujian yang amat perit untuk dilalui pada peringkat awal. Namun ia mengambil masa untuk pulih menerima takdirnya.
Satu perkongsian dari isteri yang baru kehilangan suami sehari selepas menyambut ulangtahun kelahiran suami pada 31 Mei lalu cukup syahdu kerana dengan sifat baik arwah, semua urusan ketika pengkebumiannya terurus dengan baik. Bahkan kebaikan arwah semasa hayat membuatkan ramai yang sayang dan bercerita kebaikan dilakukan arwah terhadap mereka. Tidak cukup itu, arwah juga sangat mementingkan keluarga semasa hayat.
Berikut perkongsian dari Nurul Husna yang berkongsi kebaikan dilakukan suaminya sepanjang usia perkahwinan mereka.
Our last family portrait bersama arwah.
29 Mei 2022, 28 Syawal 1443H (Ahad)
Kami sambut 2 hari awal birthday arwah disebabkan ada kekangan masa. Masa ni, arwah tak tunjuk langsung tanda yang pelik.
Dia tetap sama macam selalu. Happy go lucky, makan lalu, tak merungut sakit, tak dak perkataan atau ayat yang luar biasa pon yang akan membuatkan kita rasa ada sesuatu yang tak kena.
31 Mei 2022, 30 Syawal 1443H (Selasa)
‘Happy Birthday Papa’.
Kebetulan arwah perlu selesaikan urusan kerja di Johor. Aku bila ada hari-hari penting macam ni yang memerlukan perjalanan yang jauh, aku mula tak sedap hati. Tapi memikirkan demi sesuap nasi kami anak beranak, aku izinkan.
Arwah sampai dari Johor dalam pukul 10.00 malam. Dia pegi lepak makan dulu dan balik rumah dalam pukul 11.15 malam. Aku dan anak-anak dah standby kek belakang pintu, nak surprise kononnnya.
Zieya ada ada tanya,
“Mama, kenape kite nak potong kek papa lagi, kan kita dah potong kek hari tu? “
Lancar ja mulut aku menjawab,
“Antara mama dengan papa, kita tak tau sapa yang akan meninggal dulu. Selagi ada masa, kita ambik peluang untuk raikan hari-hari istimewa macam ni”. Dan malam tu berlalu dengan penuh gelak ketawa kami anak beranak.
1 Jun 2022, 1 Zulkaedah 1443H (Rabu)
Arwah uruskan anak² yang bersekolah macam biasa. Aku pulak pegi pejabat, last jumpa arwah pagi tu ja, aku salam dan bergegas sebab dah lambat.
Pukul 1.41.petang, aku masih berwhatsapp dengan arwah. Pukul 3.30 petang aku whatsapp tapi tak da respond. Masa ni langsung tak rasa apa sebab aku andaikan arwah mungkin sibuk uruskan anak kecil kami, Hafiya.
Pukul 5.20 petang, aku sampai rumah. Dari luar dengar suara Hafiya nangis, bukak pintu tapi berkunci. Dah rasa pelik kenapa pintu berkunci. Selalu petang macam ni pintu tak kan berkunci sebab arwah dah keluar ambik anak² balik kafa.
Buka ja pintu rumah, ada sesusuk tubuh yang sangat aku kenali dah terbaring kaku, di hujungnya ada anak kecil yang menangis, entah untuk berapa lama aku tak pasti.
Allahuakbar.
Aku berlari dapatkan arwah. Aku pegang tangan, aku pegang leher, aku bukak mata arwah. Sejuk, tiada respond dan tanpa sebarang nadi. Hati aku kuat mengatakan yang arwah dah tak ada.
REDHA.
Pelan-pelan aku capai anak kecil, aku call 999. Pihak berkenaan nak guide cara cpr tapi aku menolak, sebab hati aku kuat mengatakan arwah dah tak ada masa tu. Dengan anak yang tengah menangis mana mungkin aku ada kekuatan untuk buat cpr. Cuma aku mintak ambulance datang dengan segera.
Aku call anak buah arwah, family dan beberapa kenalan untuk datang rumah. Aku whatsapp dan call family untuk maklumkan keadaan arwah.
Pihak ambulance sampai, depa mintak izin untuk buat cpr. Aku jugak mintak izin untuk uruskan Hafiya dan solat asar. Selesai solat, selesai jugak cpr, pihak paramedik maklumkan yang arwah dah tak ada.
Innalillahiwainnailaihirajiun.
REDHA, aku redha dengan ujianMu ya Allah.
Aku tanyakan apa langkah seterusnya sebab aku tak dak pengalaman uruskan kes macam nie. Jiran² sebelah mula datang menjenguk, dan mula membantu mana yang patut.
Dari urusan dengan pihak polis, surau, perbadanan Putrajaya, semua selesai dengan mudahnya, alhamdulillah Ya Allah. Jiran-jiran tolong, komuniti Presint 11 tolong, family dan kawan² jugak tidak terkecuali.
Bermula maghrib, ramai kenalan arwah, kenalan aku sendiri, jiran-jiran, family, yang jauh yang dekat memenuhi ruang rumah. Sungguh aku tak sangka terlalu ramai yang sayangkan arwah.
Bagi yang bertanyakan apa sakit arwah, cukup aku simpulkan arwah meninggal disebabkan jantung.
Dan malam berlalu dengan terlalu perlahan bagi aku. Mungkin untuk aku habiskan masa² akhir aku bersama arwah dengan sebaiknya.
Sambil membaca yassin, baca al-quran, aku usap perlahan muka arwah, tangan arwah, badan arwah. Ya, ini kali terakhir aku berpeluang untuk berkhidmat untuk insan yang paling aku sayang.
Tenangnya arwah, bersih mukanya. Lagi buatkan aku redha. Aku tau, arwah orang yang sangat baik. Dia dah jalankan tanggungjawab sebagai hamba, sebagai suami, sebagai papa, sebagai kawan, sebagai jiran, sebagai anak, abang ipar dan adik dengan sebaiknya.
2 Jun 2022, 2 Zulkaedah 1443H (Khamis).
Arwah dibawa ke Surau Al-Furqan, Presint 11 untuk dimandikan, dikapankan dan solat.
Masha Allah bang, ramainya orang. Ramai yang sayangkan abang. Abang baik, semua orang cakap benda yang sama. Abang suka belanja makan dalam diam, abang mudahkan urusan orang, abang baik dengan semua. Subhanallah.
Urusan disurau selesai dengan mudahnya. Pihak surau dan team pengurusan jenazah sangat membantu. Alhamdulillah.
Perjalananan diteruskan ke Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, Putrajaya.
Sekali lagi, ramainya orang sayangkan abang. Masha Allah. Urusan pengkebumian berjalan dengan lancar, pihak perbadanan sangat menyantuni keluarga arwah dan menjalankan khidmat dengan sebaik mungkin.
Talkin dibacakan, untuk iktibar dan peringatan untuk kita yang masih hidup di dunia.
Abang, selamat jalan ke negeri abadi. Ayang redha. Abang seorang yang sangat pentingkan keluarga, family man. Nak lepak makan dengan kawan² pon abang pastikan kami anak bini abang makan dulu.
Abang sangat baik untuk ayang dan anak². Abang cuba penuhi setiap masa bersama dan keinginan kami tanpa rasa jemu.
Allah jemput abang sehari selepas abang dah gembira menyambut birthday dengan ayang dan anak². Allah bagi pinjaman tak ternilai nie selama 12 tahun untuk kita bersama.
Sayangnya Allah dekat kita kan bang. Dan yang pasti, Allah lebih sayangkan abang.
Walaupun ayang tak tau macam mana saat² akhir pengakhiran abang, ayang tak tau pukul berapa abang pergi, ayang tak tau sebab apa abang boleh rebah.
Tapi ayang pasti, abang hanya nak mudahkan urusan ayang dengan menguruskan jenazah abang. Semua tu tetap menjadi rahsia Dia, Maha Pencipta dan disaksikan anak kecil, Hafiya yang masih tak mengerti apa.
Allahuakbar.
6 Jun 2022, 6 Zulkaedah 1443H (Isnin)
Hari ni genap 6 hari hidup kami tanpa kehadiran abang disisi. Ayang tau abang ‘ada’. Anak² semua okei, main dengan sepupu² bagi hilangkan rasa rindu kat abang.
Cuma Hafiya, badan dah dedar. Rindu papa barangkali, tapi tak reti nak luah.
Abang, doakan ayang kuat nak galas tanggungjawab sebagai mama dan papa. Doakan ayang berjaya pimpin anak² hingga ke syurga. Abang tunggu kami kat sana, ya.
—————————————————————————-
Buat kenalan arwah, kawan² sekolah, kawan² politeknik, kawan² UiTM, kawan² bola, kawan² futsal, kawan² grab, kawan² proton, kawan² banker, kawan² lepak makan, kawan² rumah sewa dan semua yang mengenali, sekiranya arwah ada buat salah silap, saya bagi pihak arwah mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Dan sekiranya arwah ada berhutang, mohon sangat² maklumkan kepada saya ya.
Buat keluarga tercinta samada keluarga sendiri dan keluarga mertua, jiran², kawan² yang mengenali husna dan yang sangat husna sayang, kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan rumah sewa, kawan poli, kawan uitm, kawan KSM, kawan KDN dan terutamanya kawan² JPK, terima kasih atas sokongan dan kasih sayang semua.
Terima kasih atas keprihatinan dan kebajikan, terima kasih untuk doa² dan ucapan kekuatan. Terbukti husna tak keseorangan.
Doakan husna terus kuat, demi anak² dan perjalanan masa depan. Mohon juga doakan arwah ya.
Big hugs.
Assalamualaikum dan Al-Fatihah.
via Nurul Husna
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Sakaratulmaut Itu Sama Sakitnya Dengan Tusukan 300 Pedang! Ingin Dimudahkan Saat Hadapi, Ini Doanya
Setiap yang bernyawa pasti akan mati.
Allah berfirman:-
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
“Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya” (Ali-Imran 3: ayat 185).
Mati atau disebut saat sakaratul maut adalah detik penghujung hidup manusia menghembuskan nafas terakhirnya.
Sakaratul maut itu pedih. Dalam satu hadis disebut,
“Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang” (HR Tirmidzi)
Bahkan Nabi Muhammad SAW yang kita cintai juga merasakan hal itu menjelang wafatnya sebagaimana diceritakan dalam kitab-kitab Sirah Nabawiyah.
Sekilas gambaran kepedihan sakaratul maut diungkap dalam Al-Quran:-
“…Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan sakratul maut, sedang para Malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): “Keluarkanlah nyawamu”. Di hari ini kamu dibalas dengan siksa yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (karena) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya.” (QS Al-An’am Ayat 93)
Dalam Kitab Sirah Nabawiyah, Ibnu Hisyam menceritakan detik-detik wafatnya Nabi Muhammad SAW. Nabi yang mulia berkata kepada puterinya, Fathimah Az-Zahra, yang duduk di sisinya. Baginda berkata: “Wahai puteriku Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.”
Ketika Malaikat maut datang, Malikat Jibril pun datang lalu duduk di samping Rasulullah. Malaikat Maut meminta izin kepada Rasulullah untuk menjalankan tugasnya. Ketika ruh sampai di bahagian perut, Rasulullah SAW berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.”
Rasulullah SAW merasa kesakitan. Padahal, Malaikat Maut sudah melembutkan caranya saat mencabut roh yang mulia itu. Jibril memalingkan wajahnya kerana tidak sanggup melihat Rasulullah merasakan kesakitan saat menghadapi sakaratul maut.
Di tengah sakit tak tertahan itu, Rasulullah SAW berkata: “Ya Allah, dahsyat saat maut ini. Berikan saja semua seksa maut ini kepadaku. Jangan kepada ummatku.”
Begitulah sekilas gambaran sakitnya sakaratul maut yang dialami Nabi Muhammad SAW. Lantas, bagaimana dengan dengan sakaratul maut kita sebagai umatnya?
Dalam satu hadisnya, Rasulullah SAW memerintahkan umatnya agar insan terdekat yang menyaksikan ahli keluarga yang sedang menghadapi sakaratul maut agar membisikkan kalimat ‘Laa ilaha ilallah’ di telinga orang yang sedang nazak.
لقنوا موتاكم لااله الا الله
“Bantulah orang yang akan meninggal dunia untuk mengucapkan kalimat ‘Laa ilaha illaallah’”. (HR Muslim)
Disebabkan sakaratul maut itu sakit, Ustaz Zulkifli Muhammad Ali, Lc. sebagaiamana dikutip dari Sindonews, mengajarkan satu doa agar dimudahkan ketika sakaratul maut.
Doa ini dinukil dari beberapa riwayat hadis. Berikut lafaznya:
اَللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِىْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ
Allahumma Hawwin ‘Alaina Fii Sakarootil-Maut
“Ya Allah, mudahkanlah bagi kami di dalam menempuh sakratul maut.” (HR Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad).
Sumber : SINDONEWS
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI