Permudahkan urusan orang maka Allah akan mempermudahkan semua urusan hidup kita.
Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, ALLAH memudahkannya di dunia dan akhirat.” (Riwayat Ibnu Majah).
Menyedari ramai diuji dengan kesempitan dari segi kewangan untuk pulang berhari raya, usahawan Hafiz Mahamad mengambil inisiatif menyediakan 12 buah bas ekspress bagi membawa pulang perantau ke kampung masing-masing malam tadi.
Dikongsi dari IGnya @hafizmahamad, Hafiz memaklumkan awalnya pihaknya bercadang menyediakan tiga buah bas sahaja tapi akhirnya menyediakan 10 buah bas dan kesemuanya penuh dan dirinya menganggap, inilah rezeki mampu dikongsikannya dengan orang lain di sebalik rezeki diterimanya selama ini dalam berniaga.
Baca perkongsiannya :-
“Hafiz, 5 tahun kami tak balik raya. Nak balik pun takda duit, kereta pun takda. Terima kasih sediakan bas untuk kami semua balik kampung”
Saya faham sangat, ramai yang nak balik raya tahun ni kan? Ylaa, dh bertahun kita PKP. Tapi.. saya tahu, tak semua sahabat kita mampu balik.
Alhamdulilah selesai semuanya semalam. Penuh 10 bas semalam untuk mereka semua balik kampung. Mula mula saya nak sponsor 3 bas, tapi ramai yang memerlukan & kita upgrade ke 12 bas untuk standby
Seronok melihat & berborak dengan sahabat-sahabat saya semalam,
Ada yang pimpin suami yanag sakit buah pinggang, ada yang anaknya autism & ada juga customer Ainaa. Saya takut sangat semalam, ada juga tiba-tiba adik adik student IPTA, mereka datang walkin semalam untuk naik bas kita. Mereka cuba nasib, sebab banyak ticket bas dekat luar dah habis. Alhamdulilah rezeki mereka, kita standby bas lebih.
Saya minta maaf kalau ada kurang, ini je yang saya mampu & usaha untuk buat.
Puas & rasa tenang sangat. Saya share semua ni bukan untuk riak/ tunjuk baik. Tapi saya share untuk awak tahu “disini lah saya alirkan hasil perniagaan @ainaabeautyofficial yaneg awak support”. Saya terhutang budi dari doa & support awak bagi selama ni, dengan izin Allah saya tak nak & takkan lupa diri.
Sahabat saya yang naik bas semalam, sampaikan salam saya untuk mak ayah awak tau.
Saya niatkan semua ni untuk awak semua juga
Terima Kasih untuk semua staff Ainaa & semua team @kiffahtravelofficial bantu uruskan bantuan ni. Terima kasih juga untuk awak yang lihat & membaca ini
Happy tak ? Hehe
“Kejayaan Demi Kebahagiaan”