
Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia sememangnya agak menggerunkan. Begitu ramai orang kehilangan ahli keluarga akibat wabak ini termasuk perginya ulama-ulama disegani akibat dijangkiti wabak ini.
Hari ini negara menerima berita sedih apabila dimaklumkan, Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, 82, disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat jangkitan COVID-19.
Berita pemergian ulama disegani ini disahkan oleh Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim yang mengesahkan perkara itu memaklumkan Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 2.45 petang pada Ahad.
Menurutnya, seluruh warga kerja Jabatan Mufti Negeri Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Harussani.
Allahyarham yang disahkan positif Covid-19 pada 11 Mei lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB berikutan memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas.
Harussani dilantik sebagai Mufti Perak bermula tahun 1985 sehingga kini dan memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri mahupun Pusat.
Antara jawatan disandang termasuk Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Teks al-Quran, Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri Perak. Sumber : Sinar Harian

Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Lebih Baik Pilih Pasangan Yang Cantik Walaupun Perangai Nauzubillah. ‘Sikap Boleh Diubah, Rupa Tak Boleh.’

Isi Kandungan
ToggleLebih baik pilih pasangan yang cantik walaupun perangai nauzubillah. ‘Sikap boleh diubah, rupa tak boleh.’ Sakitlah kalau ramai yang beranggapan sebegini.
Biarpun rupa itu penting, namun perkahwinan bukanlah sekadar bersandar pada rupa paras. Rupa paras yang cantik lama-lama akan berkedut juga.
Tetapi begitulah realitinya apabila sesetengah lelaki meletakkan rupa paras yang cantik sebagai kriteria utama dalam memilih pasangan hidup.
Ikuti perkongsian Peguam Syarie, Puan Suzana Ghazali yang menjelaskan bahawa cantik atau handsome pasangan kita bukanlah penentu kebahagiaan dalam rumah tangga.
Artikel Berkaitan:
Pilih Pasangan Hidup, Selain Beragama, Si Dia Penyokong Kuat Cita-Cita Dan Impian Kita
Lebih Baik Pilih Pasangan
SETIA LELAKI vs SETIA WANITA:
“Saya ni tak cantik macam wanita-waita yang dia puja tu…”
Ini adalah luahan seorang isteri menerusi temujanji menerusi telefon terakhir minggu lalu. Ternyata dia sudah penat layan kerenah suaminya yang tak boleh hendak layan dia dengan baik.
Tetapi boleh pula layan wanita-wanita lain termasuk isteri orang dengan terbaik. Wanita cantik… memang idaman ramai lelaki.
Masih ingat kes yang pernah saya kongsikan tentang isteri cantik, diberikan layanan terbaik oleh si suami tetapi akhirnya failkan cerai fasakh bila suami enggan ceraikan walau isteri sudah hampir setahun keluar dari rumah kerana punyai cinta baru.
Yang Cantik Walaupun Perangai Nauzubillah
Kes lain dengan fakta serupa – isteri cantik, dilayan si suami bagaikan permaisuri, suami yang urus rumah tangga dan anak-anak. Malah, bersabar melayan kerenah isteri walau isteri berkasar dan mencederakan suami.
Dalam masa yang sama, isteri pernah sabotaj perniagaan suami. Terkini, suami kantoikan isteri punyai hubungan terlarang, telah buat aduan ke Jabatan Agama Islam tapi tarik balik sehari selepasnya. Alasan diberi – tak sampai hati. Tanda cinta masih beraja di hati, biar sikap isteri tidak terpuji.
Ada wajarnya empat kriteria pasangan pilihan bermula dengan rupa, sebab rupa menjadi tatapan mula si mata terus menerjah hati. Isteri melawan, ada isteri jatuhkan harga diri suami, isteri jadikan suami bak pembantu rumah dan pembantu taska.
Sikap Boleh Diubah
Tidak kurang juga, isteri buat macam-macam hal yang biasanya dalam kes-kes serupa, si isteri sudah ditangankan si suami atau ditinggalkan. Tapi suami si isteri yang cantik jelita ini kekal reda, setia merayu dan memujuk dan berlapang dada kerana ‘dia tetap tercinta.’
Allahuakbar! Sungguhlah lelaki paling lemah dengan wanita apatah lagi wanita yang jelita dan agak malang bila kriteria utama ‘beragama’ dianggap biasa-biasa sahaja.
Teringat satu pengakuan, pilih yang cantik lebih baik walau sikap kurang baik sebab rupa tak boleh ubah, perangai boleh diubah. Persoalannya, siapa yang ubah siapa?
Rupa Tak Boleh
Ujian cinta bagi lelaki – bila beristeri cantik bagaikan bidadari, sukar uruskan ego sendiri lantaran taat dan setia kepada isteri. Ujian cinta bagi wanita – rela dipinggirkan hak sendiri kerana terlalu kasihkan suami biar suami kurang rupa dan kurang harta asalkan suami setia.
Walau bukan semuanya sama tapi ramai yang serupa, setia hingga sanggup butakan mata!
Sedang cinta dalam hubungan suami isteri bukan semata-mata satu perasaan untuk hidup bersama tetapi untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah ditetapkan-Nya dan amanah paling nyata.

Pastikan diri sendiri dan pasangan serta ‘hasil’ hubungan kekal dalam reda-Nya.
Jom sama-sama koreksi diri…
Baca Di Sini:
Untung Mereka Yang Sudah Berkahwin, Ini Kelebihannya Bila Anda Sudah Ada Pasangan Hidup
Kashoorga: Masing-masing punya pilihan, namun rasanya biarlah rupa kurang tapi perangai tidak menyakitkan hati.
Sumber: Peguam Syarie, Puan Suzana Ghazali
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Dahi Adalah 7 Anggota Sujud.’ Boleh Terbatal Solat, Bila Dahi Terlapik Kain Telekung Sendiri

Isi Kandungan
Toggle‘Dahi adalah 7 anggota sujud.’ Boleh terbatal solat bila dahi terlapik kain telekung sendiri. Wanita terutamanya ambil berat bab ini kerana disebabkan dahi terlapik telekung, solat kita terbatal.
Bayangkan jika perkara ini telah kita lalui bertahun-tahun lamanya dan disebabkan kita kurang pengetahuan agama, rupa-rupanya solat kita tak sah.
Artikel Berkaitan: Solat Tanpa Telekung, Adakah Sah Solat Seorang Wanita
Dahi Adalah 7 Anggota Sujud
Ikuti perkongsian Ustaz Farid Rashidi ini dan hadam baik-baik perkongsiannya.
Boleh terbatal solat jika dahi terlapik dengan kain telekung sendiri saat bersujud. Sebab dahi ni adalah 7 anggota sujud yang wajib diletak pada lantai bagi menyempurnakan solat kita. Hati-hati ya.
Tujuh anggota sujud ini adalah dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua tapak jari kaki.
Boleh Terbatal Solat
Di ruangan komen, terdapat beberapa kemusykilan lain yang kita dapat kongsikan bersama berkaitan isu ini.
Adakah terbatal solat seseorang jika tapak tangan terlapik dengan telekung?
Jelas Ustaz Farid Rashidi, anggota sujud yang tak boleh berlapik adalah dahi. Yang lain tak ada masalah. Kaki perempuan memang wajib tutup aurat.
Bila Dahi Terlapik Kain Telekung Sendiri
Manakala pertanyaan seterusnya, Adakah sebaiknya seseorang itu kena solat atas tanah atau lantai yang bersih oleh kerana sejadah juga sejenis kain yang melapik 7 anggota sujud.
Jawapannya, sejadah bukan pakaian yang dipakai. Jadi tak ada masalah sujud atas sejadah. Dari 7 anggota itu dahi yang wajib sujud tanpa berlapik dengan pakaian yang bersambung dengan badan sebagaimana telekung.
Baca Di Sini:
Mualaf Ditegur Solat Tak Pakai Telekung Kononnya Solat Tak Sah
Ragu-ragu Sah Atau Tidak Solat Bila Pakai Telekung Berfesyen
Telekung Ada Macam-macam Fesyen Sekarang, Persoalannya Bagaimanakah Status Solat, SAH Atau TIDAK

Kain Serban Bagi Lelaki
Manakala bagi lelaki yang bentang ridak atau sejadah kecil di tempat sujud itu tidak mendatangkan sebarang masalah. Ini kerana serban atau kain rida’ yang dipakai berpisah daripada badan seseorang boleh untuk sujud di atasnya dan tak batalkan solat.
Namun begitu, jika tali serban atau kain rida’ itu bersambung dengan badan dan bergerak dengan pergerakan orang yang solat. Maka tidak boleh untuk sujud di atasnya dan solatnya adalah terbatal.
Pemakaian Pelitup Muka
Bagaimana pula dengan pemakaian mask ketika solat, sebenarnya memakai pelitup muka dibenarkan kerana tak menghalang dahi ketika bersujud.
Kashoorga: Bba solat ini adalah perkara utama yang perlu kita ambil berat kerana dia adalah tiang agama.
Sumber : Ustaz Farid Rashidi
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Haram Atau Tak Suami Panggil Isteri Dengan Nama Ummi, Ibu Atau Mama. Ini Penjelasan PU Azman Wajib Ambil Tahu!

Sebaik berkahwin, pastinya kita mahu memanggil pasangan kita dengan panggilan yang sedap, manja dan senang disebut. Ini akan menambahkah lagi kemesraan hubungan suami isteri.
Panggilan atau memanggil kepada orang tersayang dalam Islam dengan penuh kehormatan, kasih sayang dan kelembutan memang digalakkan.
Malah membiasakan diri memanggil pasangan dengan panggilan sayang (Humairaa) merupakan hal yang lumrah dan dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Ini kerana baginda jika memanggil isterinya selalu dengan memakai panggilan ‘Ya Humairaa’ yang ertinya ‘Sayangku’.
Selain memberikan rasa senang pada pasangan, memanggil pasangan dengan panggilan sayang tentu akan membuatkan perasaan cinta dan kasih sayang semakin melekat dan utuh.

Dan selalunya kita biasa mendengar atau menggunakan panggilan sayang terhadap pasangan kita. Bermacam-macam panggilan sayang yang kita berikan seperti ‘Honey’, ‘Hubby’, ‘Sayang’, ‘Cinta’, dan berbagai panggilan yang lainnya.
Panggilan sayang itu untuk menunjukkan rasa sayang dari tiap pasangan. Sering juga digunakan panggilang sayang yang islami oleh pasangan suami isteri, seperti’Abi’ dan ‘Ummi’. Apakah panggilan ini dibolehkan atau diharamkan dalam islam.
Dalam bab ini, PU Azman pernah ditanya soalan berhubung hukum suami memanggil isteri dengan panggilan yang biasa dipanggil dengan mahram seperti ummi, ibu. Adakah ianya jatuh hukum zihar?.
Ini penjelasan PU Azman yang boleh dijadikan rujukan.
Menurutnya, Zihar ialah menyamakan mana-mana bahagian tubuh isteri dengan mana-mana bahagian tubuh wanita yang haram dikahwini oleh suami selama-lamanya seperti ibu kandung suami.
“Zihar ialah menyamakan punggung atau mana-mana bahagian tubuh isteri dengan punggung atau mana-mana bahagian tubuh wanita yang haram dikahwini oleh suami selama-lamanya seperti ibu kandung suami. Contoh suami cakap kat isteri, ‘punggung awak sama macam punggung mak saya’.
“Maka penyamaan ini dari sudut suami anggap haram isteri itu disetubuhi sebagaimana haram dia bersetubuh dengan ibu kandungnya. Zihar pada zaman jahiliyyah dianggap sebagai bentuk talak. Hukumnya haram dan berdosa besar.
“Tapi, hari ini kalau ada suami panggil isterinya mama, ibu, ummi atau yang sewaktu dengannya, adakah panggilan ini sama dengan hukum zihar?.
“Maka kena bandingkan hakikat zihar yang ada dalam syariat dengan budaya panggilan ini. Sebahagian ulama mengatakan makruh kerana bimbang sama macam zihar.

“Tapi sebahagian ulama lain mengatakan harus dan tak ada masalah sebab panggilan suami itu tak bermaksud menziharkan isteri kerana niat para suami ialah, panggilan kasih sayang.
Panggilan untuk mendidik anak-anak supaya panggil macam itu dekat mak mereka.
Panggilan yang bermaksudkan isteri itu adalah ibu kepada anak-anak suami, bukan ibu kepada suami,” tulisnya.
Kesimpulannya, suami boleh panggil isteri dengan panggilan di atas dengan syarat dan niat di atas dan tidak jatuh hukum zihar.
Malah, isteri juga boleh memanggil suami dengan panggilan ayah atau abi.
“Cik Man tak bahaskan tentang isteri panggil suami, sebab isteri tak pegang kuasa talak,” tulisnya di laman Instagram.
Kredit: Instagram PU Azman
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI