Kata orang kalau sudah jodoh tidak ke mana. Siapa sangka perkenalan yang terjadi disebabkan hanya ingin disebabkan ingin menambah ilmu menjadikan satu titik permulaan kepada sebuah hubungan yang serius dan halal.
Kisah perkenalan Ustazah Asma Harun dan suaminya yang disifatkan sebagai posting bersemut di laman sosial Facebooknya.
Menurutnya, suaminya itu yang terlebih dahulu memulakan hantaran pesanan ringkas kepadanya untuk bertanyakan sesuatu berkaitan hukum agama.
Namun begitu beliau memberikan syarat untuk berhubungan hanya atas urusan beberapa perkara sahaja.
Tetapi memang beliau dan suami sudah ditakdirkan untuk hidup bersama walaupun sebenarnya sebelum itu Ustazah Asma menyimpan hasrat mahu berkahwin dengan lelaki yang bergelar Ustaz.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang memang cukup ‘bersemut’ dan buat kita tersenyum sendiri ketika membacanya.
~ KISAH KASIH ~
“Assalamualaikum, ni Intan ke?” satu SMS masuk.
“ok, maaf saya salah no.”
Berhenti disitu sahaja. Tak ada balasan. Hingga beberapa minggu.
Satu SMS masuk, “Assalamualaikum wbt, saya akan telefon petang ni dalam jam 5 petang, harap bersedia”.
Pulang ke hostel, hati terus bermonolog, siapa yang nak telefon petang ni, lelaki ke perempuan, atas urusan apa, kenapa kali ni seolahnya terkunci untuk berkata tidak, atau bertanya seperti kebiasaan. Debaran makin kuat, cuba diredakan dengan pelbagai zikir dan doa. Lain macam sungguh.
Memang benar, tepat jam 5 petang no. tel itu naik. Seram sejuk dan suasana menjadi sepi.
“Assalamualaikum wbt”, suara lelaki. Terus tiba-tiba menyirap darah rasa nak marah.
“Waalaikumussalam, awak ni pelajar kusza kan, awak ni termasuk geng yang nak permainkan saya tu ke?, apa masalah muslimin dengan saya sebenarnya? Bla..Bla.. Dengan nada marah berdesup² keluar isi hati. Terus teringat akan segelintir yang berniat tidak baik, mereka agak marah dengan sikap garang dan tegas tak bertempat katanya.
Senyap. Mungkin dia pun terkejut tiba² kena marah bertubi².
Dan kenapa, tiba² alasan dan permintaan itu seperti masuk di akal. Sedangkan banyak perkara yang boleh diragukan.
“Ok, baiklah. Iya saya pelajar Pengajian Islam. Saya terima permintaan ini dengan beberapa syarat. Pertama, dilarang berhubung melalui telefon, semua soal jawab hanya melalui email sahaja. Kedua, dilarang bertanya atau mencari maklumat tentang saya hatta nama sekalipun, dan saya pun tidak mahu tahu apa² pun maklumat awak hatta nama sekalipun. Dan yang ketiga, Ini yang paling penting, jika urusan ini lari daripada tujuan asal untuk soal jawab, maka urusan ini akan terus terbatal. Setuju?”
Ketika itu, benar² enggan terlibat dengan sebarang perkenalan dengan lelaki, lebih² lagi bukan pengajian Islam. Biasalah, pelajar pengajian islam biasanya pasang impian sesama pengajian. Ustaz dengan ustazah.
“Ok baik, saya setuju”. Ringkas pendek dan yakin sekali jawapannya.
Sehinggalah satu ketika tiada lagi soalan. Benar² tiada. Sunyi sepi. Buat kali pertama, saya pula emailkan soalan, kenapa sudah tiada soalan?. Namun tetap tiada jawapan. Keadaan itu sangat mengujikan hati. Tidak semena air mata mengalir. Berhari² air mata mudah sekali tumpah. Kenapa dengan diriku ya Allah. Kenapa dia tidak lagi bertanya. Kenapa sangat menantikan soalan daripadanya.
Satu SMS masuk, “Assalamualaikum, maaf saya tak dapat teruskan lagi soal jawab antara kita, saya perlu berhenti, terima kasih atas jawapan² yang sangat baik selama ini. Mohon maaf salah silap”.
Digagahkan diri bertanya, dengan hati yang sangat kecewa, “boleh tahu kenapa?”
“Saya mungkin akan langgar syarat yang ketiga, kerana ia bukan lagi sekitar soal jawab agama, tapi soal jawab hati”.
Chia Chia Chia
Ada babak kurang direstui kerana beliau bukan dari background pengajian islam. Panjang cerita, pendek cerita, beliau beranikan diri seorang diri bertemu dengan arwah ayah dan emak untuk menyatakan hasratnya. Sepanjang tempoh perkenalan dan pertunangan dilarang bertemu, kecuali di rumah di hadapan ibu ayah. Itu pun hanya dua kali. Pergi ke Mesir. Pulangnya terus nikah. Panggilan sepanjang perkenalan, ustaz dan ustazah, supaya ia menjadi satu batasan.
Benar, beliau bukan seorang dalam bidang agama islam, tetapi seorang yang kuat dalam amal islamnya. Banyak mendidik, membimbing dan menegur isteri dan anak²nya. Bab pakaian sangat tegas dan teliti. Allah berikan lebih daripada yang saya impikan dalam doa, moga Allah merahmati kita semua.
Dalam jalan dakwah ini, kami harungi susah payah bersama. Walau hanya saya seorang yang tampil, namun tanpa redha, keizinan, sokongan dan pengorbanan daripada beliau dan anak², mustahil saya boleh lakukannya.
06.11.2005 ~ 06.11.2019
Hari ini genap 14 tahun usia pernikahan kami.
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم واتوب إليه
هذا من فضل ربنا
Saya juga mendoakan kebahagiaan, ketenangan, kelapangan, kemudahan buat semua sahabat di dunia dan akhirat .
Moga ada manfaat.
Asma’ binti Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat
Siti Safura Tersenyum baca kisah bersemut ni.. Masih Terbayang wajah akk saat sedih masa tu.. akhirnya.. Selamat ulangtahun kekanda Asma Harun. Semoga kekal hingga ke syurga bersama suami dan permata hati