Tidak dinafikan, ada hikmah setiap apa yang berlaku. Dalam kita menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini banyak masa hanya diluangkan di rumah saja.
Jadi inilah masa untuk mempertingkat amal ibadah salah satunya dengan membaca Al-Quran. Ramai yang berjaya menghabiskan mengaji atau khatam Quran dan salah seorang selebriti Nora Danish.
Menerusi posting terbarunya di laman sosial Instagram, Nora muat naik fotonya sedang memeluk Al-Quran. Menurutnya dia telah berjaya menghabiskan atau khatam Quran pada 9 malam terakhir Ramadan lalu.
Tambahnya lagi dia ingin sedekahkan amalan yang dibuatnya itu kepada arwah ayahnya dan berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Kata Nora lagi dia berjaya khatam Quran bersama seorang ustazah/ustaz. Menurutnya nampak mudah bagi seseorang itu khatam Quran tetapi tidak buat dirinya.
Ditambah dengan jadual yang padat dan niat untuk berbuat demikian sudah ada sejak lama dulu.
Dan hikmah MCO ini dia tergerak hati untuk mencari semula PU Hafiz yang pernah menghadiahkan digital pen padanya.
Ceritanya lagi perjalanannya juga untuk menghabiskan bacaan Quran tidak mudah. Mulanya hanya satu muka surat, tetapi lama kelamaan menjadi 5 muka surat, 10 muka surat hinggalah 150 muka surat sehari.
Menurutnya juga dia tidak sabar untuk bangun tidur dan mula mengaji setiap hari. Nora juga bersyukur kerana Allah memberikan jalan yang mudah untuknya mengaji.
Ternyata PKP ini memberi fokus 110 persen kepadanya untuk menunaikan tanggungjawab dia sebagai anak kepada arwah ayahnya.
Dan perjalanannya tidak lengkap tanpa sokongan ahli keluarga terutama suami dan ibu tersayang. Nora juga memasang impian untuk membaca terjemahan untuk akan datang.
“Ya Allah , Syukur Alhamdullilah.
Mengalir air mata kegembiraan.
Mcm tak percaya dapat Khatam pada
9 malam terakhir Ramadhan
“SubhanAllah. Allah Maha Mengetahui.
Khatam Quran ini Nora ingin sedekahkan Pada Arwah Papa.
Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Ampunilah dosa dosa nya Ya Allah. Sesungguhnya Engkau lah Maha Mengasihani , Maha Penyayang Dan Maha Pengampun Terima lah ya Allah bacaan hamba Mu yg tidak sempurna ini SesungguhNya Allah Maha Penerima. InsyaAllah Nora akan Khatam pula bersama ustazah / ustaz pabila semua dah ok.
“Nampak mudah Khatam ni bagi sesetengah orang ,
tetapi tidak bagi Nora. Dengan jadual Nora Yg padat, niat Nak Khatam bertahun tahun tersekat. Sampailah masa MCO tergerak hati Nak cari balik @pu_hafiz ada hadiahkan digital pen Al-Quran untuk Rayqal , so nak ajar Rayqal mengaji sebab MCO kan , takut lama berhenti mengaji dia lupa. Jadi nya , saya pula berminat dengan pen digital itu ,
“Dan ditambahkan pula , bila lihat Instagram @elizadsharifuddin dah Khatam during MCO , lagi berkobar jiwa raga ini. Thank u babe, u pendorong semangat I.
Harap post nora ini , akan pula membuka niat pada mereka Yg lain. InsyaAllah. Sama sama kita share benda yang baik.
“Pada mula nya. Satu muka surat nak habiskan rasa susahhhhh nyaaaa. Lama lama 5 muka surat, jadi 10 , jadi 20 , jadi 30 dan seterusnya sampai mencecah 150 muka surat satu hari. Sampai Rasa tak sabar Nak bgn tido n start mengaji. MasyaAllah. Berkat Doa lepas solat bersungguh2 sampai menangis minta Allah berikan jalan mudah untuk mengaji. Nak sangat hadiah pada arwah papa dalam bulan penuh keberkatan ini.
Allah Maha Mendengar.
“Terima kasih kepada PU Hafiz untuk Quran digital pen ini.
Juga Terima kasih pada followers Yg Mendoakan Setiap kali nora share perjalanan Khatam ini.
“Dan perjalanan Khatam ini tidak akan sempurna tanpa Doa Suami & Ibu tercinta Terima kasih , love u both. Suami Yg byk bersabar mendengar suara sumbang Setiap hari Ada hikmah MCO ini Bagi saya. Boleh focus 110 percent. Kalau tidak ada je dugaan. Next , terjemahan
Perkongsian Nora ini mendapat respon baik daripada rakan selebriti. dan warganet. Masing-masing turut teruja dengan perkembangan terbaru selebriti ini yang berjaya khatam Quran sepanjang Ramadan ini.
nurhelizahelmi Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah tahniah! syukurnya. Doakan kamii..
lisasurihani Syukur Alhamdulillah !!! U did it!!
elizadsharifuddin Alhamdullillah , so happy for u babe . Tahniah . Inshaallah sama2 kita berkongsi kebaikan bersama . ( why lah nangis pun comel u nih )
therealfafau Alhamdulillah. Ok kita nagis jugakkkk sbb happy jugakkk sebb nnagiss jugakkk. BIG HUG
yasminhani Alhamdulillah.. Well done.. My niat pun nak khatam.. Faham sangat mmg susah nak baca be banyak n lancar.. Tapi lama2 senang. Syukur
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NORA DANISH