Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Dan apabila Allah hadirkan hidayah buat seseorang maka merekalah insan yang terpilih. Bagi tiga pelancong Jerman Mark, 22, Elyas, 26, dan Tovel, 29, tujuan asal bercuti di Pulau Perhentian, Besut menjadi titik tolak kepada tiga sahabat ini untuk memeluk agama Islam.
Kisah bermula apabila tiga sahabat ini menumpang tandas di Masjid Ar Rahman di pulau itu. Ketiga-tiga sahabat itu memeluk Islam selepas mengakui jatuh cinta dengan agama Islam dan kesantunan umat Islam khususnya di pulau berkenaan.
Pendakwah Abu Khaleef Aka Khairul Ikhwan berkata, tiga lelaki Jerman itu menyatakan hasrat dan minat untuk memeluk Islam selepas beliau bersama beberapa lagi ahli jemaah dakwah menyantuni mereka di masjid berkenaan.
Katanya, pada mulanya tiga lelaki itu meminta izin mahu menumpang tandas masjid, namun mereka mendekati warga asing terbabit sambil diajak berbual-bual dengan menikmati minum petang selepas dilihat agak malu.
“Sepanjang perbualan itu, kami rancak berkongsi mengenai perkembangan Islam sehinggalah hampir waktu Maghrib. Kami mengajak mereka masuk ke masjid untuk melihat jemaah solat dan mendengar ceramah.
Ads
“Mereka teruja mendengar ceramah disampaikan pendakwah, Dr Maulana Helmi dan saya membantu mereka memahami butiran ceramah dengan menterjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris.
“Tidak sangka pula selepas itu mereka menyatakan minat untuk memeluk Islam dan akhirnya mereka mengambil wuduk dan melafazkan kalimah syahadah di hadapan saya dan jemaah lain di masjid itu.
Menurutnya, beliau turut mengajar jejaka Jerman itu cara mengambil wuduk dan mereka menikmati makan malam dalam talam bersama jemaah lain selepas solat Isyak.
Ads
Katanya, tiga pelancong itu masih tinggal di Pulau Perhentian dan mereka turut berkesempatan menunaikan solat Aidiladha serta melihat sendiri ibadah korban yang dilakukan penduduk pulau berkenaan.
Ads
Kisah tiga pelancong Jerman yang bercuti di pulau itu memeluk Islam mendapat perhatian apabila ia tular di laman sosial sejak seminggu lalu.
Abu Khaleef berkata, beliau gembira kerana rombongan dakwah dipimpinnya yang disertai 300 jemaah yang datang ke pulau itu sebagai sebahagian daripada aktiviti dakwah di seluruh negara akhirnya menarik minat bukan Islam memeluk Islam.
Rombongan dakwah Abu Khaleef ke pulau itu turut disertai individu ternama termasuk usahawan dan artis tempatan seperti Dr Sam Rasputin, Radhi OAG, Jojoe One Nation Emcees, Sabhi Saddi dan Farid Wari.
Sumber: Harian Metro
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Urusan rezeki itu semua terletak di tangan Allah. Rezeki juga tidak akan datang bergolek tanpa ada usaha selain bertawakal dan berdoa kepada Allah agar terus dimurahkan rezeki.
Seperti perkongsian wanita ini yang percaya jika niat kita baik, segala urusan pastinya akan dipermudahkan oleh Allah.
Dia memberitahu ketika suaminya datang melamar setahun lalu, duit dalam simpanannya hanya ada sekitar RM3K, tetapi berjaya mengumpul simpnanan wang hingga jumlahnya mencecah RM19K.
Menulis dalam satu thread di twitter, @ShahfikAhmad berkongsi beberapa amalan dan tip dilakukannya bagaimana boleh mengumpul wang sebanyak itu dalam tempoh singkat.
1. aku perasan kalau aku amalkan al-mathurat pagi & petang, bukan setakat rezeki aku je murah, rezeki mak ayah aku pun mencurah2. may read while drive pergi kerja kalau subuh tu tak cukup masa. bukan rezeki je murah, urusan pun smooth je.
2. solat full wajib. ok. tak solat, mana Allah nak tolong kan. basic. mengaji too!
3. kalau hujan lebat tu, doalah semahu mahunya. doa je even korang kat kedai makan ke, atas jalan ke apa. mohon habis focus, merayu. jangan asal boleh. lepas tu kena yakin dengan Allah.
4. time solat, sujud terakhir pun sama. mohon doa sungguh2. ulang2 minta semoga dimurahkan rezeki sebab nak halalkan hubungan, taknak buat dosa, nak perubahan. pasang niat & tujuan yg betul.
5. dlm masa korg menyimpan tu, jgnla sampai belakangkan family korg. belanja pun jgn belanja benda yang mengarut2. korg belanja barang dapur, makan, barang yg family korg betul2 perlu. lengkapkan keperluan dorg. aku jarang bagi duit sbb duit x nampak, bg aku elok lg beli barang.
6. control nafsu. fikir 4 5 kali baru beli. baju memang tak beli lah. style aku, ambik je semua yg rasa nak, lepas tu pusing2 3 4 round sambil fikir. should i? shouldn’t i? elok2 5 6 barang kat tangan, at the end 1 pun tak beli sebab mostly kemahuan.
7. duduk rumah. aku tak bercinta pun dulu dgn husband so takdalah lepak kedai fancy2, dating mahal2 sana sini. kalau nak keluar sangat, alih2 kedai tomyam & pusing mall 3 4 jam sightseeing nak cemana, jimatkan, nak kawen.
8. sentiasa calculate duit. planning in & out. macam aku, survey & total out semua cost. lepas tu asing semua siap2. so korang akan nampak “oh budget ni belum ada. bulan ni kena saving utk yg ni dgn ni” jangan pernah “pakai dulu duit ni nanti ganti” big NO
9. buat baik dgn kucen & haiwan. family kitorang tak bela kucing. tp kucing taman semua datang rumah sampai terberanak beranak. hahaha jaga jelah bagi makan apa semua niat semoga murah rezeki aku nanti.
10. positive, positive, positive & minta doa mak ayah. aku pun tak sangka aku mampu. duit hantaran aku burn sebelum kawen buat depo & bayar bulanan kereta so majlis aku memang struggle pakai duit sendiri. mak ayah aku cuma sponsor laksa, kuih2, bunga telur & doorgift vip
11. oh and lagi satu. sentiasa bersyukur dengan semua nikmat. hidup dalam islam, tubuh badan sihat sempurna, negara aman, keluarga baik, rezeki melimpah ruah, makan cukup, ada kerja. aku ikut tips senior aku. lepas bagi salam solat, terus sujud balik. sujud syukur.
12. sentiasa sedekahkan Al-fatihah kat mak ayah lepas solat fardhu walaupun mak ayah sihat wal afiat. nanti rezeki pun tak putus juga.
where is my solat dhuha? uhm unlucky me kerja site. rehat pun susah. so im not performing my dhuha you guys yg kerja ada masa, lagilah best kalau dapat buat you guys boleh juga google doa2. ada banyak je cuma aku tak sempat nak search & hafal
those yg tanya which mathurat aku baca, aku baca yg ni. dah 7 tahun dah Mathurat ni. RM1 je. certain ayat kena repeat 3 kali tapi aku repeat 3 qul je
another tips from another person below:
13. Derma kat Masjid seminggu sekali at least. baca selawat nabi & senyum time sedekah. tak banyak pun takpa asalkan ada. kadang kita tak sedar kita curi tulang time kerja. so derma ni boleh sucikan harta.
14. selain solat sunnat dhuha, solat sunnat selepas solat fardhu pun boleh amalkan. kalau takda masa, buat lepas isya’. solat sunnat tu 2 rakaat je so tak lama pun. tapi lepas subuh & lepas Asar tak boleh ya. sehari sekali pun okay
15. kalau kita nak Allah tolong tapi usaha kita sama dengan orang biasa macam mana Allah nak lebihkah kita kan? so kita kena berusaha lebih either buat side job / ringan tulang dalam kerja harian kita.
Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi dari warganet. Ada juga yang turut berkongsi amalan dilakukan untuk terus dimurahkan rezeki.
Amalkan Solat Dhuha
Baca Surah Al-Waqiah & banyakkan sedekah
Dahulukan keluarga
Selalu berdoa agar pintu rezeki sentiasa terbuka luas
.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Apakah hukum makan dan minum dengan tangan kiri? Contohnya makan dengan menggunakan sudu, mestikah saya menyuap menggunakan tangan kanan?
JAWAPAN:
Nabi SAW seringkali mengutamakan dan mendahulukan bahagian kanan untuk sebahagian besar urusan seharian yang melibatkan kebaikan. Daripada ‘Aisyah R.Anha:
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW membiasakan diri mendahulukan yang kanan dalam memakai selipar, menyikat rambut, bersuci dan dalam setiap urusan kehidupan sehariannya. (Sahih Bukhari (168)
Pandangan Para Ulama
Sunat menggunakan tangan kanan, makruh dengan tangan kiri tanpa keperluan
Jumhur ulama mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’e dan Hanbali berpandangan bahwa hukum makan dengan tangan kanan hanyalah sunat dan dianjurkan, dan makruh hukumnya makan dan minum dengan tangan kiri ketika tidak dalam keadaan darurat. (Rujuk Al-Bahr al-Ra’iq 1/56, Bariqah Mahmudiyyah 4/111, 45/294, Hasyiyah al-‘Adawi 2/425, Mathalib Uli al-Nuha 5/242, Mughni al-Muhtaj 3/250 dan Al-Iqna’ fi Fiqh Imam Ahmad bin Hanbal, 3/231)
Kebanyakan ulama mazhab Syafi’e berpandangan bahwa hukum makan dengan tangan kanan hanyalah sunat dan dianjurkan, dan inilah pandangan Imam al-Ghazali dan Imam al-Nawawi. (Rujuk Fathul Bari, 9/522)
Dalam Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyah juga disebutkan bahawa jika ada keuzuran yang menghalang seseorang untuk makan dan minum dengan tangan kanan, contohnya kerana sakit atau luka, maka tidaklah makruh menggunakan tangan kiri. (Rujuk Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 6/119)
Haram makan dan minum dengan tangan kiri
Menurut salah satu qaul Imam al-Syafi’e, beliau menegaskan bahawa hukum makan dengan tangan kanan adalah wajib. (Rujuk Fathul Bari, 9/522)
Ini juga adalah pendapat para ulama muhaqiqqin seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim dan Al-Syaukani (Rujuk Al-Mustadrak ‘ala Majmu’ al-Fatawa 4/211, Zad al-Ma’ad 2/369 dan Nail al-Authar 15/157)
Ibn Muflih pula menukilkan pandangan Ibn Hazm dan Ibn Abd al-Barr yang mengharamkan makan dan minum dengan tangan kiri berdasarkan zahir hadith. (Rujuk Al-Adab al-Syar’iyyah, 3/168)
PERBAHASAN DALIL
Antara dalil yang menjadi sandaran kedua-dua belah kumpulan ialah hadith yang amat masyhur, dimana Nabi SAW berpesan kepada Umar bin Abi Salamah R.A:
Maksudnya: Wahai anakku, makanlah dengan menyebut nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang dekat dengan kamu.
Sahih Bukhari (5376)
Menurut Badr a-Din al-‘Ainiy, sebahagian ulama berdalilkan hadith ini dalam mewajibkan makan dan minum menggunakan tangan kanan, selain adanya banyak ancaman terhadap mereka yang menyelisihi arahan ini. (Rujuk ‘Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari 21/29)
Maksudnya: Jika seseorang di antara kalian makan, maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya. Jika minum maka hendaklah juga minum dengan tangan kanannya, karena syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya pula.( Sahih Muslim (2020)
Berdasarkan hadith inilah Imam al-Nawawi berpandangan makan dan minum dengan tangan kiri hanyalah makruh dan tidak sampai ke tahap haram, dan dalam masa sama beliau berpesan agar hendaklah menjauhi perbuatan-perbuatan yang menyerupai perlakuan syaitan dengan semampu mungkin. (Rujuk Syarh Sahih Muslim 13/190-191)
Juga hadith Jabir bin ‘Abdillah R.A, bahwa Rasulullah SAW bersabda:
لا تأكلوا بالشِّمالِ ، فإنَّ الشَّيطانَ يأكلُ بالشِّمالِ
Maksudnya: Janganlah kalian makan dengan tangan kiri karena syaitan makan dengan tangan kiri
Sahih Muslim (2019)
Menurut sebahagian ulama, meskipun hadith-hadith yang menyuruh makan dan minum dengan tangan kanan secara zahirnya kelihatan seperti wajib, namun memandangkan ia lebih berbentuk adab dan irsyad, maka hukumnya bertukar menjadi sunat. (Rujuk Majmu’ah al-Rasa’il al-Fiqhiyyah min Syarh Manar al-Sabil, hal. 172)
Menurut Imam al-Qurthubi pula, suruhan dalam hadith ini berbentuk sunat, kerana ia satu bentuk memuliakan kanan ke atas yang kiri. Begitu juga antara contoh kemuliaan akhlak kalangan mereka yang terpuji ialah mengkhususkan perkara-perkara yang baik dengan yang kanan. (Rujuk Al-Mufhim lima Ashkala min Talkhis Kitab Muslim, 5/295)
Hadith Nabi Mendoakan Keburukan Terhadap Orang Yang Makan dengan Tangan Kiri
Terdapat sebuah hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah mendoakan keburukan kepada seseorang yang enggan makan dengan tangan kanan:
Maksudnya: Ada seorang lelaki makan di samping Rasulullah SAW dengan tangan kirinya. Lalu Rasulullah bersabda, ‘Makanlah dengan tangan kananmu!’ Dia menjawab, ‘Aku tidak mampu.’ Baginda bersabda, Semoga kamu benar-benar tidak mampu melakukannya.’ Tidaklah dia enggan untuk makan dengan tangan melainkan kerana kesombongan. Setelah itu tangannya tidak mampu sampai ke mulutnya.
Sahih Muslim (2021)
Menurut Imam al-Nawawi, doa Nabi SAW ini adalah kerana perbuatan lelaki itu yang melanggar hukum syarak. (Rujuk Syarh Sahih Muslim 13/192)
Menurut Imam al-San’ani, Rasulullah SAW tidak mungkin mendoakan keburukan kecuali untuk orang yang meninggalkan kewajiban. Jika doa itu karena alasan orang itu bersikap sombong, memang ada kemungkinan demikian. Dan tidak dapat dinafikan juga kemungkinan Nabi SAW berdoa kerana kedua-dua alasan tersebut. (Rujuk Subulus Salam 3/159).
Menurut Imam al-Munawi pula, perbuatan menyerupai syaitan tidak semestinya menunjukkan pengharaman, kadangkala ia merujuk kepada kemakruhan. Manakala doa Nabi SAW terhadap lelaki tersebut adalah disebabkan oleh kesombongannya daripada menuruti arahan Nabi SAW. (Rujuk Faidh al-Qadir 1/298)
KESIMPULAN
Tuntasnya, setelah meneliti dalil-dalil dan perbahasan pandangan para ulama, kami menyimpulkan bahawa:
Makan dan minum dengan tangan kanan adalah sunat, manakala menggunakan tangan kiri adalah makruh, dan inilah pandangan majoriti ulama.
Haram makan dan minum menggunakan tangan kiri dengan sengaja beserta niat untuk memperlekehkan sunnah Nabi SAW dan syariat Islam.
Makan menggunakan kedua-dua belah tangan juga tidak diharamkan dalam keadaan yang memerlukan penggunaan kedua-dua belah tangan, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang yang melibatkan penggunaan sudu dan garfu untuk sesetengah jenis hidangan dan jenis makanan.
Namun demikian, seboleh-bolehnya hendaklah berusaha untuk menyuap makanan dan minuman menggunakan tangan kanan dalam setiap keadaan, dalam rangka beramal dengan sunnah Rasulullah SAW.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap hari kita ada 24 jam dan dari 24 jam itu biasanya sekurang-kurangnya 6 jam akan dihabiskan untuk tidur. Setelah penat bekerja seharian, mesti badan pun perlukan rehat.
Tapi tahukah anda bahawa anda boleh dapat pahala ketika tidur?
Caranya mudah saja, iaitu dengan berwuduk!
Tanpa wuduk, anda hanya akan baring dan tidur mengikut rutin harian anda. Walau bagaimanapun apabila anda berwuduk sebelum baring untuk tidur, in shaa Allah anda akan mendapat pahala dengan sangat mudah.
Rasulullah SAW bersabda;
“Bersihkanlah badan-badan ini, dan Allah akan menyucikan kamu. Tak ada seorang hamba yang menghabiskan malamnya dalam keadaan suci kecuali malaikat menghabiskan malam itu bersamanya. Dan apabila hamba itu berpusing di waktu malam, malaikat itu berkata: “Ya Allah, ampunkan hambaMu, kerana dia tidur dalam keadaan bersuci.” (HR Tabarani, al-Mu`jam al-Kabir)
Hadis ini merupakan satu peringatan yang mudah tapi berkuasa. Ia menunjukkan bagaimana Allah SWT memberikan kita pelbagai peluang dan cara untuk mendapat pahala dan keampunan.
Ramai di antara kita yang minta orang lain doakan kita di saat kesusahan, tapi sayangnya kita tidak ambil peluang untuk malaikat mendoakan kita setiap malam ketika kita tidur.
Marilah kita hidupkan semula Sunnah yang semakin dilupakan ini. Jadikan ia sebahagian daripada rutin harian kita dan jadikan masa rehat kita sebagai masa malaikat mendoakan kita dengan izinNya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...