‘Mulianya Pengorbanan Ibu’. Hamil Anak Ke-6 Berdepan Risiko, Rebecca Tak Sampai Hati Gugurkan Kandungan

Share

‘Mulianya pengorbanan ibu’. Hamil anak ke-6 berdepan risiko, Rebecca tak sampai hati gugurkan kandungan bila doktor memberi dirinya pilihan untuk teruskan atau tidak.

Setiap ibu, pastinya sanggup melakukan apa saja demi anak tercinta biarpun masih dalam kandungan. Tentu saja apa yang dilalui oleh pelakon dan usahawan ini terlalu berat.

Artikel Berkaitan:

10 Tahun Menanti & 17 Kali Rawatan Kesuburan, Tunku Azizah Tekad Bantu Pasangan Tiada Zuriat

Mulianya Pengorbanan Ibu

Memetik laporan Sinar Harian, Datin Rebecca Nur Al Islam Ahmad mendedahkan dirinya pernah diberi pilihan oleh doktor sama ada mahu meneruskan kandungan atau pun tidak kerana berdepan dengan risiko hamil anak keenam.

Jelasnya, kandungan berkenaan dimaklumkan berisiko tinggi kerana sebelum ini kesemua cahaya mata dilahirkan menerusi pembedahan dan mungkin turut membahayakan dirinya.


Namun begitu ibu ini bagaimanapun tidak sampai hati untuk mengugurkan kandungan tersebut kerana doktor mengesahkan kandungan itu sudah mempunyai degupan jantung.

Hamil Anak Ke-6 Berdepan Risiko

“Saya buat pemeriksaan agak lewat, walaupun lambat datang haid tetapi tidak terlalu memikirnya (mengandung), apabila buat pemeriksaan saya memang mengandung.

“Masa pergi klinik, doktor ada tanya saya dan suami sama ada mahu teruskan atau mengundur tetapi saya tidak sampai hati. Lagipun doktor tengok laporan sebelum ini baik,” ujarnya pada Isnin.

Tambah Rebbeca, banyak amalan berpantang selepas bersalin secara tradisional yang diamalkan.


Rebecca Tak Sampai Hati

“Siapa kenal saya, saya ini jenis kekampungan, suka pantang cara ibu-ibu kita dahulu. Suka duduk rumah guna perubatan tradisional untuk kuatkan dalaman selepas bersalin.

“Mungkin sebab itu, laporan kesihatan menunjukan saya berada dalam keadaan baik,” jelasnya.


Semoga Allah permudahkan urusan Datin Rebecca dan anak dalam kandungannya. Insyallah..

Gugurkan Kandungan

Dalam masa yang sama, Rebecca turut meluahkan rasa rindu untuk kembali aktif berlakon, namun terpaksa lupakan demi memberikan tumpuan kepada keluarga.


Katanya, kesemua tawaran diterimanya memerlukan komitmen tinggi termasuk lokasi penggambaran di luar Kuala Lumpur untuk tempoh yang agak lama.

“Jadi, saya lupakannya kerana apa yang paling penting sekarang adalah suami dan anak-anak,” ujarnya.

Baca Di Sini:

Hukum Menggunakan Sperma Suami Yang Telah Meninggal Dunia

Kashoorga: Semoga Allah permudahkan urusan Datin Rebecca dan anak dalam kandungannya. Insyallah.

Sumber: Sinar Harian, Instagram Datin Rebecca

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat