Kadang-kala dalam hidup ini, tanpa disedari, kita kurang menghargai orang yang ada di sekeliling kita. Lumrahnya, bila ada di depan mata, kita buat tidak peduli, tetapi apabila sudah kehilangan, barulah tercari-cari.
Siapa sangka kedatangan wabak COVID-19 benar-benar telah mengubah banyak sisi kehidupan. Segalanya seolah berlaku terlalu pantas. Semakin hari, semakin ramai yang dijangkiti, malahan menemui ajal mereka dalam ujian wabak ini. Allahuakbar.
Tidak terjangkau dek akal fikiran bahawa mereka yang dahulunya ada disisi memberikan sokongan, kini tiada lagi. Mereka yang kita sangka akan sentiasa menemani, rupanya sudah pergi. Tiada lagi nasihat dan kata penguat yang meniti di bibir, senyuman manis yang menghiasi wajah untuk perjalanan kehidupan, yang tinggal hanyalah sebuah kenangan sebagai bekalan apabila kerinduan.
Allah Ya Qahhar, Allah Yang Maha Perkasa. Apabila Allah berkehendak untuk menetapkan sesuatu, maka hanya cukup Dia melafazkan kalimah-Nya yang agung sepertimana firman Allah SWT:
Maksudnya: "Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia." [Surah Yasin: 82]
Subhanallah, betapa agungnya kekuasaan Allah SWT sehingga jika Dia menghendaki sesuatu, ketika itu juga ia boleh terjadi. Sememangnya COVID-19 telah mengajar kita 1001 erti.
Ads
Ia membuatkan kita lebih menghargai mereka yang ada di sisi. Kemungkinan lambaian yang diberikan hari ini merupakan lambaian terakhir daripada insan yang amat disayangi. Jika sebelum ini, kita merasakan ada hari esok untuk bertemu lagi, tetapi kini belum tentu kerana situasi yang tidak sama lagi. Kita tidak tahu siapa di antara kita yang akan dijemput Ilahi terlebih dahulu kerana kematian itu pasti dan tidak akan diketahui bila masanya tiba.
Maksudnya: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” [Surah al-Anbiya’: 35]
Maksudnya: “Sesungguhnya hanya di sisi Allah ilmu tentang hari Kiamat; dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya besok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal.”[Surah Luqman: 34]
Sahabat, ketahuilah bahawa Allah SWT telah menetapkan kematian setiap hambanya. Tidak akan ada yang terkecuali daripada merasai mati. Ia tetap akan datang dan tidak akan terlewat walaupun sedikit.
Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.” [Surah al-A’raf: 34]
Tetapkan dalam hati, jika sebelum ini kita kurang menghargai mereka yang berada di sekeliling. Sekaranglah saatnya untuk lakukan perkara yang lebih membahagiakan mereka.
DUHAI IBU AYAH, Jadikanlah tempoh 'lockdown' ini sebagai peluang untuk kembali menyemak solat dan bacaan al-Quran anak-anak jika sebelum ini tiada kesempatan. Hidupkanlah kasih-sayang dengan saling membantu, meringankan kerja-kerja rumah dan mendengar cerita anak-anak.
DUHAI ANAK, Hargai dan luangkanlah masa sebanyak mungkin ketika ini bersama dengan ibu ayah dan adik beradik. Ambil peluang untuk mendengar nasihat berharga daripada mereka. Usah terlalu leka dengan hiburan dan media sosial yang membuatkan kita lupa.
BUAT YANG BERJAUHAN DENGAN PASANGAN DAN IBU AYAH DI KAMPUNG, Tautkan kasih sayang dengan sering berhubung dengan mereka. Hantarkan hadiah tanda ingatan dan kerinduan yang berpanjangan. Kuatkan kesabaran dan pergantungan kepada-Nya, insya-Allah semua ini tidak akan lama.
DOA AGAR ALLAH MELINDUNGI KELUARGA DAN INSAN TERSAYANG
أَسْتَوْدِعُكُمُ اللهَ الَّذِيْ لاَ تَضِيْعُ وَ دَائِعُهُ Maksudnya: "Aku meninggalkan kamu semua dalam pemeliharaan Allah yang tidak akan hilang apa yang ada di dalam jagaan-Nya." [HR Ibnu Majah]
Semoga Allah SWT melindungi kita dan semua insan yang disayangi walau di mana jua kita berada. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA. ASMA' BINTI HARUN #UAHSahabatDuniaAkhirat
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Allah makbulkan doa saya.’ Hafiz Mahamad sebak dapat hantar mama, abah tunai haji pada tahun ini. Tentu saja sebagai anak, kita inginkan yang terbaik untuk bahagiakan hati mereka.
Apa lagi mak dan ayah semakin menua, tentu bermacam-macam kita ingin beri kepada mereka jika berkemampuan.
Hafiz Mahamad sekali lagi membuatkan ramai sebak apabila penat-lelahnya untuk menghantar mak dan abahnya menunaikan haji termakbul. Ini perkongsiannya:
Allah Makbulkan Doa Saya
Sebak hati saya semalam. Selagi masih sempat. Mama Abah, jangan anggap ini “hadiah” dari Hafiz.
Ini semua hasil dari kebaikan Mama dan Abah buat selama ini. Tidak ada apa yang Hafiz boleh balas.
Selepas Mama, Abah pencen tahun lepas, saya selalu cakap dengan mereka. Tahun depan, tunaikan haji tau. Doa banyak-banyak.
Hafiz Mahamad Sebak
Setiap kali saya pergi umrah, tak lepas dari doa supaya Allah izinkan kemampuan untuk saya menjadi asbab Mama dan Abah tunaikan haji. Masyallah, tahun ini Allah makbulkan.
Demi Allah, tak berhenti saya usaha selama ini. Siang dan malam. Syukur kerana hati dan akal ini Allah izinkan masih memikirkan tentang mereka.
Umur mereka meningkat. Banyak saya buat mereka kecewa dulu dan saya kena laju, selagi masih sempat. Senyuman mereka yang saya hendak lihat.
Dapat Hantar Mama, Abah Tunai Haji
Mama, semalam Hafiz tahan saja sebak dengan kacau kacau mama semalam. Kalau tak, sudah meleleh air mata jantan ini.
Untuk adik saya
Adik, terima kasih pegang amanah aku untuk tengokkan mama abah di kampung. Mu jaga kesihatan mama dan abah. Mu anak syurga Adikku
Tugas aku pula sebagai anak sulung adalah untuk mencari di luar ini.
Terima Kasih juga isteriku kerana mencintai abah mama dan sentiasa menghormati mereka. Terima kasih sayang.
Kamu juga sahabat saya, terima kasih kerana terus doa dan support. Saya tahu ini hasil doa doa kalian.
Kashoorga: Semoga Hafiz Mahamad sentiasa murah rezeki dan dapat membuat lebih banyak kebaikan untuk orang sekelilingnya.
Tidak dinafikan setiap pasangan yang mahu berkahwin, perlukan belanja besar untuk menjayakan sebuah majlis perkahwinan.
Walaupun ramai sudah berjimat tetapi tidak bejaya melakukannya dek kerana beberapa perkara mendesak.
Namun baru-baru ini seorang pengguna Twitter telah barkongsi tip dan cara bagaimana dia mengampul duit kahwin sebanyak RM18 ribu hanya dalam masa setahun.
Lelaki ini sebenarnya hanya menerima gaji kasar atau pendapatan hanya sekitar RM1,400 sahaja sebulan.
Berkongsi di laman sosial Twitter thread ditulis Luqman Afifi ini berjaya mendapat lebih 16 ribu retweet dan butang likes. Boleh dijadikan panduan kepada bakal mempelai yang mahu mendirikan rumahtangga tahun depan.
*KERJA* First thing first benda yang hampa kena tau aku adalah seorg freelancer editor…Dan aku bukan jenis freelancer yg bertimbun gila job melimpah…
1.4K tu secara kasar yg aku dpt tiap bulan tapi kdg ada ja hnya dpt 1k, 800 and so on….yalah dah tak dak job sapa nak bagi hg duit?
Tapi bila nak kawen hg kena jugk push diri hg utk cari duit hantaran dan sebagainya, dan aku cuba kaut sebnyak mungkin job editing yg aku boleh buat pada satu masa bila time ada job..
Aku tak memilih, job editing rm200 pn aku buat…paling murah aku buat rm50…job student mana tah aku tak ingat…siap kena pakai AE (After Effect) lagi…
*SIMPANAN* Untuk duit simpanan aku buat 2 akaun bank, satu utk belanja dan satu lagi utk simpanan, utk bank simpanan aku tinggal kad ATM kt kmpg
Bila setiap kali aku dpt payment aku akan ambik 20% sahaja utk duit belanja…dan selebih nya aku masukan dlm bank yg aku tak pegang kad ATM tu
Waktu aku kumpul duit aku memng mcm tak berdunia dgn org..Aku tolok jauh jauh hiburan atau melapak yg boleh menghabis kan duit seprti air paip bocor…
*RUMAH SEWA* Aku duduk rumah sewa satu rumah 8-9 org yg mana membuatkn kos duit sewa bulanan hg akan kurg…Tolak tepi sat keselesan gila bab*… tapi xdak lah sampai hg tak selesa lansung…
*DUIT MAKAN & BELANJA* Duit makan, aku duduk 8-9 org semua dgn mbe aku, so kami berpakat utk kosngsi duit dapur sorg rm10 ringgit dan masak
Sumpah aku ckp tiap hari lauk sama ja…nasi putih ayam potong masak sambal…kalau hg boring sikit masak la telor…Tu ja kmi makan asalkan kenyang…tu pn belajar kt utube….better laa dari nasi bujang kan?
Kalau hg buat cara ni duit makan hg akan safe bnyk gila bulanan…gentle aku ckap duit makan bulanan aku kdg rm100 ja termasuk duit minyak moto, pakai moto la jimat bnyak benda…Dan aku tak merokok, so aku tak payah nk pk mcm mna nk kelur bajet utk rokok…
*TEMPOH MASA KUMPUL DUIT* Yg ni depends on berapa hampa nak kumpul..utk aku nk dekat setahun….kalau hampa nak lagi bnyak mula lah kumpul dari saat ini.
Itu sahaja yg aku buat untuk kumpul duit kawen, kalau nak lebih lagi roger nnt aku tambah…aku doakan pada yg tengah struggle kumpul duit utk kawen agar urusan hg di permudahkan Aminn…
*TIPS TAMBAHAN* *HANTARAN & KENDURI* Benda yg paling penting sekli ialah BERBINCANG DGN PARTNER & FAMILY DIA BERBINCANG boleh menyenagkan bnyak urusan hg…aku bagi cth, kalau Family partner hg mntak hntaran 20k tapi hg tak mampu…
Langkah yg pertama bukan luah rasa tak puas hati kt wasap atau insta story hg…itu tidak akan membantu…Bincang dgn depa berapa hg mampu nego elok elok…jaga bahasa, jaga hati org tua…kalau hg boleh hormat depa isnyaalah depa akan faham…. -The End-
Ini hasilnya yang diperolehi
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Wanita juga berperanan dalam pengurusan & pentadbiran masjid’ Dr Noor Inayah, wanita pertama dilantik nazir masjid di Selangor. Tahniah Dr atas pelantikan!
Serta tahniah juga buat kerajaan negeri Selangor kerana sentiasa mengiktiraf kaum wanita dalam pelbagai bidang.
Kali ini, Selangor melantik nazir wanita masjid pertama dalam Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Nazir dan Imam Masjid-Masjid negeri ini oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, awal bulan lalu.
Presiden dan Naib Canselor Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL), Datuk Profesor Dr. Noor Inayah Yaakub menjadi satu-satunya wanita di Selangor dilantik sebagai Nazir Masjid Ikram dekat universiti itu di Bangi bagi sesi 2023 hingga 2025.
Dalam Pengurusan & Pentadbiran Masjid
Menurutnya, pelantikan tersebut membuktikan wanita boleh memainkan peranan dalam pengurusan dan pentadbiran masjid serta menyusun program dan aktiviti pembangunannya untuk manfaat penduduk setempat.
“Alhamdulillah, saya menerima lantikan dengan rasa bersyukur kepada Allah SWT, kerana saya difahamkan pada tahun ini hingga 2025, satu-satunya nazir yang dilantik di Selangor bagi sebuah masjid institusi iaitu masjid di IUKL.
Dr Noor Inayah, Wanita Pertama Dilantik Nazir Masjid Di Selangor
“Kerana kita melihat bahawa pengurusan masjid itu tidak memberikan apa-apa sekatan sekiranya wanita menjadi peneraju.
‘Kerana wanita masih mengharapkan ahli-ahli jawatankuasa masjid selain wanita untuk sama-sama memaju dan memakmurkan masjid itu sendiri,” katanya.