My #QuranTime 2.0 (MQT) yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), sebanyak 2111 episod akan mula bersiaran setiap hari bermula hari ini, jam 12 hingga 1 tengah hari di semua platform digital Quran Hour dan Sinar Harian.
Dengan matlamat mempertingkatkan kualiti solat melalui bacaan Al-Quran bertajwid, memahami isi bacaan Al-Quran melalui tadabbur tahap dua, memperbaiki kualiti solat serta elemen baharu program iaitu menambah hafalan Surah melalui kaedah hafalan Al-Quran yang mudah dan praktikal dengan penggunaan metod Quran Al-Hafiz.
Terdahulu, program MQT yang telah mencipta fenomena “Baca, Faham, Amal Al-Quran” 1 jam setiap hari, bermula pada tahun 2020 telah diterbitkan dengan kerjasama TV Al-Hijrah.
My #Qurantime 2.0
Kali ini, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas membuka peluang kepada semua stesen TV dalam dan luar negara untuk menayangkan MQT 2.0 agar program Al-Quran ini menjadi solusi dalam membina kerangka fikir dan karakter ummah yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
Kami sedang berunding dengan beberapa stesen TV agar program MQT yang diterbitkan oleh Yayasan WUI dengan sebahagian hasil dana daripada sumbangan Tabung Gerakan Quran oleh orang ramai dapat membawa impak besar kepada proses membumikan Al-Quran yang disasarkan pada tahun 1500 Hijrah untuk “MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah”.
Program MQT ini dibina atas usaha Wakaf Konten di mana sumbangan dari individu, organisasi dan orang ramai digunakan sepenuhnya untuk tujuan melahirkan pelbagai kajian dan program digital dan TV untuk ummah.
Ads
Mula Bersiaran
Program -program yang dilahirkan atas misi Wakaf Konten ini boleh dimasuki dengan mudah di platform digital Quran Hour agar menjadi bahan rujukan sepanjang zaman kepada orang ramai, sekolah, kelas pengajian dan organisasi.
Usaha yang bermula lebih giat pada tahun 2020 ini telah menjadi pusat khazanah Al-Quran di mana kajian dan program Al-Quran diletakkan secara atas talian untuk rujukan semua. Wakaf Konten ini telahpun dimanfaatkan oleh siaran Quran TV di negara jiran juga, seperti Indonesia.
Kredit Foto Sinar Harian.
Siaran MQT kali ini dilancarkan di semua platform digital Yayasan WUI dan Kumpulan Media Karangkraf sebagai pendekatan untuk menarik lebih ramai segmen orang muda selain golongan dewasa, penonton setia dan baru.
Kredit Foto Sinar Harian.
Insya-Allah dengan sinergi media untuk ummah di beberapa saluran TV, MQT bukan lagi ditayangkan secara eksklusif di saluran TV AlHijrah sahaja, program MQT ini akan menjadi langkah pendidikan jiwa dan karakter bagi banyak keluarga dan orang ramai melalui baca, faham, amal setiap halaman Al-Quran sebanyak 3 bahagian Al-Quran setiap hari.
Ads
Kredit Foto Sinar Harian.
14 Disember 2022
Pada musim pertama sebanyak 838 episod, program ini telah mencatatkan sebanyak 85 juta tontonan di skrin, lebih 150 ribu sahabah Al-Quran di dalam dan luar negara.
Program MQT ini akan mengekalkan peneraju, Ustaz Fazrul Ismail sebagai pentadabbur dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali serta Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman sebagai Qari. Pentadabbur serta Qari jemputan akan mengisi di slot ulangkaji.
Kredit Foto Sinar Harian.
Program ini telah siap untuk dilancarkan selepas melalui kajian konten dengan rujukan 18 Kitab Tafsir dan Kitab Hadith Bukhari Muslim, melakukan latih tubi program di makmal ujian studio My #QuranTime Plus dalam tempoh lebih dua bulan secara intensif agar isi Al-Quran dapat disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami para pelayar dan penonton MQT.
Kredit Foto Sinar Harian
Ayuh saksikan My #QuranTime 2.0 Bermula 14 Disember 2022, Rabu, jam 12.00 tengah hari di semua platform media sosial rasmi ini:
Hidup ini tidak selalu indah. Tidak juga selalu memihak kepada kita walau kita sering mengejar bahagia. Terkadang ianya tersangat perit untuk kita lalui. Namun sudah dinamakan kehidupan, semuanya perlu dilalui dengan redha selagi ujian belum berhenti.
Dalam kehidupan, adakalanya kita tersalah membuat pilihan. Adakalanya kerana pengaruh kawan, desakan hidup dan sebagainya. Namun sebesar mana pun kesilapan kita lakukan, Allah itu Maha Mendengar taubat dari hamba-Nya. Allah sentiasa memberi peluang kedua, ketiga dan sebagainya selagi mana kita berusaha mencarinya.
Dalam satu perkongsian di Tik Tok atas nama @m4t33n yang berkhidmat di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik PUSPEN berkongsi satu video yang amat menyentuh hati dan menulis caption “jangan menilai seseorang dari luaran”..
Ia memperlihatkan bagaimana seorang penghuni di PUSPEN ini mengalunkan zikir taubat di sebalik tirai besi yang menempatkan beberapa penagih lain. Apa yang menyentuh hati, dengan suaranya yang amat merdu, dilihat penghuni ini sedang kusyuk mengalunkan zikir taubat ini sekaligus meluahkan isi hatinya yang mungkin menyesali perbuatannya sebelum ini.
Benarlah kata orang, bahawa syurga itu dipenuhi oleh pendosa-pendosa yang sudah bertaubat. Malah apa jua perbuatan kita yang lalu sudah diampunkan seandainya kita bertaubat.
Apa permulaan kita tidak penting tetapi lihatlah bagaimana pengakhirannya.
Berdasarkan komen dari netizen yang menyaksikan video ini, hati mereka cukup tersentuh hingga ada yang mengalirkan air mata.
Ada juga netizen menulis, “setiap orang diberi peluang untuk berubah. Semoga kita semua istikhomah untuk berubah ke arah kebaikan. Insya Allah, tenang dengar suara saudara ini.
Sebelum ini pengacara dan juga dikenali dengan panggila Gadis Trivago, Dahlia Shazwan telah melakukan penghijrahan apabila mengenakan hijab.
Dia yang mendapat petunjuk dari Allah setelah pulang dari mengerjakan umrah bulan sebelumnya.
Dan semalam penyanyi bersuara lantang Ernie Zakri pula telah berhijab sepenuhnya semalam. Menurut penyanyi lagu Ku Bersuara itu, dia nekad memakai tudung secara rasmi semalam.
“Jujur saya masih dalam proses membiasakan diri. Moga diri ini terus istiqomah. Doa yang baik.
“Ikutkan niat itu sudah lama. Cuma baru baru ini dengan keadaan kita diuji dengan penularan wabak Covid 19, saya terdetik untuk melakukan anjakan dalaman diri.
“Lewat pagi tadi kira kira jam 2 pagi saya mesej Mama di aplikasi WhatsApp biarpun serumah. Saya berada di tingkat atas, Mama pula di bawah. Saya nyatakan keputusan untuk bertudung dan Mama sangat gembira.
“Di kalangan keluarga ada yang terkejut dengan keputusan ini. Apatah lagi di saat kerjaya saya meluncur baik. Namun saya percaya dalam hidup ini kita perlu membuat satu keputusan besar dalam hidup termasuk soal penghijrahan diri,” katanya kepada BH online.
Kata pemilik nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakrie ini, dia pernah menyatakan dalam diri bahawa tahun 2020 akan menjadi titik permulaan penghijrahan dirinya.
“Semua bagai dipermudahkan dan tersusun cantik. Di saat saya sedang berehat daripada kerja seni akibat situasi semasa, Allah makbulkan hasrat hati ini.
“Saya ambil masa sebenarnya untuk memutuskan perkara ini. Ia kewajipan. Malah sebelum menunaikan umrah buat kali pertama hujung tahun lalu, saya terdetik untuk berubah menjadi lebih baik dalam diri.
“Malah kini setiap kali bertudung, saya rasa gembira dan cukup lengkap. Perubahan ini juga takkan mengubah diri saya dan apa yang dilakukan selama ini,” katanya lagi.
Ernie menambah, dia berharap peminat tidak keliru andai ada rakaman atau gambarnya tidak bertudung kelihatan selepas ini.
“Yang ada akan nampak saya dalam mana mana kerja seni selepas ini tanpa bertudung, itu semua dilakukan sebelum ini lagi,” katanya memohon doa agar terus istiqamah.
Dalam pada itu, rakan artis serta followernya turut mengucapkan tahniah atas penghijrahan Ernie dan mengharapkan dia terus kekal istiqamah dengan penghijrahannya itu.
Hubungan percintaan pada umumnya dilandaskan pada saling percaya, menghormati satu sama lain, dan yang terpenting adalah adanya benih-benih cinta diantara keduanya.
Nah, dalam hal menghormati satu sama lain, sangat penting untuk kamu atau pasanganmu meminta maaf saat melakukan kesalahan.
Dengan meminta maaf, maka persoalan dapat diselesaikan dengan sikap yang lebih dingin dan tentu saja lebih dewasa.
Namun, terdapat fakta yang menggemparkan dari riset yang dilakukan oleh Baylor University, Texas, Amerika Serikat.
Dari 450 responden yang merupakan pasangan yang telah mendirikan rumah tangga ternyata permintaan maaf hanya menempati urutan ke-6 dalam survey sebuah sikap yang diharapkan pasangan saat mempunyai masalah diantara keduanya.
Adanya rasa emosi yang berlebihan serta faktor salah faham dalam hubungan menjadi penyebab permintaan maaf begitu sukar dilakukan.
Padahal, maaf adalah kata yang sangat ampuh dan menunjukkan kedewasaan dalam suatu perhubungan.
Selain itu, ada 4 alasan bahawa meminta maaf dalam suatu hubungan adalah begitu penting yang perlu dipraktikkan dalam suatu hubungan.
1. Elak rasa ego berpanjangan
Jika masih terdapat rasa ego dalam diri masing-masing, itu tandanya hubungan anda masih belum sempurna. Sebuah hubungan percintaan mestinya membuat dua orang menjadi lebih baik dan membuatkan keuanya keduanya saling perhubungan antara satu sama lain. Jika masih terdapat perasaan ini, maka itu tandanya hal tersebut masih sukar dilakukan.
Dengan adanya rasa ego ini, keengganan meminta maaf dibimbangi akan melarat pada hal lain seperti enggan berkata rindu, sayang, serta kata-kata intim lain yang sangat penting dalam hubungan percintaan.
2. Tidak harus selalu pihak yang salah yang meminta maaf
Meminta maaf tidak harus dilakukan oleh pasangan yang berbuat salah. Anda juga boleh melakukannya dengan pasangan ketika rasa sesuatu dalam hubungan. Hal ini menunjukkan anda sudah dewasa dalam membuat keputusan.
Biasanya dalam konflik mahupun perbezaan pandangan, Hal tersebut juga boleh menimbulkan permasalahan. Segera selesaikan masalah ini dengan salah satu pasangan meminta maaf dan hubungan akan menjadi lebih hangat dan intim kembali.
3. Bukan pertanda lemah
Mindset yang keliru namun seringkali dipakai oleh nyaris semua orang adalah orang perempuan harus banyak mengalah pada lelaki. Termasuk dalam meminta maaf, perempuan perlu selalu yang meminta maaf kepada pasangannya. Situasi ini yang akan menjadikan hubungan serba tidak kena.
Lebih baik menyampaikan hal yang diinginkan kedua belak pihak saat ada konflik dan bagaimana cara mengatasi hal tersebut. Tentu saja, hal yang paling baik dalam memecahkan masalah adalah dengan win-win solution.
4. Meminta maaf janganlah di bibir saja
Ada kalanya meminta maaf tapi hanya dalam hati. Ini menunjukkan bahawa anda masih merasa kesal dengan pasangan. Hal tersebut harus dielakkan. Jika anda sudah niat untuk meminta maaf dengannya, maka tunjukanlah perilaku yang tulus dan nyata atas permintaan maaf tersebut.
Jadi, ini adalah antara empat alasan mengapa meminta maaf dalam sebuah hubungan percintaan itu begitu penting. Dengan meminta maaf, maka hubungan percintaan dengan pasangan pasti akan jadi lebih baik.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hukum beri zakat kepada orang yang tidak solat dan pelaku maksiat. Dalam hal ini ada yang beranggapan bahawa zakat hanya wajar diberikan kepada mereka...