Nabi Muhammad Pernah Disihir, Baginda Ajar Baca 3 Qul Untuk Lindungi Diri Dari Ilmu Hitam

Share

Pendedahan Ustaz Kazim Elias yang dirinya disihir (sihir katak) mencetus simpati orang ramai. Pendakwah ini meminta bantuan orang ramai yang boleh mengubatinya kerana sudah lama menderita.

Sihir bukan wujud pada zaman ini tapi sudah terjadi pada zaman Rasulullah lagi bahkan baginda turut menderita disihir.

Dalam satu riwayat, dikisahkan kekasih Allah ini disihir oleh seorang Yahudi juga munafik bernama Labid bin Aksam dari Bani Zuraiq.

Peristiwa ini berlaku ketika Nabi SAW balik dari Hudaibiah dalam bulan Zulhijjah tahun tujuh hijriah. Setelah selesai perang Khaibar maka datanglah ketua-ketua Yahudi bertemu tukang sihir terkena bertujuan melakukan sihir ke atas Baginda.

Apa yang dilakukan ialah dengan bantuan seorang budak Yahudi yang juga khadam Nabi, mereka mencuri sikat rambut Nabi berserta rambut yang ada di sikat itu dan saat itulah Nabi jatuh sakit.

Hal disihir ini kemudian dimaklumkan oleh Malaikat Jibrail pada satu malam kepada Baginda setelah dirinya jatuh sakit.

Lalu Allah utuskan dua orang malaikat datang untuk membantu Nabi ketika Baginda sedang tidur.

Seorang malaikat duduk di kepala manakala seorang lagi di kaki Nabi SAW. Dalam mimpinya, Nabi memaklumkan malaikat memberitahu cara dirinya di sihir (menggunakan rambutnya yang dicuri) dan di mana letaknya barang sihir tersebut.

“Ia diletakkan di kulit mayang kurma, di bawah batu, di dalam sumur Dzarwan kata Malaikat sebelum mengajarkan Baginda surah untuk memutuskan sihir berkenaan.

Nabi Muhammad kemudian menceritakan hal ini kepada Aisyah dan turut memerintahkan Saidina Ali, Saidina Zubir dan Ammar ibnu Yasir pergi ke telaga tersebut untuk mencari barang yang dinyatakan dalam mimpinya itu.

Sesampainya di sana, ketiga-tiga sahabat melihat air telaga yang asalnya jernih kelihatan seperti rendaman daun inai kemerah-merahan darah warnanya, manakala pokok kurmanya kelihatan bagaikan kepala-kepala syaitan.

Mereka kemudian menimba airnya dan mengangkat seketul batu besar sebelum menemui bungkusan berikat tersebut lalu. Lalu mengambil dan mengeluarkannya dari telaga itu, seterusnya bungkusan berikat itu diberikan pada Nabi SAW.

Pada bungkusan tersebut terdapat sebelas simpulan bersama sikat rambut, gigi sikatnya dan sebelas jarum.

Nabi kemudian membacakan ‘Surah Mu’awwidataini’(surah perlindungan) iaitu Al Ikhlas, al al-Falaq, dan an-Nas sebelum sihir yang merungkai dirinya tercabut satu persatu.

Dalam pada itu, Aisyah pernah bertanya adakah Baginda ingin menyebarkan hal orang yang menyihirnya kepada umum tetapi jawab Baginda tidak.

“Ya Rasulullah, apakah engkau tidak menyebarkan hal ini?’ Baginda menjawab, ‘tidak. Allah telah menyembuhkanku dan aku tidak ingin menyebabkan keburukan untuk orang lain/ ‘ (HR Bukhari).

Untuk membentengi diri dari disihir, Rasulullah telah mengajarkan tiga surah ringkas yang boleh menjadi benteng perlindungan kita. Ini sesuai dengan surah Al-Isra ayat 82.

Dan Kami turunkan dari Alquran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian.” (QS Al Isra:82).

Caranya cukup mudah, menjelang masuk tidur, Rasulullah akan mengangkat kedua belah tangannya, lalu ditiup dengan tiga surah iaitu Al Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas sebelum meraupnya ke bahagian muka dan seluruh tubuh.

Published by
almaswa Haji Che Ros