Nafkah tempat tinggal adalah antara kewajipan bagi seorang suami. Bersyukurlah jika suami mampu menyediakan sebuah rumah selesa untuk di duduki isteri dan anak-anak.
Tapi bagaimana pula jika suami belum mampu dan isteri perlu tinggal di rumah mentua. Dalam hal ini adakah ia dikira sudah menyediakan nafkah tinggal?
Persoalan ini dikupas oleh dalam Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Irsyad Hukum Siri Ke-618, Apakah Definisi Sebenar Nafkah Tempat Tinggal Buat Isteri
Nafkah tempat tinggal merupakan salah satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh suami kepada isterinya. Perkara ini sebagaimana yang dinyatakan di dalam firman Allah SWT:
أَسۡكِنُوهُنَّ مِنۡ حَيۡثُ سَكَنتُم مِّن وُجۡدِكُمۡ وَلَا تُضَآرُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُواْ عَلَيۡهِنَّۚ
Maksudnya: “Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu)”.
Menjadi tanggungjawab suami menyediakan tempat tinggal yang aman dan tenteram serta menepati dengan hukum syarak kepada isterinya. Hal ini demi memelihara suasana yang baik dalam rumah tangga dan memastikan kelangsungan hubungan perkahwinan.
Dalam hal ini tempat tinggal yang dimaksudkan juga ialah tempat tinggal yang khusus untuk isteri dan anak-anak mereka.
Suami tidak boleh menghimpunkan bersama ibu bapa atau kaum kerabatnya kerana khuatir perkara tersebut boleh mendatangkan mudarat kepada isteri dan hartanya serta menjejaskan perhubungan antara suami dan isteri.
Namun, sekiranya isteri reda untuk dikurangkan haknya dan dia bersetuju untuk tinggal bersama keluarga suami, maka hal tersebut dibolehkan dengan syarat hendaklah diusahakan agar tidak timbul masalah dan mudarat antara si siteri dan keluarga suami
Sebaliknya jika isteri tidak reda maka suami wajib menyediakan tempat tinggal lain atau tempat tinggal yang selesa untuk isterinya seperti di rumah keluarganya atau sebagainya.
Berikut adalah ciri-ciri tempat tingal buat isteri yang perlu disediakan oleh suami seperti yang disebut oleh Syeikh Wahbah al-Zuhaily:
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan