Hanya kepada Allah SWT kita meminta melalui doa-doa yang dipanjatkan saban hari. Mulakan bicara kita itu dengan doa Iftitah.

Berdoa lah kita tanpa mengira masa dan tempat kerana Allah memang menunggu dan mahu mendengar permintaan, harapan dan hajat kita kepadaNya. Dengan berdoa, ia menunjukkan pergantungan kita kepada Allah setelah segala usaha dilakukan.

Sesungguhnya, doa kita semakin bertambah mudah sampai kepada Allah tatkala kita memulakannya dengan doa Iftitah. Walaupun ia bukan lah wajb, namun doa iftitah merupakan doa pembuka bicara kita kepada Allah.

Artikel berkaitan: Netizen Doa Allah Gandakan Bonus Pahala, Buat Da Wan Dazrin Yang Tawar Servis Cuci Kereta Percuma Untuk Golongan Ustaz Ulama

Artikel berkaitan : Doa Menjelang Masuk Waktu Subuh; Dipermudahkan Beribadah

Kita fahami fadilat doa ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr. Ahmad Sanusi Azmi, dari Majlis Ulama ISMA.

IKLAN

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim, Saidina Abdullah bin Umar menceritakan kisah seorang sahabat yang membaca bacaan zikir yang agak kuat di dalam solatnya.

Seusai solat, Rasulullah bertanya: Siapakah lelaki yang membaca zikir yang didengarinya itu.

Sahabat tersebut telah mengucapkan lafaz ini:
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا ، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Pada mulanya sahabat tersebut mendiamkan diri kerana bimbang andai beliau telah melakukan kesalahan dalam solat. Namun akhirnya beliau mengaku juga.

Lalu Rasulullah bersabda:
عَجِبْتُ لَهَا ، فُتِحَتْ لَهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ

“Aku takjub dengan kalimah-kalimah zikir ini kerana pintu langit telah terbuka disebabkan ucapan lafaz (memuji Allah ini). (HR Muslim)

Mendengarkan perkataan Rasulullah ini, Saidina Abdullah bin Umar berazam untuk tidak akan sekali-kali meninggalkan lafaz doa iftitah ini sepanjang usianya. Beliau sangat berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah ini.

Al-Imam Muslim menghimpunkan hadis ini dalam kumpulan lafaz-lafaz zikir yang boleh dibaca pada permulaan solat (selepas takbiratul ihram). Terdapat beberapa zikir lain lagi yang sunat dibaca sebagai doa iftitah (doa pembuka) seperti yang dinukilkan oleh al-Imam Muslim.


Doa iftitah dengan lafaz ini seakan pembuka bicara seorang hamba dengan Tuhannya sehingga Rasulullah menyaksikan betapa pintu langit dibuka menyambut munajat hambaNya di dalam solat.

Semoga Allah membimbing kita.