‘Nak buat solat qada banyak-banyak.’ Tak mampu baca semua surah, ini cara ringkas ganti sembahyang. Boleh ke baca lima bacaan asas saja? Ini kemusykilan ramai di antara kita bila berdepan dengan qada splat terlalu banyak.
Dari segi syarak, solat ialah amalan yang mengandungi perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.
Ketika solat, seluruh jasad dihadapkan kepada Allah SWT. Lidah memuji-muji dan memohon kepada-Nya. Akal mengingati Allah, selari dengan ucapan lidah.
Solat adalah tiang agama, meninggalkan solat tanpa sebab munasabah adalah berdosa. Namun namanya manusia kadang-kadang lupa diri dan terkhilaf.
Sampai saatnya bila sudah bertaubat dan menyesal dengan kesalahan yang dilakukan, anda wajib menganti atau qada solat yang telah ditinggalkan.
Ads
Tak Mampu
Ikuti kemusykilan ini dan penjelasan daripada Ustaz Noor Hafiz di akaun TikToknya:
Assalamualaikum ustaz, time solat fardu saya baca semua surah. Tapi time qada solat terutamanya yang empat rakaat saya cuma baca rukun solat yang wajib saja. Seperti Allahuakbar, Al-Fatihah, tahiyat akhir, selawat dan assalamualaikum, pasal saya nak buat banyak qada solat, boleh ke?
Baca Semua Surah
Pertanyaan ini berkaitan dengan lima bacaan yang diwajibkan untuk kita membacanya ketika semua solat iaitu ianya dikenali sebagai rukun qauli.
Rukun Qauli dalam solat, wajib berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita . Berbisik, tak sah , suara angin tak sah baca dalam hati, lagi tak sah.
1. Bacaan Takbiratulikram, iaitu lafaz Allahuakbar pada permulaan solat. 2. Bacaan kedua adalah Surah Al-Fatihah pada setiap kali kita bangun atau berdiri pada setiap rakaat. 3. Bacaan ketiga ialah bacaan tahiyat akhir. 4. Bacaan keempat ialah selawat ke atas Nabi selepas tahiyat akhir. 5. Bacaan kelima ialah memberi salam yang pertama pada pehujung solat.
Ads
Ini Cara Ringkas
Lima bacaan ini adalah bacaan yang wajib kita lakukan atau membacanya. Maka seseorang yang mengerjakan sama ada solat fardhu atau pun solat sunat, solat tunai atau pun solat ganti. Maka lima bacaan ini adalah bacaan asas yang mesti dibaca.
Menjawab pertanyaan di atas, sama ada boleh atau tidak seseorang yang menggantikan atau qada solat dan hanya membaca lima bacaan ini dan ketika rukuk dia tak nak baca apa-apa, ketika sujud tak mahu baca apa-apa, ketika duduk antara dua sujud pun sama. Jawapannya dibenarkan.
Ganti Sembahyang
Dibolehkan kerana lima bacaan ini sekurang-kurangnya kita baca ketika mana-mana solat, maka solatnya sah. Manakala sesiapa yang membaca lebih daripada lima bacaan di atas, solatnya lebihlah pahala di sisi Allah SWT.
Maka menjawab pertanyaan ini, boleh atau tidak kita ganti solat dan hanya baca lima bacaan yang wajib, maka jawapannya boleh. Bahkan kalau kita solat tunai sekalipun, kita hanya baca lima bacaan ini saja, solat kita sah.
Kala ini kita patut risau dengan kadar jangkitan COVID-19 yang agak konsisten dan tinggi di mana lebih 2000 kes dilaporkan setiap hari. Masa yang sama, kapasiti menampung jumlah pesakit di Malaysia hampir mencapai tahap maksimum.
Semalam dilaporkan, Malaysia telah merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 2,593 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 125,438 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 24,347 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat empat (4) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,589 kes.
Mungkinkah Perintah Kawalan Pergerakan akan dikuatkuasakan semula khususnya di negeri-negeri yang kadar jangkitannya tinggi seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor dan Sabah? Ini bagi membolehkan pihak kerajaan mengawal volume penularan supaya fasiliti kesihatan dapat menampung jumlah pesakit COVID-19. Malah semalam juga BERNAMA melaporkan, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji strategi baharu untuk dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengawal penularan kes #COVID19 yang meningkat secara konsisten setiap hari.
Antara strategi yang sedang diperhalusi ialah melaksanakan tindakan bersasar berbeza antara negeri-negeri zon merah dan hijau serta memperketat kawalan sempadan antara negeri – Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Bagi negeri-negeri merah, tindakan yang lebih drastik dan bersasar perlu dijalankan dengan melihat kepada kluster-kluster di negeri terlibat. KKM juga akan memperketatkan kawalan sempadan iaitu menghalang mereka rentas negeri dan daerah.
Sekatan pergerakan diperlukan untuk mengawal, mengurangkan jumlah kes daripada 2,000 kepada 200 sebelum kita boleh menguruskan keseluruhan situasi dengan lebih baik. Perbincangan sedang berjalan, KKM akan memberi nasihat tapi ‘kebijaksanaan’ kerajaan untuk membuat keputusan.
Walaupun tindakan yang diambil sejak 14 Oktober 2020 berjaya mengelakkan lonjakan kes secara mendadak, ia masih tidak berjaya menurunkan kebolehjangkitan yang masih pada R-naught 1.1 kepada 0.5.
Selain itu, KKM juga sedang mempertimbangkan untuk menempatkan kes positif tidak bergejala dan bergejala ringan di pusat kuarantin yang digunakan untuk pengembara pulang dari luar negara manakala pekerja asing pula dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).
Dalam pada kita berasa risau dengan jumlah peningkatan kes, jangan sesekali lupa bawakan doa ini untuk menghindari wabak ini demi negara yang tercinta.
Yang bermaksud, Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad semulia-mulia nabi dan rasul, ahli keluarga dan para sahabatnya
Ya Allah! Jauhilah kami daripada bala’ bencana, wabak penyakit, taun, pelbagai perlakuan keji dan mungkar, segala kepayahan dan dugaan yang zahir dan yang tersembunyi. Ya Allah! Selamatkanlah negeri kami ini khususnya, dan negara umat Islam amnya daripada segala bencana tersebut. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas segala-galanya dan Engkaulah yang selayaknya memberi perkenan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Pendakwah Ustazah Asma’ Harun ada mengingatkan agar wanita menutup aurat dengan sempurna khususnya bagi yang memakai tudung.
Dalam satu perkongsiannya, dirinya menegur tindakan wanita tidak menutup aurat dengan sempurna.
“Tudung kini menjadi alat perhiasan menyerlahkan wanita, menampakkan subang telinga, mendedahkan sebahagian leher dan dada. Pereka, penjual, pembeli, semua ada bahagian.Ikhlaskanlah hati mentaati Allah yang begitu sayangkan kita…
Perkongsiannya menarik minat wanita yang menyatakannya ramai wanita suka kelihatan bergaya hingga terlupa tentang syariat dan perintah Allah.
Dalam satu pendapat pembaca, “pernah seseorang berkata pada saya, tudung sebegitu lebih nampak bergaya. Sukar untuk dia istiqomah. Marilah kita sama-sama doakan mereka sebab ada antara mereka yang nak berubah tapi berperang dengan kehendak diri.
Dalam pada itu, pendakwah ini bersetuju dengan pendapat diberikan.
Katanya, betul puan. Fitrah wanita pula sukakan kecantikan. Memang tidak mudah untuk kuatkan hati tinggalkan yang salah, demi taati perintah Allah.InsyaAllah, sama-sama kita doakan mereka dan diri kita supaya diberikan kekuatan iman untuk berubah dan istiqomah dalam ketaatan.
Tahukah, di dalam Al Quran surah An Nur ayat 31 ada disebutkan perintah menutup aurat bagi wanita:
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
Jika terlupa, batas menutup aurat bagi orang perempuan ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan telapak tangan. Fesyen up to date atau tidak, itu adalah nafsu manusia mata-mata kerana ingin kelihatan cantik di mata manusia lain, bukan pada pandangan Allah. Bersama-samalah kita istiqomah dengan pemakaian tudung mengikut syariat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Malaysia antara negara yang bertuah. Penuh hasil bumi dan belum pernah diuji dengan peperangan dan kebuluran. Walau diuji dengan kelemahan kepimpinan namun rakyat masih saling mampu membantu jika orang yang susah seperti mana berlaku ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana kempen bendera putih tercetus.
Namun bagi negara-negara lain yang teruji dengan peperangan, kemusnahan harta benda, masalah ekonomi merudum dan sebagainya hingga memaksa rakyat melarikan diri ke negara lain untuk menyelamatkan diri dan keluarga. Bahkan mereka sedaya mencari kehidupan yang lebih baik walau terdapat banyak sekatan perlu dilalui.
Satu perkongsian video dari pengguna Tik Tok @ezulkifli mengenai tentera yang mengadakan sekatan jalan raya sebelum menyuruh pemandu membuka ruang tangki kenderaan yang sempit mencetuskan air mata.
Ini kerana di ruangan tangki sempit itu, sekumpulan kanak-kanak kecil bersama ibu mereka “diselamatkan”. Amat menyedihkan tubuh anak-anak ini sudah lembik akibat kekurangan oksigen. Andai lebih lewat diselamatkan, barangkali kita akan membaca berita sekumpulan kanak-kanak ini maut.
Ini kerana selepas dikeluarkan dari tangki kenderaan itu, jelas tubuh mereka sudah lembik sebelum ibu-ibu mereka dikeluarkan kemudian bersama beg pakaian mereka.
Tidak pasti kejadian ini berlaku akibat penyeludupan manusia atau penghijrahan ke negara yang lebih baik dan tiada peperangan namun kesemua kanak-kanak ini menangis sebaik berjaya dibawa keluar dalam keadaan tubuh lembik.
Beginilah kehidupan manusia, penuh ujian kehidupan sebelum kita kembali pada Allah yang Maha Esa. Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita nikmati hari ini. Walau sedikit perit kerana keadaan ekonomi tapi sekurangnya siapa yang berusaha masih boleh menikmatinya.
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...