‘Nak buat solat qada banyak-banyak.’ Tak mampu baca semua surah, ini cara ringkas ganti sembahyang. Boleh ke baca lima bacaan asas saja? Ini kemusykilan ramai di antara kita bila berdepan dengan qada splat terlalu banyak.

Dari segi syarak, solat ialah amalan yang mengandungi perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.

Ketika solat, seluruh jasad dihadapkan kepada Allah SWT. Lidah memuji-muji dan memohon kepada-Nya. Akal mengingati Allah, selari dengan ucapan lidah.

Artikel Berkaitan: ‘Orang Banyak Tinggal Solat, Jangan Buang Masa Solat Sunat.’ Qada Solat Fardu Lagi Penting

Nak Buat Solat Qada Banyak-Banyak

Solat adalah tiang agama, meninggalkan solat tanpa sebab munasabah adalah berdosa. Namun namanya manusia kadang-kadang lupa diri dan terkhilaf.

Sampai saatnya bila sudah bertaubat dan menyesal dengan kesalahan yang dilakukan, anda wajib menganti atau qada solat yang telah ditinggalkan.

Tak Mampu

Ikuti kemusykilan ini dan penjelasan daripada Ustaz Noor Hafiz di akaun TikToknya:

IKLAN

Assalamualaikum ustaz, time solat fardu saya baca semua surah. Tapi time qada solat terutamanya yang empat rakaat saya cuma baca rukun solat yang wajib saja. Seperti Allahuakbar, Al-Fatihah, tahiyat akhir, selawat dan assalamualaikum, pasal saya nak buat banyak qada solat, boleh ke?

Baca Semua Surah

Pertanyaan ini berkaitan dengan lima bacaan yang diwajibkan untuk kita membacanya ketika semua solat iaitu ianya dikenali sebagai rukun qauli.

Rukun Qauli dalam solat, wajib berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita . Berbisik, tak sah , suara angin tak sah baca dalam hati, lagi tak sah.

1. Bacaan Takbiratulikram, iaitu lafaz Allahuakbar pada permulaan solat.
2. Bacaan kedua adalah Surah Al-Fatihah pada setiap kali kita bangun atau berdiri pada setiap rakaat.
3. Bacaan ketiga ialah bacaan tahiyat akhir.
4. Bacaan keempat ialah selawat ke atas Nabi selepas tahiyat akhir.
5. Bacaan kelima ialah memberi salam yang pertama pada pehujung solat.

IKLAN

Ini Cara Ringkas

Lima bacaan ini adalah bacaan yang wajib kita lakukan atau membacanya. Maka seseorang yang mengerjakan sama ada solat fardhu atau pun solat sunat, solat tunai atau pun solat ganti. Maka lima bacaan ini adalah bacaan asas yang mesti dibaca.

Menjawab pertanyaan di atas, sama ada boleh atau tidak seseorang yang menggantikan atau qada solat dan hanya membaca lima bacaan ini dan ketika rukuk dia tak nak baca apa-apa, ketika sujud tak mahu baca apa-apa, ketika duduk antara dua sujud pun sama. Jawapannya dibenarkan.

Ganti Sembahyang

Dibolehkan kerana lima bacaan ini sekurang-kurangnya kita baca ketika mana-mana solat, maka solatnya sah. Manakala sesiapa yang membaca lebih daripada lima bacaan di atas, solatnya lebihlah pahala di sisi Allah SWT.

Maka menjawab pertanyaan ini, boleh atau tidak kita ganti solat dan hanya baca lima bacaan yang wajib, maka jawapannya boleh. Bahkan kalau kita solat tunai sekalipun, kita hanya baca lima bacaan ini saja, solat kita sah.

IKLAN

Baca Di Sini :

Orang Yang Koma Tak Perlu Qada Solat, Tapi Lain Hukumnya Kalau Dah Sembuh. Ini Penjelasan Mufti Wilayah!

Meninggalkan Solat Dengan Sengaja, Apakah Hukumnya? Perlukah Diqada’

Kashoorga : Moga-moga memberi manfaat dan kefahaman.

Sumber : TikTok Ustaz Noor Hafiz

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI