Seseorang yg beragama (bukan yg alim or yg mengaji kat Al-Azhar je, cukup dia itu baik akhlaknya) tidak sekufu dengan yg minum arak, yg berzina, dll. Begitu juga, tak sekufu dengan fasiq atau yg buat bidaah.
2) Nasab (Keturunan).
Seorang itu kadangnya bangga dengan keturunan sendiri. Oleh itu urutan ikut kitab, keturunan al-Hasyamiy dan al-Matlabiy hanya untuk depa. Dan tak sekufu dengan arab yg lain. Arab Quraisy tak sekufu ngn arab lain. Untuk yg bukan arab kena rujuk adatlah.
Cth: Keluarga diraja mana nak sama ngn keluarga biasa. Haa dll lah contoh. Tapi sesiapa yg menuntut ilmu agama (so yg lain ngajilah agama) dia paling tinggi dari sekalian keturunan. 3) Cacat
Seorang yg cacat seperti gila, mati pucuk, yg takde alat langsung, kusta. Atau penyakit sperti Aids, HIV yg boleh berjangkit (Corona saya tak tahu lagi ye) tak sekufu dengan yg sempurna anggota badan dan kesihatannya.
4) Pekerjaan
Pekerjaan ni berbalik pada adat. Contoh suatu pekerjaan yg boleh memalukan. Kalau dulu, tukang kutip sampah atau kerja angkut najis ni, adalah pekerjaan yg aib. Jadi tak sekufu lah dengan anak ahli perniagaan, cikgu dll. Ingat ia berbalik pada adat kita.
5) Merdeka.
Iaitu tidak hamba. Atau anak kepada seorang hamba (walaupun dia merdeka) tak sekufu dengan anak yg merdeka. Kelima² ini adalah panduan untuk lelaki dan perempuan. Cuma lelaki tak dititikberatkan sgt, walaupun dia kawin dengan yg bawah daripada dia.
Jadi, kesimpulannya kesemua ini hanyalah panduan untuk kita dalam memilih. Supaya tak menyesal kemudian hari. Sbb itu wali juga main peranan untuk memastikan anak perempuan mereka dinikahi dengan seorang yg sekufu dan mampu membahagiakan anak
dia.
Ya, boleh je da pastikan semua ini tetap berlaku perceraian. Tapi sekurang²nya kita usaha dah yg terbaik. Saya ulang, benda ni ikut adat dan suasana family kita. Masih boleh budi bicara dengan keluarga. Sbb ia bukan syarat sah nikah. Yelah kalau dah bercinta lamakan tetiba tak sekufu, dah nnty broken payah pulak. So sembang lah baik². Untuk masa depankan? Itu guna masa pertunangan untuk selidik pasangan masing². Jgn main bedal je kawin dengan org mana entah. Last² menyesal. Lain lah korang wali Allah.