Di saat ramai diuji dengan berita duka rumah dipenuhi lumpur akibat banjir yang hampir mencecah bumbung, sudah pasti banyak barang keperluan rumah musnah serta tidak dapat diselamatkan.
Kebiasaannya banyak bantuan berupa barangan makanan disumbangkan kepada mangsa banjir seperti beras, gula, tepung serta lain-lain makanan yang difikirkan perlu bagi meringankan bebanan mangsa banjir di negeri terlibat seperti Pahang, Johor dan lain lagi.
Dalam pada ramai yang mungkin menyalurkan bantuan makanan, penyampai radio dan pelakon, Sharifah Shahirah mengambil inisiatif berbeza dengan membelikan pakaian dalam buat mangsa yang terjejas banjir di Pahang.
Ads
Dalam post dikongsi di ignya, @shieraijoy, penyampai ini menulis:
OK ni pun I campur campur duit korang bagi beli air beli barangan dalaman.. Suar Dan bra…. kat Mana la murah nak cari ni.. Borong kat mana ekk
Ads
Nak gelak gelak laa.. Tapi ni Sangat penting..
Betul juga idea Shierakan. Bagi mangsa banjir terutama wanita, pakaian dalam benda yang sangat penting dan andai tiada apa dapat diselamatkan ketika air banjir naik deras, sudah tentu pakaian dalam sebegini sangat membantu. Takkan nak pakai sehelai seminggu pula kan.
Ads
Malah netizen turut mengucapkan ideanya di luar kotak kerana membeli barangan keperluan lain dari yang lain.
Dalam islam, sikap tolong menolong amat dituntut iaitu membantu di saat orang dalam kesusahan. Ini dinyatakan dalam surah Al Maidah ayat 2 iaitu “Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”. (Al-Maidah: 2)
Paling utama, tak kisah apa barangan kita mahu beli tapi niat untuk membantu paling penting. Semoga Sharifah Shahirah dan team dimurahkan rezeki kerana membantu mereka di dalam kesusahan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Ini bukan kerja saya, tapi Allah izinkan.’ Hafiz Mahamad buat kejutan, akan bawa 120 staf tunai umrah pada Januari tahun depan. Masyallah beruntung staf yang terpilih untuk ke sana.
Usahawan ini, Hafiz Mahamad, memang terkenal dengan sikap pemurahnya. Kali ini sekali lagi menerusi perkongsian video, dia membuatkan ramai turut sebak apabila dia membuat kejutan dengan mengumumkan kesemua stafnya akan dibawa menunaikan umrah beramai-ramai.
Tanpa pengetahuan mereka, “120 orang ke umrah”. Bila sampaikan berita ini dekat semua staff, sebak sangat hati saya. Mahal sangat tangisan dan senyuman mereka itu.
Dari awal niaga dulu, saya hendak selesaikan ini dulu. Teringin sangat hendak hantar mereka ke Bumi Allah!
Tapi Allah Izinkan
Mana saya tak sebak, orang kata cara saya salah dalam melayan staff dan team! Manjakan itu, manjakan ini, “Tak ada standart lepak dengan staff atau team”. Ini keluarga saya, setiap perjuangan selama ini “mereka lah yang hebat”.
Saya tak peduli tentang KPI, siapa senior siapa junior. Kita satu keluarga. “Jika satu pasukan bagus dan menjaga kebajikan sesama kita. Insyallah kita semua layak merasa manisnya bersama-sama.”
Syukur, ada antara mereka husband dan wife dapat pergi sekali ke bumi Allah. Ada juga yang baru kerja tak sampai sebulan, rezeki dia juga ke sana.
Hafiz Mahamad Buat Kejutan
Kalau cerita tentang dulu…
Setiap tahun, kita akan bawa “sikit-sikit” ke Bumi Allah.
Dari kita bawa 20 orang saja, tapi harini 120 orang staff dan usahawan Ainaa akan ke umrah January nanti. Masyallah. “Doa mereka di sana yang kita nak”. Tak boleh beli dengan apapun,
Allah Maha Kaya,
Pernah saya terfikir, rezeki yang ada itu nak belanjakan untuk diri atau untuk mereka. Lihat pada umur sekarang, “rugi” saya tak alirkan balik rezeki pada agama dan hamba Allah yang lain.
Allah Maha Mendengar,
Setiap doa doa mereka ini penting dan insyaAllah, perniagaan saya akansentiasa ada dalam doa dan hati mereka.
Ya Allah, limpahkan lagi Ya Allah.
Izinkan perniagaan ini dapat memberi senyuman pada semua hamba mu. Berikan kebaikan untuk mereka yang sokong selama ini.
Takkan saya lupa diri dam sia-siakan support awak sahabat. Mereka ini semua tersenyum hasil support dari awak. Saya akan teruskan perjuangan ini bersama team-team Ainaa.
Janji saya, saya dan pasukan akan terus beri “Kejayaan Demi Kebahagiaan” kepada sahabat, customer dan team.
Ini selalu berada dalam setiap usaha.
Terima Kasih.
Kashoorga : Bila kita banyak memberi, insyallah lebih banyak rezeki dapat kita gandakan.
Menggunakan nama MuaBellaz di laman Instagramnya, hasil kreativiti dengan mencari rezeki mencantikkan orang lain terutama bakap pengantin sangat dikagumi.
Namun kejayaan tidak datang bergolek seperti apa yang dikecapi sekarang. Menurut Bella, siapa sangka dirinya dulu dihina hingga pernah diejek dengan panggilan yang tidak menyenangkan. Namun dia percaya rezeki Allah itu luas.
Berkat tidak pernah berputus asa dan rajin melakukan sesuatu yang disukainya iaitu mekap, akhirnya dia berjaya menempatkan namanya sebarai jurusolek popular. Biarpun ketika menceburi bidang ini dia tidak ada ilmu yang sepatutnya.
“Rezeki Allah tu luas.. Percayalah Siapa sngka.. Dlu sy dihina.. Oii pompuan hg makeup mcm TAIK… muka xelok pon Pulun make-up sdgkan xdk ilmu makeup
“Mcm² viral sy sini.. Sy diam sedikit pon xdk maki3 atau apa.. Sbb sy percaya rezeki kita Allah yg punya dia lah nk bg dialah nk tarik.. Redha doa sabar banyak2..skrg sy cua buktikan..
“Sy pon nk berjya mcm org lain.. ..haih nk tuliss tkut pjnga sgt hehe. Smpai lani pom masih ada yg xsnng tgk kita.. Alahaii… Weyy tak sabaq laaa nak masuk ke rumah titik peluh sendiri ni…
“Ya Allah.. Insyallah tgh dipercptkan siap sebelum bersalin nk siap hehhe…rumah ni lain maciam sikit sbb kami buat sikit2 start beli tanah smpai sedebukk (sebijik) ni nk buat.. Yg lain byk beli kami buat homestay…
“Yg ni kami rasa paling xsbaq nk duduk.. Sbb ada 8bilik 4bilik air. 2 ruang tamu Dapur kering, dapur basah besar bg kami….
“Insyallah nk buat kolam dkt budak3 tu hehhe.. Tpi size sedrhana jaa.. Skrg tgh naik pagar umah.. Ishh xsbaq aihh.. Kami doakan hampaa dimurahkan rezeki berjya dunia akhirat.. Menjdi org yg baik untuk smua org.. Aminn
Suami isteri berhati mulia, sanggup habis beribu ringgit demi selamatkan kucing kurang upaya. Malahan suaminya sebelum ini pernah berkhidmat dengan syarikat swasta sanggup berhenti kerja demi memberi fokus kepada kucing.
Semata-mata kerana kasih dan sayang, sepasang suami isteri bermurah hati untuk merawat kucing-kucing jalanan. Ribuan ringgit kos rawatan diperlukan demi melihat kucing-kucing jalanan ini kembali aktif dan sihat.
Pasangan ini memiliki 63 ekor yang mana 11 daripadanya merupakan kucing kurang upaya.
Menurut Mohd Baharim Abu Bakar dan Nur Hanariawati Mohd Najib, biarpun kucing-kucing ini cacat atau kurang upaya namun mereka kini kelihatan sihat dan lincah kerana mendapat penjagaan yang rapi.
Tidak hairanlah pasangan ini sanggup menghabiskan RM4000 hingga RM6000 sebulan untuk kos rawatan, pembedahan dan ubat-ubatan demi melihat kucing yang diambil dalam keadaan cedera parah ini kembali sihat.
Tidak dinafikan sebahagian daripada kita yang membela kucing sebagai haiwan peliharaan kerana sifatnya yang manja dan comel.
Malah membela kucing juga sangat istimewa kerana ia bukan sahaja sebagai terapi malah dapat membentuk diri kita agar menjadi seorang yang bertanggungjawab dan berdisiplin.
Sanggup Habis Beribu Ringgit
Perkongsian pasangan ini di akaun TikTok mereka yang membela puluhan kucing lumpuh dan mengalami kecacatan fizikal tular di media sosial.
Bagaimanapun, pemilik akaun TikTok CeritaKucingKatsumi terkilan dengan pertanyaan daripada netizen yang mengaitkannya dengan isu penderaan berikutan keadaan kucing-kucing terbabit mengalami kecacatan dari segi fizikal.
Dia menjelaskan, kesemua haiwan terbabit merupakan kucing jalanan yang diselamatkan dalam keadaan sangat menyedihkan dan kesemua mereka telah dihantar ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.
Sehubungan itu, pasangan ini menegaskan bahawa tiada sebarang penderaan berlaku terhadap haiwan terbabit dan meminta supaya netizen berfikir sebelum mengajukan pertanyaan.
Demi Selamatkan
“Tiap-tiap malam saya buat siaran langsung mengenai kucing ini, sekiranya betul mendera mereka, saya tidak akan dedahkannya di media sosial.
“Lampin kucing ini juga saya tukar hingga empat kali sehari, sangat tak logik untuk kata saya dera mereka,” katanya.
Selain itu, pemilik akaun yang mempunyai 163,000 pengikut itu turut menyatakan tidak kisah untuk berbelanja besar bagi merawat haiwan malang berkenaan.
Kucing Kurang Upaya
Dalam masa yang sama, pasangan ini juga menjalankan servis penjagaan haiwan domestik itu yang terdiri daripada pembersihan dan juga konsultan bagi pengurusannya.
“Jadi alhamdulillah, tak memiliki kedai tapi sambutan orang ramai menggalakkan dan segalanya kami gunakan bagi memelihara kucing berkenaan.
“Kos pemeliharaan haiwan ini sememangnya tinggi berbanding yang tidak mempunyai kecacatan fizikal,” ujarnya.
Dia turut mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi menampung kos penjagaan haiwan tersebut.
“Kepada mereka yang sudi ingin menyumbangkan bantuan dari segi wang, ia akan digunakan bagi menampung pembelian lampin dan ubat-ubatan kucing berkenaan,” jelasnya.
Kashoorga: Dalam Islam sendiri sangat menganjurkan untuk kita memelihara kucing malah terdapat pelbagai kebaikan termasuk mendapat pahala dan dimurahkan rezeki.
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...